Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 9 November 2015

memborong lampu & kipas di houses lightings, puchong

Assalamualaikum wbt. 

semalam gerak dari rumah bengah kat hulu langat plan dengan asben nak pegi cari lampu & kipas untuk rumah baru kat ipoh. kalau tangguh2 risau banyak lagi keperluan lain nak beli nanti. biase la kalau rumah baru macam2 nak tambah. walaupun belum dapat tukar ipoh & duduk rumah tu tapi semangat nak mendeco tu membara2 je. konon nak jadikan rumah persinggahan, kumpul2 adik beradik kalau balik cuti2 kat ipoh bile2 nanti.

so bermula semalam misi mencari lampu & kipas kat houses lightings, puchong. aku buat research & baca review blog orang rata2 recommend suruh datang beli kat kedai ni sebab harganya jauhhh beza dgn kedai lain. 

masa ambik kunci rumah ritu ada jugak survey kedai2 lampu kat area ipoh, contoh harga lampu surface downlight paling murah 1 biji nak dekat rm40, tapi kat kedai ni dapat dlm rm21++ gitu je. nak yg mahal pun ada. disebabkan aku nak guna banyak dowlight so pilih harga yang murah2 je la. kalau ko mampu tak slh pun beli yg mahal tu. 

mula2 plan kengkonon nak letak chandelier kat hall, ruang makan & bilik, tapi bile tengok balik point kat tengah2 tu dia pasang utk kipas bukan point lampu. alaaa frust. padahal banyak pilihan lampu chandelier kat kedai ni. cantik2 pulak tu. dalam kepala dah plan macam2 dah. so beli jela lampu hiasan untuk dinding je untuk letak kat ruang makan & tangga. disebabkan nak jugak letak lampu kat ruang makan, aku beli kipas yang sekali dgn lampu tu. 




ni suasana dalam kedai tu. dari luar nampak macam tak ramai orang, tapi bile masuk ramai gile orang. bersesak dalam tu. macam kitorang ni bawak 2 anak kecik memang hazab ler sikit. 


ni contoh lampu yang sempat aku snap. dari murah sampai yang beratus pun ada. pilih jela ikut citarasa korang.


 snap je tapi design aku ambik takde pulak aku snap dalam ni. haha.



kipas yang ketot, design pelik2 pun ada. area ni design yang fesyen2 sikit dia punya kipas. area sini kipas jenama taiwan & alpha. jenama kdk & panasonic belah depan dia punya kipas display. aku ambik kipas untuk bilik2 jenama panasonic warna hitam. untuk bilik utama je ambik yang ada remote. yang lain tu biasa je. 



lampu putih yang tengah2 tu aku ambik untuk letak kat tangga. macam comel pulak. kebanyakan design lampu aku pilih warna putih. 


sesiapa nak survey & cari lampu kipas untuk rumah sila la terjah kedai ni. 


Houses Lightings,
35, Jalan Bpu 6, Kawasan Perniagaan Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia




2 gambar hasil google. 

kedai ni tutup hari isnin ye. jangan pulak korang datang hari isnin ketuk pintu merayu suruh orang bukak memang kem salam la orang nak bukak. muehehe...

tips: 
1. sebelum datang lebih baik kira dulu point berapa lampu & kipas yang diperlukan.

2. tentukan lampu jenis apa untuk kedudukan lampu2 tu. contoh kat hall nak pasang jenis chandelier ke lampu biase. kat ruang makan jenis lampu apa. kipas pun sama. sebab bila dah masuk kedai ni kita akan jadi rambang mata sampai tak tau nak decide. kalau dah plan awal sekurang2 nya kita dah target nak cari lampu jenis apa. macam aku cari untuk 1 rumah so pening kepala jugak nak decide. 

ok tu je serba sikit yang boleh aku kongsikan. 

=))