Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 24 December 2013

sembang petang

punye la malas nak update blog. dari bulan puasa ritu sampai sekarang baru ada rasa nak update nye. gile punye malas la ko diani. kahkah. aku update pun bukan ada orang nak baca pun blog ni. ke ade? haaaaa...rindu aku lettewwww...

 bile dah lama sangat tak menaip ni sampai tak tau nak cerita mana 1. idea mencurah² kesudahannya bila nak dijadikan cerita terus jadi blur. eh ko ni dah nape kan...tadi cakap idea mencurah². hikhiks...

ok la ok la... kat fb rasanya kebanyakan dalam fb dah tau kot cerita ni. *tutup muka malu* haha..pangg...ngade sangat kan...ni makan diaaa...kat sini je aku saje lambat²kan nak story...ok alhamdulillah sekarang aku tengah pregnant 2nd baby. yeayyy...syukur...baru nak masuk 4 bulan. doakan aku & baby sihat walafiat & sempurna fizikal & akalnya k. amin. 

cam tak pecaye aku dah nak ada 2 orang anak dah...*tampo tampo pipi sendiri* padahal bila kenangkan balik cepatnya masa berlalu. kehidupan aku dari kecik, masuk skola rendah, pastu ke skola menengah pulak, masuk ke kolej & ke alam pekerjaan...wahhh cepatnya aku membesar & jadi dewasa cam sekarang. aku kan anak bongsu. so manje tu ada la jugak kan dari kecik sampai sekarang kot still manje..hikhok. aku ni dari kecik memang susah nak berenggang dengan family. bile dah masuk kolej kat kuantan tu baru la aku belajar berdikari. kalau tak sikit² mak..sikit² abah. tak cukup duit time study dulu pun tau mintak je kan...bile dah keje & uruskan duit sendiri baru ko tauuuu betapa susahnya nak cari duit nak tampung 1 family. 'manje' aku maksudkan tu bukan manje cam menggedik2 tu. eh ade jugak..tapi dengan laki aku jela kan...gile nak manje dengan orang lain...haha..manje aku maksudkan tu lebih kepada bergantung harap gitewww...sekarang ni pun kadang² aku rase macam lebih bergantung kat laki aku jela papepun. bil²,hal² kat rumah, servis kereta semua² tu laki aku yang buat. jangan tak tau pegi pasar beli ikan pun laki aku buat tau. tetiba rase beruntung gile dapat laki yang memahami & rajin dalam bab² ni. lagipun leceh kan kalau pegi pasar nak angkut anak kecik.aku ni jenis kalau pegi pasar tau beli je. harga mahal ke murah memang aku tak kisah langsung. janji apa yang aku nak masak & barang yg aku nak tu ada aku ambik je. cam laki aku pulak jenis teliti harga mana murah mana mahal. so nak selamat, memang laki aku jela yang pegi pasar beli barang² basah. kalau shopping kat shopping mall ke baru aku follow. tu pun sekarang dah pandai sikit tengok harga. hikhok. lagi 1aku ni jenis kalau nak mengemas rumah tak suka buat depan laki aku. tak tau la nape..dari mula kawin memang gitu la pangai nye. kalau aku tetiba datang rajin, memang aku suruh laki aku dok dalam bilik main dengan damia je. tu sebab bila dia pegi pasar, so aku boleh la kemas rumah dengan tenangnya. tu sebab dalam rumahtangga elok jugak ada pasangan yang pro & kontra ni. supaya hidup tu tak de la selari je graf nya. biar turun naik graf tu supaya baru lah warna warni rumahtangga. tak gittewww? 

aku baru balik dari bercuti kat Cameron Highland dengan family mertua minggu lepas. kalau nak cerita dalam 1 entry cam panjang pulak aku rasa. next entry kalau ada kerajinan aku update. tu pun kalau rajinnnnn...nak tunggu aku punya rajin ni mau makan masa berbulan. haha. 

nah untuk tatapan korang yang rindu kat aku & damia. haha. perasan. 

ok la. terima kasih la pada yang sudi baca. bye. 


