Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 10 December 2015

3 Disember - Double Celebration

cerita masa hari kejadian 3/12/2015.

celik2 mata asben dah wish 'happy birthday sayang'..lepas tu, rutin macam biasa kejut anak2 bangun, mandikan dorang,siap2 then kelam kabut pegi keje. aku kalau sehari tak kelam kabut tak sah. 

sampai je opis pun macam biase jugak. takde yang luar biasenye lagi. dalam pukul 12.30 gitu dapat call. aku ni kalau no pelik2 malas betoi nak angkat. tapi tegerak hati angkat jela. pastu orang tu cakap ada barang nak hantar, suruh aku turun lobi. eh biase kalau courier dorang naik je atas, so aku mintak dia naik je atas then aku tunggu kat lif. sambil2 tu dok pikir jugak aku rase macam takde beli apa2 barang. dok tunggu tu sekali mamat tu keluar lif bawak bunga & kotak. 

dia tanya ni puan diani ke? aku iye kan jela. nah ni untuk puan.

blur aku jap. tak tau macamne mimik muke aku time ni.

nak gelak ke senyum ke apa tak tau la. aku pulak boleh tanya dari siapa ni? hahaha.mamat tu cakap dari suami puan la. eh ye tak ye jugak kan. ingatkan secret admirer mane pulak yg bagi. kahkah. 




tak sangka romantik jugak husband aku ni. pandai jugak dia bab2 benda cenggini. 5 tahun kawin baru merase okeh. terharu sangat rase. terima kasih abang untuk semua ni.

time lunch pulak pegi merayau dengan mek myra pergi jualan kat NRE. balik opis rupanye ada lagi surprise. dorang cakap bos pergi padi house beli sendiri kek birthday untuk aku. alahaiiii terharu lagi. pastu cik sarah bawak kek sambil nyanyi ramai2 masuk bilik aku. 1st time dirai dan dihargai macam ni. 


terima kasih bos, miss low dan kawan2 yang lain untuk surprise ni. 

yang wish kat fb, whatsapp terima kasih sangat atas doa kalian. hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas. 

tahun depan dah 3 series dah kalau dipanjangkan umur.
pengalaman yang indah yang akan aku kenang sampai bila2.
terima kasih buat aku tersenyum sepanjang hari. 








Monday, 9 November 2015

memborong lampu & kipas di houses lightings, puchong

Assalamualaikum wbt. 

semalam gerak dari rumah bengah kat hulu langat plan dengan asben nak pegi cari lampu & kipas untuk rumah baru kat ipoh. kalau tangguh2 risau banyak lagi keperluan lain nak beli nanti. biase la kalau rumah baru macam2 nak tambah. walaupun belum dapat tukar ipoh & duduk rumah tu tapi semangat nak mendeco tu membara2 je. konon nak jadikan rumah persinggahan, kumpul2 adik beradik kalau balik cuti2 kat ipoh bile2 nanti.

so bermula semalam misi mencari lampu & kipas kat houses lightings, puchong. aku buat research & baca review blog orang rata2 recommend suruh datang beli kat kedai ni sebab harganya jauhhh beza dgn kedai lain. 

masa ambik kunci rumah ritu ada jugak survey kedai2 lampu kat area ipoh, contoh harga lampu surface downlight paling murah 1 biji nak dekat rm40, tapi kat kedai ni dapat dlm rm21++ gitu je. nak yg mahal pun ada. disebabkan aku nak guna banyak dowlight so pilih harga yang murah2 je la. kalau ko mampu tak slh pun beli yg mahal tu. 

mula2 plan kengkonon nak letak chandelier kat hall, ruang makan & bilik, tapi bile tengok balik point kat tengah2 tu dia pasang utk kipas bukan point lampu. alaaa frust. padahal banyak pilihan lampu chandelier kat kedai ni. cantik2 pulak tu. dalam kepala dah plan macam2 dah. so beli jela lampu hiasan untuk dinding je untuk letak kat ruang makan & tangga. disebabkan nak jugak letak lampu kat ruang makan, aku beli kipas yang sekali dgn lampu tu. 




