Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 27 July 2015

menambah aset


godek-godek kat deraf tengok ada pulak entry ni yang tak publish...so tengah rajin ni moh la kite taip bagi perabih entry ni...

alhamdulillah akhirnya niat dan hajat kami untuk ada rumah sendiri tercapai. bukan senang sebenarnya nak buat keputusan beli rumah di saat kewangan belum betol2 kukuh ni. ini kira keputusan nekad dari kami berdua untuk beli rumah di ipoh. salah satu sebab kenapa kami beli rumah di ipoh sebab harga nya masih mampu milik. lamanya jugak kami survey sebelum buat keputusan beli kat kawasan ni. merata ipoh dah pusing. tapi biasalah nak puaskan hati 100% memang susah. tak sangka rezeki kami untuk beli kat kawasan ni. masa proses loan pun, rumah ni dah hampir 70% siap. projek pun nampak cepat progress nya. mungkin hujung tahun takpun awal tahun depan siap lah kot.

salah satu sebab nape aku beli area sini sebab aku suke environment kawasan ni. kedai runcit belambak ade, sekolah dekat sebelah rumah je (konon nak hantar anak sekolah cina)...highway pun dekat je kalau nak ke kl...kire kawasan ni tak terceruk sangat dekat la nak pegi town ke apa...

kami tak decide lagi nak sewakan atau jadikan sebagai homestay. nak duduk sendiri kena tunggu dapat tukar ke ipoh dulu la nampak nye. Kalau ada rezeki dapatlah tukar nanti. Giliran bertukar ke Perak pun lagi 46 orang. ko ghaseeee bile ahkak ni dapat balik ipoh?ada rezeki ada la nanti ye dok?







No comments:

Post a Comment