Thursday, 11 July 2013

2 Ramadhan: simple sahur

Selamat Berpuasa semua!

amacam puasa korang? ada yang puasa yang yang yuk, tengahari bukak periuk tak? hehe.

alhamdulillah semalam dah selesai 1 hari berpuasa. menu berbuka kitorang laki bini beli param aje. lupe nak snap gambo. nasi lemak sotong, nasi beriani, laksa johor & kuih muih. lepas dah makan nasi masing² perut dah tegang. sampai ke sudah tak makan laksa johor tu. ke peti ais jela tempatmu. silap² esok lusa babai ke tong sampah la tu. 

kitorang laki bini ni pelik sikit. walau tak makan abis, semua masuk peti ais. tapi sampai ke sudah memang tak sentuh dah. tak nak membazir konon tu yang masuk gak peti ais. tapi last² membazir jugak. baru niat puasa kali ni tak nak membazir. 

menu sahur pun beli jugak. aku beli kat cafe ofis je. balik rumah masuk peti ais, sahur panaskan. beli yang simple je. 



milo suam, sambal tempe, ikan bilis goreng+kacang & pajeri nenas & terung

menu berbuka hari ni tengah dok pikir nak beli apa pulak ea? :)
rasanye beli lagi jimat dari masak. jangan ler bila kaut tu ikut napsu. ambik ikut agak² 1x makan cukup ler. makan takat 2 org je pun. nak sedap nanti weekend baru masak sedap². tapi minggu depan ler, minggu ni balik kampung. :)

thx 4 reading.

:)

Wednesday, 3 July 2013

Candy Crush

Sape main candy crush mesti tau betapa stress nye kalau level yang korang tu tak lepas² kan? hikhik. aku ni kalau free je konpem dok ngadap benda alah ni. sebelum tido pun sebolehnye ngadap jugak. 

nah ni aku jumpe kat google. bace ni untuk korang!

8 life lessons taught by Candy Crush Saga

Tuesday, 2 July 2013

gigi besi

dah setaun menyepi baru sekarang gheti nak muncul. biasanye bukak blog ni setakat nak skodeng blog orang je. 
ntahnye lepas bersalinkan damia mood berblog ni terus out. faktor umur mungkin. ehh..
tak banyak berubah pun kehidupan aku. damia pun dah 1 tahun 2 bulan. dah makin banyak akal. aku ade update pasal damia kat blog dia kat SINI.

oh ye bln 2 aritu aku dah pasang braces. aku buat kat klinik pergigian kajang prima. prosesnye tak de lama mane pun. cam gigi aku ni kene cabut 4 batang. 2 atas kiri kanan, 2 bawah kiri kanan. 1 minggu cabut 2 btg. lps seminggu cabut lagi 2 btg. minggu depannye dah boleh pasang braces dah. bagi aku yang paling sengsara lepas cabut gigi tu la kot. masa cabut tu tak sakit sebab doktor akan bius. so ko rase kebas2 je. yang buat sakitnya sebab gusi tu dalam proses nak mengecut. lepas dah pasang braces. lega sangat rasa. cuma dah pasang braces cara makan pun dah bertukar. mula² je rase kekok, dah lama² akan terbiasa sendiri. makan pun kena carik kecik² baru boleh makan.
damia sejak aku pakai braces ni, tangan dia kemain bersilat lagi, time tido la selalunye. bape kali jugak la aku menjerit tengah malam sebab tangannye bersilat sampai ke muka aku. sampai menangis dibuatnye pun penah. (T___T)
sekarang ni langkah berjaga² aku tutup muka dgn bantal time tido. nasib tak lemas. 

yang seronoknye pakai braces ni bila time nak tukar getah tu. esaited dok pikir nak tukar kaler pe bulan ni. muahaha. tapi bile pikir sengsara nye lepas ketatkan braces pulak. erkk..tu yang dok buat² lupa je nak g klinik. tak best sangat rasa kalau dah ketat. terasa gigi tu mencengkam & berdenyut². aku bile dah gitu, selera memang out la. terus makan pun jd sikit. 

bulan pertama warna braces hijau+pink, bulan ke 2 warna tak ingat, bulan ke 3 biru+pink, sekarang warna hijau. ikut suke aku je nak warna pe. hehe.

gigi aku sekarang dah nampak dah gerak sikit. gigi taring 2 kat atas tu pun dah turun. cuma sekarang nak bagi dia rapat & bersusun je. makan masa jugak tu. nampak tak warna merah kat atas tu? elastic power chain. benda alah tu yang doktor baru pasang. aku syak benda alah tu untuk tarik antara gigi bagi rapat. 




gambo hari pertama berbraces. >__<

eh terpanjang pulak entry ni. hikhik.

maseh sudi bace. =))

tata.