Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 30 July 2015

Pengalaman Membesarkan Anak Jarak Umur Rapat

sebenarnya ada anak umur jarak nya dekat2 ni bukan senang. beza umur damia & nu'man 2 tahun. aceli takde lah dekat sangat pun khenn? tapi 2 orang anak, tapi karakter masing2 berbeza. tambah pulak sorang girl, sorang lagi boy. sorang beranak czer, sorang beranak normal. 


mase adik dia baru2 je lagi discaj. sibuk nak riba adik dia...



 damia ni aku perati kan karektor dia macam kasar sikit, kelam kabut, tak boleh sabar, kalau dia nak mesti dapatkan jugak,tak suke berkongsi, lagi ditegur lagi nak buat...eh macam cerita pasal diri sendiri pulak...hahaha...sebenarnya karektor damia tu semua dari mama dia...kira kalau nak tengok bayang2 sendiri tengok damia je pun cukup. 



nu'man pulak karektor dia macam cool sikit, jenis perati je kakak dia buat apa then dia praktikkan, jenis perut tak boleh lapar kalau tak mengamuk, banyak beralah dgn kaklongnye, jenis diam2 ubi berisi...

mase memula tau pregnantkan nu'man, damia mase tu baru 1tahun 7bulan. dengan still BF nye lagi. boleh refer post pasal nak stopkan BF kat SINI...rase macam tak ready lagi pun ada mase tu padahal cakap kat asben macam kesian kat damia sebab takde kawan. tapi bile dah pregnant macam takut pulak tak boleh bahagi kasih syg sama rata. yang buat stress bile anak still BF tapi terpaksa pisahkan dia. 

lama2 tu makin dah boleh terima hakikat. aku tak ready pun tapi tak terluah sebab macam takut kata2 tu jadi macam doa pulak kan. aku dok pikir nanti baby dalam perut merajuk pulak kalau mama dok cakap tak ready tak ready...so aku pendamkan je...try muhasabah diri dari hari ke hari...

mase lepas nu'man lahir, aku terpaksa bermalam kat hospital nak dekat 1 minggu jugak sebab jaundice dia tinggi mase tu. so selang sehari opah & papa akan bawak damia jenguk aku kat hospital. first time tengok reaksi dia bile ade baby sebelah aku, alahai macam sayu je muka dia. mungkin dia fikir lepas ni dia kena kongsi papa mama dengan orang lain. aku panggil2 damia pun dia tengok je aku. lagi la buat aku rase bersalah. tapi bile baby dah discaj & balik rumah tengok dia layan adik dia ok pulak. sampai kadang2 macam over protected pun ade. sekarang ni pun dia jaga adik dia takut jatuh ke pe. tapi kalau kaklong tengah main kena kacau dengan adik dia mmg ditolak/pukul je la adik nye.



ada masa memang kesabaran tu tahap langit ke 7 aku rase. kadang ada 1 hari dia meragam memang 1 hari tu la kena marah je dengan mama. bila dia tido rase kesian pulak. pegi kat dia cium2 balik. 

semalam sebelum tido, pillow talk dengan damia & papa nye. macam banyak sangat la benda dia nak cerita kat kitorang. dah makin pandai cakap ni selagi tak tido dok bercakap je dia.eiii perangai sape la tu? hehehe...



makin anak2 membesar jadi makin rindu saat dorang jadi baby....lagi berapa tahun je lagi nak berkepit celah ketiak papa mama, dah besar & sekolah deme pun dah malu agaknye...dah makin tua makin emo agaknye aku ni? 

sebenarnya tak kisah umur anak jarak rapat ke jauh ke, asalkan kita tau nak bahagikan masa dengan dorang. aku sendiri pun bukannye mak yang sempurna, masih belajar lagi dan lagi...sape tak nak tengok anak berjaya dengan hasil didikan kita sendiri kan? masing2 ade cara besarkan anak sendiri. tak yah nak samakan dengan orang lain. 






1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete