Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 3 February 2016

Short Vacation: Cameron Highlands tahun lepas punye cerita

dok belek2 tengok ada entry yang dalam deraf. kuang kuang kuang. tiap panjang2 pastu tak publish dah kenapa ko ni diani? nah ni entry short vacay masa bulan 8 tahun lepas. muahaha...bace la korang 2 entry pasal CH berturut2. 


masa cuti merdeka hari tu alang2 ambik cuti untuk wedding adik ipar, so plan saja nak cuti singgah cameron highlands bawak anak2 jalan. plan asal nak bawak mak abah sekali tapi last minit abah ada hal so kami jela pergi.

naik CH pun kejap je. pukul 1 ptg sampai dalam pukul 5 ptg dah turun pastu gerak balik putrajaya. naik atas pun jalan-jalan pegi kg taman sedia & Kea Farm je. pergi kg taman sedia singgah KHM Strawberry Farm nak cari aiskrim stoberi tapi aiskrim habih...yang ada scone je...sedap jugak scone sini..order 1 set dapat 4 ketul scone, teh o stoberi 1 teko. harga ingat2 lupa dalam rm12-15 gitu. kembung perut minum teh o sampai habis. tak puas hati lagi aiskrim stoberi tak dapat, pusing2 area situ jumpa lak 1 kedai deret Taman Agro Al-Mashoor ada jual aiskrim stoberi malaysia & dalam cup. laki aku tamak order dua2....tapi tetap habis jugak kitorang bedal...hehehe..

lepas dah penat bergambo moh ler kita balik. on the way balik singgah kea farm beli stoberi, bunga ros.


benda wajib try kalau datang CH.




best jugak sekali sekala short vacation macam ni. tahun depan kita plan pegi tempat lain pulak k...sebab cuti mama dah tak banyak dah...kikiki...

Cameron Highland kami datang

Assalamualaikum w.b.t.

ni cerita 2 minggu lepas. sempena cuti thaipusam yang sambung sampai hari isnin, aku saje jela ajak asben pegi naik Cameron Highlands (CH). plan nak bercuti pegi pulau-pulau macam tak sesuai je rase sebab anak2 pun kecik lagi, so rasenye CH jela tempat yang sesuai. check website BPH tengok2 tarikh yang aku nak tu kosong lagi, so book jela cepat2. 1 malam RM50 je. bilik pulak selesa dan luas. memang ok sangat la dengan family kecik kami ni.



ni bilik biasa yang kitorang duduk kat Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands.  ingat cikai2 ke RM50 pun? siap ade astro lagi okeh. tuala sila bawak sendiri sebab tak disediakan. iron boleh request kat kaunter masa daftar tu. 

on the way tu singgah dulu lavendar farm ni..kejap je kat sini semata2 nak bergambo. pusing2 kejap dalam 30minit pastu gerak nak pegi check-in. perut dah lapor.






adik mood tak berapa ok masa ni sebab baru bangun tido. 

kaklong kaki posing, asal nampak patung2 gini dia suruh mama snap gambo dia.. amboii dia tu..


manje ke tidok? haha. tengok tu eyebag sebakul. haiyooo...


petang2 lepak kat al-mashoor strawberry farm, taman sedia makan ni. nomnom sangat...




seronok bawak damia jalan dah sekarang. dia tau je camne nak posing ke ape. 


ni masa hari kedua. adik meragam je. 
bangun2 tido pagi, rasa badan dia dah dedor. demam rupanya. 
nasib baik memang dah standby ubat. minum susu tak mau, makan pun tak mau. merengek je dia.


mase ni singgah kejap kat butterfly farm. nama je butterfly farm, tapi dalam ni macam2 binatang lagi ade. macam mini zoo la kiranya. best jugak.


sebelum balik, singgah cameron valley mengeteh dulu. sejuk giler mase ni. sepanjang 2hari kat sana, hujan je. 



budak demam nak memerap je dengan mama.




 gambar dah bercampur2. malas nak drag naik atas. ni masa lepas lepak kat taman sedia, singgah sini tangkap gambar. unik design rumah kat sini.





itu jela percutian 2 hari 1 malam di CH. on the way balik singgah kea farm beli ole2 sikit pastu terus gerak balik putrajaya. 

ada rezeki kita plan bercuti tempat lain pulak.