Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 19 February 2014

cara aku putuskan susu badan

hari ni dah masuk hari ke6 aku cuba nak berentikan damia susu badan.
hoii mencabar gile la nak berentikan dia. aku ingat benda senang. tapi bergantung pada baby tu gak kot. 
antara sebab aku terpaksa berentikan dia dari bf, sebab sejak aku pregnant nak masuk 3-4bln ni memang aku perasan susu dah kering. so nak tak nak terpaksa la stop kan jugak.
sebenarnya sejak aku awal preg no 2 ni memang aku dah try, tapi malangnye hati aku tak cukup kuat tengok anak merengek nak dapatkan 'candu' dia. 
sedih weiiii..sejak lahir dia bf, tetiba pulak nak pisahkan dia dengan 'candu' dia tu...
yang lawak nye, sebelum ni aku penah try letak nescafe, tak jalan jugak. dia rasa kelat2 kejap je..kejap je cakap 'tak dap'..bila nak tido dia redah je pahit ke tak pahit..aiyooo...
dah 2-3bln pastu, baru ni aku saje try letak biji selasih..ala yg letak dalam sirap selasih tu...aku saje tempek kat baju selasih tu dengan harapan dia takut ingat ulat. hahaha...siyes tak sangka menjadi pulak. dalam 2 hari jugak aku letak. masuk hari ke3 dia still dok tanya lagi..'mama, nak nen'..aku cakap 'no...nen ade ulat'...terus mintak susu botol. hehehe.

tapi kalau pikir sudut lain, aku rasa cam kesian pulak terpaksa tipu dia camtu. tapi terpaksa...terpaksa ok.... ='(




sorry manje mama. anak mama dah besar kan? dia nak jadi kaklong dah tak lama lagi. sekurang2 nya rezeki anak mama sampai 1thn9bln jugak dapat merasa air susu mama. itu pun mama dah bersyukur sangat.