Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 24 September 2012

duta machelin!


agak² boleh lawan tak dengan machelin betoi ni?


hehehe.
=))


Thursday, 20 September 2012

CARI YANG TERSEMBUNYI?


rasa nak pengsan bila jumpa balik gambar ni dalam FB kawan sekolah dulu.
HAHAHA.
cuba cari mana aku?
yang paling comot tu la aku. 
HUHU.
(-_-)
time ni darjah 6 kalau tak silap.
tahun 1998.
gila old skool gambar ni.
kenangan weh.
oh ye yang tak tau tu, dulu aku sekolah kat SJK (C) Yuh Hua, Ipoh.
sekarang anak buah aku pulak belajar kat situ.

best sangat bila kawan² still ingat kat aku. 
kalau tak ingat jugak siap dorang. 
HUAHUA.
ingat ko divaaa orang nak hengat sangat?
=P
dorang kena ingat aku sebab aku satu² nye budak melayu dalam batch tahun tu.
dah la aku dok cari FB budak² ni satu pun tak jumpa. 
tau jela budak cina mana nak letak nama betoi.
linda lim la..christina chong la...
sama la macam aku pun. huahua.
kate orang memang aku yg oberrr...

nasib cikgu aku de create FB untuk sekolah.
jumpa jugak FB budak² ni.
lain benor ghupe muke masing² dah.


bye!

happy 5th month birthday sayang!

damia sejam lepas lahir

suke buat mulut camtu. gerammm

hari ni sayang mama dah 5 bulan.
alahai kejap je anak mama & papa ni besar.
rasa macam baru je lahirkan damia.
seronok mama tengok sayang mama ni membesar depan mata.
dari hari ke hari ada je aksi comel sayang mama ni tunjuk.
mama & papa ♥ u sayang!
penantian 7 bulan + 9 bulan (dalam perut) berbaloi rasa.
mama tak penah penat layan sayang mama ni.
asalkan sayang mama happy & sihat mama syukur sangat.
sayang mama tak sihat pun tak meragam. 
kadang² mama yang sebak tengok sayang mama ni kuat.
besar nanti jadi anak yang baik,solehah,taat pada mama & papa ye sayang.
muahhh!

damia masa 4 bulan 1/2



Tuesday, 18 September 2012

CARA BERPANTANG BERSALIN MAMA DAMIA

assalamualaikum w.b.t.

gambar ni time pregnant 7bulan tak silap. tembam betoi pipi time ni. ngeriiii aku tengok balik. so letak kecik² je cukup. huhu.

9bulan. ni lagi 2 hari damia nak keluar. time terima APC.
ni yang paling latest gambar aku. copy gambar dari entry sebelum ni je. ya ampun.

sebenarnya ada la beberapa orang yang bertanyakan kat aku petua macam mana aku boleh kurus lepas bersalin. ni bukan petua ea. kang ada pulak cakap aku poyo pulak kenn nak kongsi petua bagai. (-_-')
cuma saje kongsi cara aku berpantang dulu. dah 5 bulan abis pantang baru teringat nak buat entry. huhuhu. syabas mama mia...

eh sebenarnya aku tidak la kurus benor. jangan la tertipu dengan gambar² aku tu. cuma susut sikit la dari masa mengandung dulu. tapi tang pipi memang susah la nak bagi kurus siyes waaa cakap sama lu. sedihh...
sekarang ni aku nak timbang berat pun very the scary u know...hew hew hew.
tak sanggup terima hakikat. 
masa aku mengandung last timbang sebelum kena czer dulu 70kg. berat sebelum mengandung 60-62kg gitu la. tak naik banyak pun berat aku. tengok perut pun tau kan. tak nampak macam orang mengandung sangat pun dulu.
dalam pantang aku timbang berat, 55kg okeh. rasa nak pengsan tengok. gile ko tak tekejut tengok turun banyak tu. tu la sejarah penurunan berat badan yg paling best. hehe. 
aku ni kan jenis rangka besor. so bagi aku 55kg tu dah ok sangat dah. sebab aku pun tak suke kalau keding² sangat. bior ada isi sikit. ok la kan.

time dalam pantang dulu, aku sebenarnya tak de la berpantang sangat. 

BERTUNGKU. 
bertungku pun ada skip² jugak. paling kurang 1x sehari mesti ade. kalau tak jenuh la tadah telinga dengar mak aku meleter. sobsob. disebabkan aku beranak czer, so tungku tu aku letak kat celah peha & gerak² la kat celah² pelipat yang lain. bagi wap² sikit dalam kain. 

MANJAKANI.
aku amalkan makan manjakani. tak la aku nak kokak buah manjakani tu gitu je. keras ya hamattt ok. cara mak aku, dia masukkan dalam nasi masa masak tu. timbuskan manjakani tu dalam² biar dia lembut. sebelum ko makan nasi tu boleh la telan manjakani tu dulu. kalau buah nye besar, boleh la kerat dulu kecik². macam aku telan dengan air milo. so tak rasa la pahit nye. pandai tak pandai tak? hehehe.

