Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 28 January 2014

Family Trip Cameron Highland

sampai ke sudah tak de jugak aku nak cerita pasal Cameron Highland kan? cite pun dah basi dah...kuikui. gitu ler janji acik ni...
flashback balik cerita bulan lepas. al-kisahnye 21/12 taun lepas family belah mentua aku de plan dgn kazen fakrul pegi cameron highland (CH). aku bab ngajak jalan memang on saje. kalau duit pun on, lagi bertambah on..hehehe.

so tak banyak cite kitorg pun pegi ler CH dalam 3 buah kereta. family ktorg yang pegi nya cuma family kecik kami & sapik je. yang lain tak free time tu. nasib homestay semua kazen fakrul dah book awal2 dah. tambah musim cuti sekolah kalau tak book memang tak dapatla kan nak walk-in je mane2 hotel. 

kitorg gerak pagi 21/12 (sabtu) tu dari rumah mak aku je. konon tak de kelam kabut nanti. tengok2 hari kejadian ktorg yang last sekali gerak. dengan sampai ipoh nak dekat pukul 1 pg nye haritu, memang tak de maknenye dapat celik awal mata ni. tapi ktorg sampai CH pun saing2 yang lain jugak. nasib jalan pun ok je. lancar jugak walaupun jem sikit.

kat CH ktorg follow je plan kazen fakrul. mane dorang nak singgah ktorg follow je. mula2 singgah lavender farm. tempat ni baru lagi kalau tak silap. dulu2 aku pegi takde pun lagi. last aku dtg CH rasenye masa zaman study dulu. datang dengan family aku. 






yang sadis nya kat sini, boleh pulak kan tetibe semua gambar yg ade dlm hp fakrul hilang semuanya. mcm kena format tu. dah nak keluar dari situ, rushing tangkap gambo mane dan je la...

destinasi seterusnya kitorg berkelah makan kat tepi taman. best dapat kumpul makan ramai2 gini. hasil masakan mak mertua aku & mak anjang. mak mertua aku bab nak jamu orang makan memang superb...




tengok gaya ibu mithali layan anak makan....haha..bior perut anak kenyang dulu...

lepas dah mkn2 ktorg gerak pegi agro bazaar KHM strawberry farm pulak cari aiskrim.
aku memang dah aim target datang CH nak pekene aiskrim strawberry batang tu. 




muke gumbira dapat aiskrim. aiskrim cup pun aku bedal jugak. dah dtg harus rasa apa yg ade....


lepas lepak kejap sini, terus gerak pegi homestay kat tanah rata. gambar homestay terlupa nak ambik. huhu. tapi ok la selesa. ada 3 bilik. 1 bilik tu kecik sikit. dia letak katil bujang 1. so sapik tido situ. family ktorg sewa 1 homestay, family pak anjang 1 homestay. kalau tak silap sewa rm150 kot. tapi kalau dah nama CH, tak payah aircond2 sejuk nya kalah pasang aircond dah. kalau takde water heater memang rasa mandi dengan ais batu la jawabnye. 

dah balik homestay sempat lah selelap dulu. lepas asar gitu ktorg sambung berjalan balik. kali ni pegi strawberry farm. 



aceli masa kat sini damia dah mula tak sihat dah. perubahan cuaca kot dia tak tahan. sampai kaki tangan dah sejuk time ni..muka pun boleh nampak kan pucat time ni. nasib ada kedai situ jual glove & stoking. terus beli & pakaikan kat dia...sian anak mama ni...

destinasi seterusnya kitorg singgah pasar malam kat brinchang. memang tempat tumpuan la kalau datang hujung minggu. dah shopping2 sikit, terus balik homestay.

malam tu damia makin teruk pulak. minum susu je keluar balik. memang lembik dia hari tu. terus aku ajak fakrul pegi hospital. nasib hospital kat sini tak de orang langsung. 5 min je dah setel semua. lepas makan ubat baru nampak dia ok sikit. legaa hati makkk...

hari ke-2 pulak. 

pagi2 lepas bekpes, ktorg gerak pegi MARDI. kalau dah nama pun MARDI, opcoz tengok pokok2 bunga la. ok la dapat gak tengok pokok2 & bunga yg jarang kite tgk...
ni pokok anggur ye adik2...hehe...jakun aku sebab tak penah tengok pokok anggur. tau makan buah nye je selama ni.



damia dah sihat dah hari ni. dah ceria sikit dari semalam. tgk tgn dia tu. tupun tak nak pakai glove tu. geram je mak ko ni tau damia.. kite risau la kan kot2 dia demam balik. 


sekejap je sini, pastu gerak pegi ladang teh boh sungei palas.
berkelah makan lagi hari ni. balance lauk semalam banyak lagi. panaskan siap2 kat homestay.





'boipren' yang dah banyak berjasa..hehe..
siyes rasa tenang je bila dok atas ni. bagus idea dorang nk berkelah sini. tak dibuat org. org lalu pun pelik tgk ade org berkelah kat tepi pondok ni..hehe..

dah isi perut, kite gerak pegi boh tea centre pulak. 

tempat shooting cerita ombak rindu katenye.
time lisa & aaron ajis gado tu rasenye...


padahal baru lepas melantak nasik, terus hi-tea pulak konon nye. aku order teh tarik & choc moist cake. cake nye biase2 je, tapi teh tarik dia sedaaappp...kena cuba kalau dtg sini...

damia tak abis2 dengan upin ipin dia...tu je cara bagi dia dok diam. kalau tak huru hara tak dok diam.


lepas ni terus gerak balik. sebelum balik tu sempat la singgah gerai2 tepi jalan tu beli sayur2 sikit. kemudian gerak pegi ipoh kejap, malam tu balik putrajaya pulak. sampai rumah pukul 1 pagi. memang pengsan. 

hamek ko 1 entry terus cite 2 hari punye cite...

=))