Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 8 August 2012

puding caramel


rupa comot, tapi rasa sedap okeh..haha..tetibe nak memuji diri sendiri pulak kan. 

tergugat lak iman tengok gambor makanan pagi² ni.
ni dessert peberet hubby. so saje nak try.
so, ni semalam punye eksperimen.
kihkih.
semalam dok google resipi,tengok resipi puding caramel ni macam senang je.
nasib makanan berbuka hubby dah beli siap². ngehehe..
so balik keje, pegi dapur terus buat.
30 minit dah siap. 
masuk peti ais, lepas berbuka baru makan.
yummee!

resipi puding caramel:

Bahan-bahan

3 sudu besar gula pasir
1 tin susu pekat manis (saiz kecil) atau 3/4 tin saiz sederhana
7 biji telur ayam
1 cawan air
1 sk esen vanilla
1 sk tepung kastard

Cara-caranya

1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata. Bila gula dah hangus(keperangan) keseluruhannya, tambahkan 2 sudu besar air. Angkat & ketepikan.

2. Telur dipukul sedikit sahaja,cukup kuning dan putih telur sebati..pastu masukkan esen vanilla dan susu pekat tadi. Kacau rata guna senduk,baru masukkan air..kacau sampai sebati.

3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....tapiskan puding tadi semasa menuang ke dalam loyang/bekas yang sudah berisi karamel tadi.

4. Masuk dalam pengukus biar dalam 20-25 minit.

5. Sejukkan dan telangkupkan di atas pinggan sesuai dan makan sejuk² lagi sedap!

selamat mencuba ye!



hugs,

mama damia




No comments:

Post a Comment