MINUM AIR GAMAT.
yang part ni memang aku surrender abis. rasanye aku minum 2x je kot. sebab tak tahan sangat dgn bau nye. rasa pulak payau². aku bau macam bangkai ok. tapi aku tanya orang lain dorang kata tak de bau pun. ntah. pelik aku. 

SET BERSALIN LEESA FORMULA.
dalam set ni ada uncang teh cotet, tablet haruan & tablet prawan. tapi tak abis makan jugak. aku bab ubat memang tak berdisplin kalau suruh makan.

SUP IKAN HARUAN & IKAN HARUAN GORENG CILI KERING.
tang sup ikan haruan tu dalam 3-4hari makan ok lagi. kalau berterusan makan memang out. kalau buat sup terasa sangat hanyir nye, kalau buat goreng cili kering memang sodappp. fav time pantang. 

BERURUT.
berurut paling kurang 3hari berturut². yang part ni memang best. tapi azab nye time makcik tu urut memang kena tahan la. tapi kesannye lepas berurut tu memang sedap badan. lagi 1, minta dia urut muka sekali bagi naik seri wajah. lepas berurut tu mak aku cakap muka aku baru nampak merah sikit. kalau tidak pucat je. 

JANGAN MAKAN NASI BERTAMBAH.
tak tau la ni petua orang dulu² kan. aku pun tak tau kenapa. kalau nak makan nasi, letak banyak² dalam pinggan. kalau tak abis tak pe. pastu nak makan berulang banyak kali pun lantak ko la. macam aku memang selera makan tak de sangat dalam pantang. so selamat. 

MAKAN BUAH OREN SUNQUICK. 
kalau orang tua² dengar mesti kerut² dahi rasa pelik. sama la macam mak aku dulu bile aku cakap aku nak makan buah sunquick. sebenarnya kalau beranak czer sangat elok untuk luka. bagi cepat baik luka. janganlah ko bantai makan buah sunquick tu sampai 3-4biji sehari. apa jadi lepas tu aku tak tanggungjawab ea. macam aku makan 1biji 1hari sekali je cukup. tu pun dah rasa sunquick tu la makanan paling best saat dalam pantang tu. buang air besar pun ok je. kalau tak makan buah, memang azab la ko duduk dalam jamban tu berjam². paham tak maksud aku? sembelit laa...huhuhu. 

MINUM AIR SUAM.
ade orang kata jangan minum air banyak². macam aku breastfeed memang tekak cepat je kering rasa. so aku amalkan minum air suam segelas. tapi jangan minum sekali teguk. minum sikit berhenti. minum sikit berhenti. gitu la. ko kalau breastfeed tak cukup air dalam badan tu yang badan lagi lemah. 

MANDI AIR BUNGA.
yang ni rasanye tak de kaitan dengan kurus kot. untuk segarkan badan lah rasa nye. pun best jugak!

PAKAI BENGKUNG.
minggu kedua bersalin baru aku pakai bengkung.tu pun asyik terlupa je nak pakai. hasilnye perut adalah membuncit sikit sekarang. sobsob.

tu je kot rasa nye cara aku berpantang. yang lain² tu ikut orang la kan. macam² petua lagi sebenarnye boleh buat. kalau beranak normal lagi senang nak buat macam². zaman kan dah canggih. google je. 

*benda yang paling penting yang aku lupa letak*

BREASTFEED.
oh yang ni paling penting sebenarnya. seeloknye breastfeed la baby sampai dia umur 2 tahun. tapi malangnye aku dah campurkan susu formula. (T_T) time kat rumah je aku bagi susu badan. insyaallah next baby nanti nak fully breasfeed. orang cakap kalau breastfeed pun salah 1 cara nak kuruskan badan. ntahla. aku pun tak tau sejauh mana kebenarannye. kalau tak cuba tak tau kan? 

k thanks for reading!

bye!

Audition RM1juta Money Drop. huahuahua.

Assalamualaikum w.b.t.



tengok tajuk kemain lagi aku kenn?
sabtu lepas 15/9 aku & cik abe pergi audition kat Garden Hotel, Mid Valley.
pukul 7 pagi dah tercongok kat lobi hotel.

sebenarnye ikut hati macam tak nak post je pasal ni. 
tapi rasa nak taip entry sambil tutup muka je boleh tak?
HAHAHA. gile.
tapi kesian pulak aku tengok gambo² yg dah aku snap dalam h/p. 
konon² kalau dapat menang RM1juta nanti boleh la aku post kat FB tulis
 "kami menang 1juta weh!"

"kami menang 1juta dalam mimpi je!hehe."

hahahaha.puii..
takpe takpe pengalaman tu penting ok! #nak sedapkan hati#
aceli audition ni ada 2 stage kalau tak silap aku.
stage 1: ujian bertulis. 20 soalan objektif pasal pengetahuan am. 
stage 2: sesi interview. dorang akan suruh konon² korang main mcm kat tv tu. aceli dorang nak tgk cara korang berdepan dgn camera & komunikasi. 

alhamdulillah aku & hubby adalah pasangan ke 26 dari beribu pasangan yang dok beratur berjela² tu. nasib weh nasib. tak sia² pukul 7 pg dah tercongok depan lobi hotel.



ni sebelum briefing. muka cover. padahal berdebar gile time ni.

mula² dorang panggil 50 pasangan terawal naik ke level 29 dulu. dah submit borang semua, ada briefing sikit.  







pakcik makcik pun ramai datang audition tau. aku syak yang baru kawin pun ade datang.
sebab inai penuh kat jari. HAHAHA. memandai je aku ni.

lepas briefing, dia suruh setiap sorang wakil pasangan bangun then gerak pegi exam hall. jawab la 10 minit 20 soalan tu. lepas dah keluar, turn pasangan ko pulak masuk jawab. gitu la kekdahnye.hubby aku beria ok, lepas dah keluar hall siap sms 
"gud luck. senang je!"
ceh..aku dah konfiden dah masa tu. mesti kacang je la soalan dia.
sekali hamek ko, aku tengok je soalan terus blur. hampeh laki aku tipu. sobsobsob. 
tgk soalan 1. blur. soalan 2. blur. soalan 3,4,5,6,7,8,9,10 BLURRRRR..
aku dok pikir kejadah apa punye soalan ni. memang buta pengetahuan am aku ni.
sedihhhh pediihhh.
laki aku cakap, kalau dia gitau soalan susah lagi la aku down. ohhh suweetnyee tetiba menjaga perasaan i. huhuhu. 
contoh soalan yg aku ingat la,

1. siapakah pengasas IKEA? (aku konpem taun depan punye soklan dia tanya pulak siapa pengasas Carrefour, Mydin n blabla)
2. antara berikut yang mana bukan dari keluarga kucing? (aku bengong pegi jawab singa, jawapan dia serigala.aku blur ok.blurrr.. dah abis tu baru ingat serigala tu keluarga anjing ler. ngeng toi aku ni!)
3. dalam filem fenomena tahun 1991 siapa pegang watak issabela? (aku tak penah tengok pun cite ni.huhuhu. aku bantai sofea jane. sah2 salah. haha)
4. antara berikut yang mana bukan filem yang penah shaheizy sam belakon. (aku tak tau pehal aku jawab niyang rapik. rasanye jawapan dia kl gangster. shaheizy sam mane de blakon dalam kl gangster ler derrrrrr...adoiyainye pun ter berrr...blur weh blur..tak abis² salahkan blurr...HAHAHA.)

syarat untuk ke stage 2 adalah pasangan kena dua² betul 13 ke atas. konpem tak dapekkkk la.

dalam 50 pasangan yang jawab test tu, cuma 1pasangan je lepas pegi stage 2. so yang lain balik la rumah ye. huahuahua.

muke kapochi abis aku tu.

 brader yang pakai baju putih belakang aku tu la dapat pegi stage 2. heibattt bukan?
tak tau stage 2 dia lepas tak. lucky no dia 7029 tau. exam plak jawab kat level 29.
tak ke lucky tu? ade kena ngena tak? tetiba je kan aku ni.


muka mintak penampor sangat kan?

aku cakap kat laki aku, kalau tak dapat audition ni, taun depan pegi audition JANGAN LUPA LIRIK pulak la. HAHAHA. 

k bye!



Thursday, 13 September 2012

ENTRY MEROYAN!

hangin pulak aku pepagi ni.
ada sorang makcik ni dari company luar call nak sahkan kehadiran my bos untuk jamuan raya sabtu ni.
aku cakap bebaik, nanti aku check & call dia balik untuk confirmkan.
sebab aku pun baru masuk ofis after kursus dari minggu lepas. 
jemputan raya untuk bos aku bukan takat 2-3 je. banyak ok. ko ingat aku nak ingat semua ke dalam otak yang mana bos aku nak pegi ke tak. aku cuma PA bukan computer! DAMN!
tetiba pulak dia nak hangin terus PAAAPPP letak telefon!
biadap betoi orang macam ni.
aku memang pantang kalau aku baik dengan orang, tapi orang buat taik dengan aku.
lepas tu aku check balik, tengok note dari akak kerani opis aku ni, dah buat pun pengesahan tu 5/9 hari tu. 
lepas tu memang aku call balik la nak cari makcik tadi tu.
niat hati memang nak kasi laser sikit.
nasib staff lain yang angkat. kalau tak sia² makcik tu kena laser.
ko ingat ko keje company besar bukan keje gov ko boleh suke2 kurang ajar ke?
bawak2 la pegi kursus FRONTLINER ke kursus ADAB PENGGUNAAN TELEFON!

stupido!

hamek ko entry meroyan dari aku tetiba hari ni.

sekian.

bye!

Monday, 3 September 2012

gangnam la sangat

pm hubby kat fb tadi.


aku: syg..
hubby: ye..
aku: jom g korea nak?
hubby: perghhh...nak g gangnam ke?
aku: hahaha..byk la...


tak tau pengaruh gangnam style ke tak yang buat hati ni membuak2 nak g korea.
haha..
aku kalau berangan je mesti ajak laki aku berangan sekali.
ajak pegi korea macam ajak pegi alamanda je kan?
hew hew hew.
berangan tak kena bayar kan?

=))


mama damia