Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 10 December 2015

3 Disember - Double Celebration

cerita masa hari kejadian 3/12/2015.

celik2 mata asben dah wish 'happy birthday sayang'..lepas tu, rutin macam biasa kejut anak2 bangun, mandikan dorang,siap2 then kelam kabut pegi keje. aku kalau sehari tak kelam kabut tak sah. 

sampai je opis pun macam biase jugak. takde yang luar biasenye lagi. dalam pukul 12.30 gitu dapat call. aku ni kalau no pelik2 malas betoi nak angkat. tapi tegerak hati angkat jela. pastu orang tu cakap ada barang nak hantar, suruh aku turun lobi. eh biase kalau courier dorang naik je atas, so aku mintak dia naik je atas then aku tunggu kat lif. sambil2 tu dok pikir jugak aku rase macam takde beli apa2 barang. dok tunggu tu sekali mamat tu keluar lif bawak bunga & kotak. 

dia tanya ni puan diani ke? aku iye kan jela. nah ni untuk puan.

blur aku jap. tak tau macamne mimik muke aku time ni.

nak gelak ke senyum ke apa tak tau la. aku pulak boleh tanya dari siapa ni? hahaha.mamat tu cakap dari suami puan la. eh ye tak ye jugak kan. ingatkan secret admirer mane pulak yg bagi. kahkah. 




tak sangka romantik jugak husband aku ni. pandai jugak dia bab2 benda cenggini. 5 tahun kawin baru merase okeh. terharu sangat rase. terima kasih abang untuk semua ni.

time lunch pulak pegi merayau dengan mek myra pergi jualan kat NRE. balik opis rupanye ada lagi surprise. dorang cakap bos pergi padi house beli sendiri kek birthday untuk aku. alahaiiii terharu lagi. pastu cik sarah bawak kek sambil nyanyi ramai2 masuk bilik aku. 1st time dirai dan dihargai macam ni. 


terima kasih bos, miss low dan kawan2 yang lain untuk surprise ni. 

yang wish kat fb, whatsapp terima kasih sangat atas doa kalian. hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas. 

tahun depan dah 3 series dah kalau dipanjangkan umur.
pengalaman yang indah yang akan aku kenang sampai bila2.
terima kasih buat aku tersenyum sepanjang hari. 








No comments:

Post a Comment