Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 11 July 2013

2 Ramadhan: simple sahur

Selamat Berpuasa semua!

amacam puasa korang? ada yang puasa yang yang yuk, tengahari bukak periuk tak? hehe.

alhamdulillah semalam dah selesai 1 hari berpuasa. menu berbuka kitorang laki bini beli param aje. lupe nak snap gambo. nasi lemak sotong, nasi beriani, laksa johor & kuih muih. lepas dah makan nasi masing² perut dah tegang. sampai ke sudah tak makan laksa johor tu. ke peti ais jela tempatmu. silap² esok lusa babai ke tong sampah la tu. 

kitorang laki bini ni pelik sikit. walau tak makan abis, semua masuk peti ais. tapi sampai ke sudah memang tak sentuh dah. tak nak membazir konon tu yang masuk gak peti ais. tapi last² membazir jugak. baru niat puasa kali ni tak nak membazir. 

menu sahur pun beli jugak. aku beli kat cafe ofis je. balik rumah masuk peti ais, sahur panaskan. beli yang simple je. 



milo suam, sambal tempe, ikan bilis goreng+kacang & pajeri nenas & terung

menu berbuka hari ni tengah dok pikir nak beli apa pulak ea? :)
rasanye beli lagi jimat dari masak. jangan ler bila kaut tu ikut napsu. ambik ikut agak² 1x makan cukup ler. makan takat 2 org je pun. nak sedap nanti weekend baru masak sedap². tapi minggu depan ler, minggu ni balik kampung. :)

thx 4 reading.

:)

No comments:

Post a Comment