ni suasana dalam kedai tu. dari luar nampak macam tak ramai orang, tapi bile masuk ramai gile orang. bersesak dalam tu. macam kitorang ni bawak 2 anak kecik memang hazab ler sikit. 


ni contoh lampu yang sempat aku snap. dari murah sampai yang beratus pun ada. pilih jela ikut citarasa korang.


 snap je tapi design aku ambik takde pulak aku snap dalam ni. haha.



kipas yang ketot, design pelik2 pun ada. area ni design yang fesyen2 sikit dia punya kipas. area sini kipas jenama taiwan & alpha. jenama kdk & panasonic belah depan dia punya kipas display. aku ambik kipas untuk bilik2 jenama panasonic warna hitam. untuk bilik utama je ambik yang ada remote. yang lain tu biasa je. 



lampu putih yang tengah2 tu aku ambik untuk letak kat tangga. macam comel pulak. kebanyakan design lampu aku pilih warna putih. 


sesiapa nak survey & cari lampu kipas untuk rumah sila la terjah kedai ni. 


Houses Lightings,
35, Jalan Bpu 6, Kawasan Perniagaan Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia




2 gambar hasil google. 

kedai ni tutup hari isnin ye. jangan pulak korang datang hari isnin ketuk pintu merayu suruh orang bukak memang kem salam la orang nak bukak. muehehe...

tips: 
1. sebelum datang lebih baik kira dulu point berapa lampu & kipas yang diperlukan.

2. tentukan lampu jenis apa untuk kedudukan lampu2 tu. contoh kat hall nak pasang jenis chandelier ke lampu biase. kat ruang makan jenis lampu apa. kipas pun sama. sebab bila dah masuk kedai ni kita akan jadi rambang mata sampai tak tau nak decide. kalau dah plan awal sekurang2 nya kita dah target nak cari lampu jenis apa. macam aku cari untuk 1 rumah so pening kepala jugak nak decide. 

ok tu je serba sikit yang boleh aku kongsikan. 

=))




Wednesday, 30 September 2015

Ko ingat ko DIVA?

eceh tajuk kemain lagi khenn nak bikin panas? petang2 camni bos pun takde so rajin la sikit nak update blog. ni pun salah 1 peel PA bile bos takde...KAHHH..

aku bukan apa, tetibe je terpikir nak cerita pasal kehidupan seorang PA ni yang orang jarang tau. luaran orang nampak PA ni keje nye goyang kaki je kot? helooo ada masa2 je yang boleh goyang kaki okeh. masa macam lipan kudung bersilat orang tak nampak pulak kan? tak yah nak kate aku la korang pun sama kan? bile bos takde siap menyicah biskut kering dengan milo pastu layan running man kat tempat. dah2 jangan nak berdusta aku saksi segalanye...hahaha...

tadi ada la officer aku ni datang mengadu, dia cakap tadi dia call 1 pejabat ni boleh pulak PA ni cakap 'ingat i ni bodoh sgt ke?nombor yg i bagi ni dia pangkat jusa tau' eh eh...aku pulak yang berasap dengar...ada ke cakap dengan orang luar macam tu.kot la yang kol ko ni jusa jugak ko nak kate pe? yang buruknye ofcoz la orang ingat semua PA gitu kan. eh no no no i bukan macam tu ye. dah orang tanya elok2 tak boleh ke cakap elok2? aku ni penah la jugak ntah sape2 call mintak sampai 1 kementerian punya direktori lagi lenguh la tangan dok pegang ganggang tepon tu dok melayan dia. ikut hati nak je aku suruh cari kat website. tapi tak sampai hati pulak sebab pikir mungkin dia nak urgent ke kan...tak pun aku penah jugak terpikir, kot2 orang saje call nak prank ke hape...panggilan hangit ke...sebab laki aku suke ugut2 nak buat panggilan hangit kat aku....gile kan pompan ni dok pikir sampai ke situ....

ada jugak pengalaman, orang luar call2 tetiba terus nak marah2. aku ni dok ketap jela bibir tahan nak maki balik. habih je orang tu letak tepon terus berjurai airmata macam air terjun. nangis bukan sebab kena marah, sebab geram tak dapat nak maki balik..muahahaha...

selalu nya macam tu la, geram dengan orang macam mane pun dalam tepon memang aku control ayu habis..sampai fakhrul penah cakap ' ayang ni kalau cakap tepon dengan orang kemain lagi lemah lembut nya, suara pun kecik je...' KAHHH..yg ni memang tak tahan nak gelak.harus la kan...takkan la nak ckp dengan orang tak kenal tetiba dok terpekik2 karang org ingat pompan meroyan mane pulak....

sebenarnya pointnye aku nak cakap, tak kisah la ko keje PA ke, kerani ke, cleaner ke, bos ke kuli ke...tapi bile cakap dengan orang dalam tepon ke kat luar ke jaga la adab...macam PA contoh aku bagi tadi tu dalam tepon pun orang dah boleh tau perangai sebenar ko kat luar macam mane. muke buruk takpe makeup tebal2 boleh cover buruk tu, kalau perangai buruk ko ghaseee ko nak sorok macamane? 

nah belanja muka PA dengan eyebag sebakul, kening bersepah, muka berkerut. amboi sedap ngate diri sendiri. 

sekian.

ikhlas dari ostajah diani.

=))

sembang-sembang je

kitorang 1 family baru baik dari demam. tambah cuaca berjerebu je sekarang. batuk,selsema pun tak baik2 lagi ni.

sebelum cuti raya haji hari tu, kitorang dah balik kampung dulu dah. sebab ayah mentua masuk ICU. baru je berapa hari lepas dah sedar & pindah masuk wad biasa kat hosp taiping. mula2 fakhrul yang demam dulu. lepas tu abih berjangkit2 1 rumah. tambah pulak aku p gatai makan buah dokong. badan tak boleh makan p makan terus sampai demam2...orang ckp buah dokong ni kan kalau orang tak tahan boleh sakit2 urat. lepas dah kena demam, aku tengok dokong pun dah fobia. 

kebetulan masa balik ritu aku tinggalkan damia kat rumah atok opah nye kat ipoh. sebab cuti raya haji tu nak balik lagi. so bagi la dia main puas2 dengan sepupu dia dl. aku pulak dengan tak sihat lagi nye mase tu. walaupun mama nye yg sedih lebih, anak rilek je. dah la damia tu perangainye kalau orang call memang dia diam membisu je...bukan nak cakap.geram je kadang tu.

raya haji taun ni sederhana je. baju pun pakai yang mana ada je sudah. gambar raya pun tak de. 

ni gambar2 sebelum demam. hehe..anak2 manja mama ni. kaklong nye makin besar makin manja. 



kejadian sebelum spek patah. tengok habih senget benget spek mama dorang kerjakan. malam tu terus patah. hahaha...


ni haaa adik nye dah makin melasak sekarang...macam tak de tempat lain nak main..




k bye. 

Monday, 17 August 2015

Aktiviti Riadah - Seoul Garden IOI City Mall Putrajaya & Taman Ekuestrian Putrajaya

semalam pepagi aku dah up gambo kat IG yang damia paksa janji tu kan...jap2 nak cari balik gambo tu..


so tak nak kecewakan anak moh ler kite keluar...tengahari tu memang dah plan lepas kemas rumah, basuh baju, siap2 anak baru keluar. destinasi dituju ke IOI city mall...apa2 pun isi perut dulu...aku nak makan kat food court je...tetibe fakhrul tanya seoul garden nak? mau tak nak...jom jom..haha..padahal mase bulan puasa ritu sampai 2x dah makan situ....tapi sedih pegi time lunch tengok2 kambing takde..padahal memang dah aim nak makan kambing pun...cissss...dasar antu kambing...



tengok dia kemain lagi bodek mama...tak mintak kiss pun dia kiss...yela yela lepas makan kite jalan lagi...


adik perut dah kenyang senang hati....senang keje mama bila dia dah ade gigi ni...suap la ape pun dia nganga je...gud boy tak memilih...

lepas makan ajak fakhrul pegi tengok kuda. dia on je...adik mase nak balik dari IOI tu dia dah lelap dah dalam stroller, tu sebab ler takde gambo adik dengan kuda. 

sampai2 je tengok orang pun tak ramai...plus baru lepas ujan...


comel kan ponny ni...geram tengok dah la warna putih...


memule takut2..sampai 1 padang dia lari...bila tengok papa naik baru dia nak naik...


memule naik berdua dulu dengan dia...happy je dia...

video



2nd time naik dah berani dah...macam ni la anak mama....



harga 1 orang RM5/ride....ada la 1 padang kecik tu dia pusing...
tak sampai 5 minit pun aku rase...
macam aku dengan damia tu dia kire sekali naik RM5...
damia naik 2nd round dia sorang tu kena bayar lagi RM5...
1 tiket tu dapat diskaun 20% kalau makan kat cafe mangiamo! dalam tu...

see happy je muke dia..tengok anak happy macam ni mama pun happy sama...
next time kite ajak papa pegi zoo sesi mengenal haiwan pulak okeh...
best jugak sekali sekala buat aktiviti riadah macam ni masa weekend...

Thursday, 30 July 2015

Pengalaman Membesarkan Anak Jarak Umur Rapat

sebenarnya ada anak umur jarak nya dekat2 ni bukan senang. beza umur damia & nu'man 2 tahun. aceli takde lah dekat sangat pun khenn? tapi 2 orang anak, tapi karakter masing2 berbeza. tambah pulak sorang girl, sorang lagi boy. sorang beranak czer, sorang beranak normal. 


mase adik dia baru2 je lagi discaj. sibuk nak riba adik dia...



 damia ni aku perati kan karektor dia macam kasar sikit, kelam kabut, tak boleh sabar, kalau dia nak mesti dapatkan jugak,tak suke berkongsi, lagi ditegur lagi nak buat...eh macam cerita pasal diri sendiri pulak...hahaha...sebenarnya karektor damia tu semua dari mama dia...kira kalau nak tengok bayang2 sendiri tengok damia je pun cukup. 



nu'man pulak karektor dia macam cool sikit, jenis perati je kakak dia buat apa then dia praktikkan, jenis perut tak boleh lapar kalau tak mengamuk, banyak beralah dgn kaklongnye, jenis diam2 ubi berisi...

mase memula tau pregnantkan nu'man, damia mase tu baru 1tahun 7bulan. dengan still BF nye lagi. boleh refer post pasal nak stopkan BF kat SINI...rase macam tak ready lagi pun ada mase tu padahal cakap kat asben macam kesian kat damia sebab takde kawan. tapi bile dah pregnant macam takut pulak tak boleh bahagi kasih syg sama rata. yang buat stress bile anak still BF tapi terpaksa pisahkan dia. 

lama2 tu makin dah boleh terima hakikat. aku tak ready pun tapi tak terluah sebab macam takut kata2 tu jadi macam doa pulak kan. aku dok pikir nanti baby dalam perut merajuk pulak kalau mama dok cakap tak ready tak ready...so aku pendamkan je...try muhasabah diri dari hari ke hari...

mase lepas nu'man lahir, aku terpaksa bermalam kat hospital nak dekat 1 minggu jugak sebab jaundice dia tinggi mase tu. so selang sehari opah & papa akan bawak damia jenguk aku kat hospital. first time tengok reaksi dia bile ade baby sebelah aku, alahai macam sayu je muka dia. mungkin dia fikir lepas ni dia kena kongsi papa mama dengan orang lain. aku panggil2 damia pun dia tengok je aku. lagi la buat aku rase bersalah. tapi bile baby dah discaj & balik rumah tengok dia layan adik dia ok pulak. sampai kadang2 macam over protected pun ade. sekarang ni pun dia jaga adik dia takut jatuh ke pe. tapi kalau kaklong tengah main kena kacau dengan adik dia mmg ditolak/pukul je la adik nye.



ada masa memang kesabaran tu tahap langit ke 7 aku rase. kadang ada 1 hari dia meragam memang 1 hari tu la kena marah je dengan mama. bila dia tido rase kesian pulak. pegi kat dia cium2 balik. 

semalam sebelum tido, pillow talk dengan damia & papa nye. macam banyak sangat la benda dia nak cerita kat kitorang. dah makin pandai cakap ni selagi tak tido dok bercakap je dia.eiii perangai sape la tu? hehehe...



makin anak2 membesar jadi makin rindu saat dorang jadi baby....lagi berapa tahun je lagi nak berkepit celah ketiak papa mama, dah besar & sekolah deme pun dah malu agaknye...dah makin tua makin emo agaknye aku ni? 

sebenarnya tak kisah umur anak jarak rapat ke jauh ke, asalkan kita tau nak bahagikan masa dengan dorang. aku sendiri pun bukannye mak yang sempurna, masih belajar lagi dan lagi...sape tak nak tengok anak berjaya dengan hasil didikan kita sendiri kan? masing2 ade cara besarkan anak sendiri. tak yah nak samakan dengan orang lain. 






Monday, 27 July 2015

menambah aset


godek-godek kat deraf tengok ada pulak entry ni yang tak publish...so tengah rajin ni moh la kite taip bagi perabih entry ni...

alhamdulillah akhirnya niat dan hajat kami untuk ada rumah sendiri tercapai. bukan senang sebenarnya nak buat keputusan beli rumah di saat kewangan belum betol2 kukuh ni. ini kira keputusan nekad dari kami berdua untuk beli rumah di ipoh. salah satu sebab kenapa kami beli rumah di ipoh sebab harga nya masih mampu milik. lamanya jugak kami survey sebelum buat keputusan beli kat kawasan ni. merata ipoh dah pusing. tapi biasalah nak puaskan hati 100% memang susah. tak sangka rezeki kami untuk beli kat kawasan ni. masa proses loan pun, rumah ni dah hampir 70% siap. projek pun nampak cepat progress nya. mungkin hujung tahun takpun awal tahun depan siap lah kot.

salah satu sebab nape aku beli area sini sebab aku suke environment kawasan ni. kedai runcit belambak ade, sekolah dekat sebelah rumah je (konon nak hantar anak sekolah cina)...highway pun dekat je kalau nak ke kl...kire kawasan ni tak terceruk sangat dekat la nak pegi town ke apa...

kami tak decide lagi nak sewakan atau jadikan sebagai homestay. nak duduk sendiri kena tunggu dapat tukar ke ipoh dulu la nampak nye. Kalau ada rezeki dapatlah tukar nanti. Giliran bertukar ke Perak pun lagi 46 orang. ko ghaseeee bile ahkak ni dapat balik ipoh?ada rezeki ada la nanti ye dok?







Riang Ria Raya 2015

Salam Aidilfitri uols....
hari ni dah masuk 11 Syawal dah pun. rasa macam baru je 1 Syawal semalam. 
tahun ni family weols tema gold hitam.
sebabnya nanti bulan depan adik ipar kawin tema nye gold makanye sekalikan la baju raya+baju tema family time kawin adik ipar je nanti.

tahun ni tak berapa meriah sangat raya aku rase. mungkin sebab anak2 tak berapa sihat kot. Nu'man mase beraya pun meragam je. biase la ade anak kecik ni kan.

tahun ni giliran beraya rumah mentua dulu kat taiping. dah tahun ke 5 kawin ni dah biase je rase tak kisah sangat beraya mana perasaan nye tetap sama macam beraya dengan keluarga sendiri jugak. pagi raya di taiping, petang bedezup balik ke ipoh pulak. dok ulang alik la sampai 1 minggu beraya.

malas nak cite panjang tempek gambo jela...

1 syawal

alhamdulillah tahun ke 5 beraya bersama sebagai suami isteri...


bergambar bersama mertua tersayang...

budak cinonet ni takde mood pagi raya...baru baik demam...

adik ipar yang tengah darah manis...bulan depan dah jadi bini orang dah...

posing sakit pinggang...

sedondon anak beranak..baju mak,kakyang & eira tempah...aku je beli ready made..nak sedondon punye pasai...

2 syawal

tahun lepas tak merasa nak berjalan beraya rumah sedara mara sebab dalam pantang. sedara mara je ramai datang rumah tahun lepas. so tahun ni merasa la berjalan raya. macam tahun2 sebelum ni pun destinasi kitorang harus la ke kuala kangsar, taiping. sedara belah mak banyak kat kuale, taiping pulak rumah mentua. so alang2 dah ke utara lajak terus ke taiping dulu.dulu ada jugak beraya ke parit. sane banyak sedara belah abah. tapi sekarang tak ramai dah yang tinggal sane, deme dah berhijrah ikut anak2. 

kaklong & adik dah sihat baru la nak senyum...

budak tengah gatai gusi...jolok2 pastu dok uweekkk2..

dengan kakak tersayang harus la ade..ratu selfie..

3 SYAWAL

raya ke3 kami ikut family mentua pulak pegi jalan beraya rumah sedara mara.
sementara tunggu family mentua sampai dan beraya kat rumah mak abah so kitaorang bergambo bagai nak gile dulu. hehehe... lepas dorang beraya terus kami follow beraya sekali. sedara mara mentua ramai kat ipoh, pastu batu gajah & sungai siput. itu pun sedara kat ipoh ada yang takde. so beraya rumah sape yang ade kat rumah je la...

ape yang dia geramkan ntah...

bersama anak2...

famili kecil kami...

posing laga perut...hahaha...

bersama ratu selfie..hahaha...

anak dara ni dah la berat 14kg..pastu suruh mama dukung...nasib tak patah pinggang..

damia, adni, aqil...sepupu..

nampak makin bulat bile potong rambut pattern dora ni...lantok la asalkan nampak kemas.itupun beli sepit rambut, cekak abih dia cabutnya. takmo pakai..rantai yang gantung tu pun dah selamat dah dia cabut...gerammm je mak ko ni...

adik malu2 pulak...

sampai raya ke3 je ler yang mampu nak diupdate. 


Thursday, 7 May 2015

Perkembangan Anak Dara & Teruna

haiii rindunye kat blog. maaflah tuan punye blog dah hampir lupa kewujudan blog dia ni...kasihan kasihan....
banyak jugak cerita sepanjang beberapa bulan ni....


kaklong damia dah genap 3 tahun 20 April lepas. ada rezeki sikit so buat majlis hari jadi dia kat ipoh bersekali dgn doa selamat. anak yg makin bijak dan mulut pun boleh tahan potpet nye. sesekali dtg tantrum dia menguji jugak kesabaran mama. masih bekepit celah ketiak mama. kadang2 rasa macam damia ni bayang2 aku je. sebab mana dia pegi ada je dia ngikut. kecuali pegi opis la.pegi toilet pun kdg2 dia nak masuk sekali...stress mak ko ni tau tak...hiks..lagipun perangai dia banyak sgt ikut aku. ikut yg baik2 je tau, yg tak elok tak mo tak mo tak mo ikut ye nakk..oh jeles dgn adik pun iye jugak kaklong ni.kalau adik manja dgn papa/mama je mula la dia pun nak menyelit. bab mainan tok sah cakap ler, mainan dia dia punye, mainan adik pun dia punye. damia oh damia...


cite pasai nu'man pulak. bulan ni genap usia adik 10 bulan. anak yg baik, tak banyak ragam. senang nak jaga. cuma selsema n batuk je kerap adik ni. air muka dia slalu buat mama rasa kesian. sebab berlainan sgt cara dia dan kaklong nye. pandai bawak diri adik ni. masih menyusu bdn tapi tak fully. gigi dah 4 batang. sekali dia gigit mmg boleh buat mama menjerit 1 taman dgr. kuat makan. masuk 10 bln dah pandai memanjat, duduk sendiri. merangkak je tak reti lagi. langkau step nampaknye. hiks...

oh ye mama baru je tukarkan taska anak2 mama ni. tukar ke taska dekat bawah opis mama je senang mama nak jenguk2 anak2 mama. 

semoga baik2 aje anak2 papa mama ni, dikurniakan kesihatan yg baik dan sentiasa dilindungi dari perkara yang tidak diingini. amin.

mama luv u bambam bucuk acin awooo mama 2 org ni...