Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 18 September 2012

CARA BERPANTANG BERSALIN MAMA DAMIA

assalamualaikum w.b.t.

gambar ni time pregnant 7bulan tak silap. tembam betoi pipi time ni. ngeriiii aku tengok balik. so letak kecik² je cukup. huhu.

9bulan. ni lagi 2 hari damia nak keluar. time terima APC.
ni yang paling latest gambar aku. copy gambar dari entry sebelum ni je. ya ampun.

sebenarnya ada la beberapa orang yang bertanyakan kat aku petua macam mana aku boleh kurus lepas bersalin. ni bukan petua ea. kang ada pulak cakap aku poyo pulak kenn nak kongsi petua bagai. (-_-')
cuma saje kongsi cara aku berpantang dulu. dah 5 bulan abis pantang baru teringat nak buat entry. huhuhu. syabas mama mia...

eh sebenarnya aku tidak la kurus benor. jangan la tertipu dengan gambar² aku tu. cuma susut sikit la dari masa mengandung dulu. tapi tang pipi memang susah la nak bagi kurus siyes waaa cakap sama lu. sedihh...
sekarang ni aku nak timbang berat pun very the scary u know...hew hew hew.
tak sanggup terima hakikat. 
masa aku mengandung last timbang sebelum kena czer dulu 70kg. berat sebelum mengandung 60-62kg gitu la. tak naik banyak pun berat aku. tengok perut pun tau kan. tak nampak macam orang mengandung sangat pun dulu.
dalam pantang aku timbang berat, 55kg okeh. rasa nak pengsan tengok. gile ko tak tekejut tengok turun banyak tu. tu la sejarah penurunan berat badan yg paling best. hehe. 
aku ni kan jenis rangka besor. so bagi aku 55kg tu dah ok sangat dah. sebab aku pun tak suke kalau keding² sangat. bior ada isi sikit. ok la kan.

time dalam pantang dulu, aku sebenarnya tak de la berpantang sangat. 

BERTUNGKU. 
bertungku pun ada skip² jugak. paling kurang 1x sehari mesti ade. kalau tak jenuh la tadah telinga dengar mak aku meleter. sobsob. disebabkan aku beranak czer, so tungku tu aku letak kat celah peha & gerak² la kat celah² pelipat yang lain. bagi wap² sikit dalam kain. 

MANJAKANI.
aku amalkan makan manjakani. tak la aku nak kokak buah manjakani tu gitu je. keras ya hamattt ok. cara mak aku, dia masukkan dalam nasi masa masak tu. timbuskan manjakani tu dalam² biar dia lembut. sebelum ko makan nasi tu boleh la telan manjakani tu dulu. kalau buah nye besar, boleh la kerat dulu kecik². macam aku telan dengan air milo. so tak rasa la pahit nye. pandai tak pandai tak? hehehe.

MINUM AIR GAMAT.
yang part ni memang aku surrender abis. rasanye aku minum 2x je kot. sebab tak tahan sangat dgn bau nye. rasa pulak payau². aku bau macam bangkai ok. tapi aku tanya orang lain dorang kata tak de bau pun. ntah. pelik aku. 

SET BERSALIN LEESA FORMULA.
dalam set ni ada uncang teh cotet, tablet haruan & tablet prawan. tapi tak abis makan jugak. aku bab ubat memang tak berdisplin kalau suruh makan.

SUP IKAN HARUAN & IKAN HARUAN GORENG CILI KERING.
tang sup ikan haruan tu dalam 3-4hari makan ok lagi. kalau berterusan makan memang out. kalau buat sup terasa sangat hanyir nye, kalau buat goreng cili kering memang sodappp. fav time pantang. 

BERURUT.
berurut paling kurang 3hari berturut². yang part ni memang best. tapi azab nye time makcik tu urut memang kena tahan la. tapi kesannye lepas berurut tu memang sedap badan. lagi 1, minta dia urut muka sekali bagi naik seri wajah. lepas berurut tu mak aku cakap muka aku baru nampak merah sikit. kalau tidak pucat je. 

JANGAN MAKAN NASI BERTAMBAH.
tak tau la ni petua orang dulu² kan. aku pun tak tau kenapa. kalau nak makan nasi, letak banyak² dalam pinggan. kalau tak abis tak pe. pastu nak makan berulang banyak kali pun lantak ko la. macam aku memang selera makan tak de sangat dalam pantang. so selamat. 

MAKAN BUAH OREN SUNQUICK. 
kalau orang tua² dengar mesti kerut² dahi rasa pelik. sama la macam mak aku dulu bile aku cakap aku nak makan buah sunquick. sebenarnya kalau beranak czer sangat elok untuk luka. bagi cepat baik luka. janganlah ko bantai makan buah sunquick tu sampai 3-4biji sehari. apa jadi lepas tu aku tak tanggungjawab ea. macam aku makan 1biji 1hari sekali je cukup. tu pun dah rasa sunquick tu la makanan paling best saat dalam pantang tu. buang air besar pun ok je. kalau tak makan buah, memang azab la ko duduk dalam jamban tu berjam². paham tak maksud aku? sembelit laa...huhuhu. 

MINUM AIR SUAM.
ade orang kata jangan minum air banyak². macam aku breastfeed memang tekak cepat je kering rasa. so aku amalkan minum air suam segelas. tapi jangan minum sekali teguk. minum sikit berhenti. minum sikit berhenti. gitu la. ko kalau breastfeed tak cukup air dalam badan tu yang badan lagi lemah. 

MANDI AIR BUNGA.
yang ni rasanye tak de kaitan dengan kurus kot. untuk segarkan badan lah rasa nye. pun best jugak!

PAKAI BENGKUNG.
minggu kedua bersalin baru aku pakai bengkung.tu pun asyik terlupa je nak pakai. hasilnye perut adalah membuncit sikit sekarang. sobsob.

tu je kot rasa nye cara aku berpantang. yang lain² tu ikut orang la kan. macam² petua lagi sebenarnye boleh buat. kalau beranak normal lagi senang nak buat macam². zaman kan dah canggih. google je. 

*benda yang paling penting yang aku lupa letak*

BREASTFEED.
oh yang ni paling penting sebenarnya. seeloknye breastfeed la baby sampai dia umur 2 tahun. tapi malangnye aku dah campurkan susu formula. (T_T) time kat rumah je aku bagi susu badan. insyaallah next baby nanti nak fully breasfeed. orang cakap kalau breastfeed pun salah 1 cara nak kuruskan badan. ntahla. aku pun tak tau sejauh mana kebenarannye. kalau tak cuba tak tau kan? 

k thanks for reading!

bye!

3 comments:

  1. yg mana ingat je ni kak..untuk rujukan anak2 seterusnye nanti..hehe..senang bukak blog je..

    ReplyDelete
  2. saya minat bl awak kata awak makan buah manjakani...tabik....mksudnya makan mcmtu jer ek...buah tu kan keras...so kena gigit dl,,,xpahit ke..huhu...

    ReplyDelete