Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 30 August 2012

Beraya Di Ipoh!

Assalamualaikum w.b.t.

sedia maklum taun ni giliran beghaye rumah ahkak dulu kat ipoh. 
sebab taun lepas pagi raye kat kg talang, parit belah husband.
taun ni tema pagi raya merah putih ye.
macam sambut gong xi fa chai pulaks kenn?
blasah je ler, tu pun tema last minit. 
sebab last minit baru jumpe baju kurung damia kaler merah putih ni. beli kat pkns bangi je. hehe.
oh ye aku kat ipoh smpai raya ke-3. petang raya ke-3 tu dah chalooo balik tepen.

buah hati.jantung.limpa mama in red white polkadot.
♥ u Has Adelya Damia

mama & papa in red white jugaks..
mama kalau posing tak macam kanak² riang memang tak sah. 
=))

raya ke-2.


bile 2 beradik berposing. dalam bilik mak pun jadi. hehe.
baju kuning tu akak aku ye. pls jangan buat aku sentap nak kate dia ADIK plak. 
kalau pegi jalan beraya rumah sedara yang lama tak jumpe, mesti dok cakap aku akak. 
grrrr. beza 5 taun ok aku & dia. aku masih muda remaja gitewww.. kahkah.


anak dara ni jenuh dah makyang nye terjerit² nak tercabut anak tekak kat depan panggil suruh tengok camera.
memang dia wat derkkk je la. sabau jela anak. 


gambo SS mama damia harus ler ade kan.
hehe. 

bye!

mama damia


Wednesday, 29 August 2012

laki dukung anak macho?


kalau mak gendong anak camni rupenye.
rasa nak terlucut je kalau aku yang gendong damia.
tu pun siap pegang ok. 
tambah si kecik tu dah makin mendebab.
boleh sakit² pinggang ok kalau dukung lama².




nampak macho & steady je kan kalau bapak yang gendong anak?
hehehe. 
elok je terletak. almaklum ler bapaknye ade 'air bag'.
hahaha.
larikksss....

tapi siyes la aku suke tengok kalau bapak² yang dukung anak cenggini.
terserlah ke'macho'an.
korang kalau nak laki korang nampak macho sila la suruh deme buat cenggini ea.
hehehe.





damia - 4bulan

assalamualaikum.
salam syawal semua!
dah 11 syawal pun hari ni. 
dok syok BW tengok blog kengkawan cite pasal raya tak abis2 lagi kenn?
aku je tak de cite pasal raya lagi. sebabnye gambor raya semua dalam camera lagi.
huhuhu.

++++++++++++++++++++++++

semalam bawak si kecik pegi checkup 4 bulan.
timbang berat. 
masa 3 bulan berat 5.6kg & bulan ni dah naik 7.3kg.
tokojottt omak ehhh!!!
nasib nurse cakap BMI still ok. lagi sikit nak obes. fuhh..
aceli aku suke je bila baby kecik2 gini tembam tembun camni.
sedap nak gomol2.
dulu kalau anak orang yang pipi tembam gini memang jadi mangsa aku ler.
now dah ade anak sendiri, nak gomol anytime anywhere pun boleh. 
hehe.
tak sabo nak tunggu dia 6 bulan. boleh bagi dia makan puree & bubur dah nanti.




damia dah ade play gym dah sekarang.
tu baru lepas penat main ler tu sampai tertido terus. 
pandai manjer mama ni main.


ni kawan baru damia. cici namanye.
peneman tido dia. =))

ok takat ni je dulu ea.

bye!

mama damia



Friday, 17 August 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA BLOGGER!

MAAF ZAHIR & BATIN!

-DARI KAMI SEKELUARGA-

Thursday, 16 August 2012

raya oh raya!

sekejap nye rasa ramadhan tahun ni kan?
kelam kabut sangat persiapan raya tahun ni. 
semalam baru habis shopping part papa damia. 
sangat menguji kesabaran okeh mencari baju idaman papa damia!
grrrr...dari minggu lepas bawak ke semalam baru jumpa.
dari midV ke aeon balakong ke OU.
lastnye kat parkson Alamanda baru jumpe baju yang dia berkenan.
(-_-')
dah la mama damia ni baru baik dari demam.
temankan jugak la papanye shopping.



beg baju raya dah siap kemas! ni baru beg isi baju raya mama & papa ye. 
baju pakai dok rumah belom kemas pun lagi.
baju damia je de 2 beg. beg make-up mama lagi. beg toiletries lagi. 
rasa semua benda la nak angkut sekali. macam raya setahun je. 
papa damia siap perli lagi
"peti ais tak nak bawak ke?"
gurau kasar nampak bang? aummm..

korang tengok atas tu kasut raya anak dara tu pun ngalahkan kasut raya mama.
sampai 3 okeh!
ok mama yang ober membeli. damia tak bersalah.
(>.<)

malam ni sambung kemas beg² seterusnye.huhu.



damia dapat stroller raya jugak. TQ pada yang hadiahkan. nama dirahsiakan. haha..
poyo je kan. =))
kemain lena si kecik tido dalam stroller baru dia. 


dan dapat beg & baju raya jugak..hehe..bertambah la koleksi beg anak dara ni. 

korang balik kampung bile?
aku maybe petang esok kot. tengok keadaan macam mane.
rase² macam tengahari tu nak chalooo da.
ngee~
esok nak bawak damia datang opis mama la.
nursery dia tak cukup cikgu lak nak jaga baby.
cikgu pun nak beraya jugak kennn? huhu.

semoga selamat perjalanan pergi & balik kita semua k.
amin!
jangan bawak kereta lelaju ye.
ingatlah orang yang tersayang. 

bye!

p/s: big bos dah bagi duit raya weh! taun ni kurang sikit dari taun lepas. tapi aku tetap bersyukur! bos tak pernah lupe kebajikan staf². syg la kat bos. tetibe pulak kan? hewhewhew...

-mama damia-




Friday, 10 August 2012

iftar: wadihana islamic steakhouse

wah sekejap je dah 21 Ramadhan kan.
cepat sangat Ramadhan kali ni berlalu.
minggu depan dah start cuti raya.
semalam aku & hubby berbuka kat wadihana islamic steakhouse (WISH), bangi.
pukul 3.30 ptg aku dah call untuk booking.


gambo ni aku copy dari FB dorang je. 

kitorang sampai pun dalam pukul 6.45 ptg camtu.
kelam kelibut dok order la jawabnye.

aku order grilled chicken breast

hubby order grilled sirloin steak

pastu pizza tandori..pizza dia lebih kurang macam dominos. 

harga dia berbaloi la dengan rasa nye.
harga standard macam steakhouse lain jugak.



nasib budak debab ni duduk diam je dalam stroller. sebab kenyang dah menyusu.
cer lapooor tengok. pitam mama dibuatnye. 

balik tu sempat menyinggah jap kat MANJAKU bangi.
konon nak cari stoking si kecik tu je, alih² biasa la mamanye.
pantang tengok baju baby, beli lagiiiii..
huwaaaa..sampai papanye bebel ler kat mama.
dari nak beli stoking last² rm160 gak abis.
huhuhu..sayang anak punye pasai kan?

ok tu je nak cite.

bye!

hugs,

mama damia


Wednesday, 8 August 2012

puding caramel


rupa comot, tapi rasa sedap okeh..haha..tetibe nak memuji diri sendiri pulak kan. 

tergugat lak iman tengok gambor makanan pagi² ni.
ni dessert peberet hubby. so saje nak try.
so, ni semalam punye eksperimen.
kihkih.
semalam dok google resipi,tengok resipi puding caramel ni macam senang je.
nasib makanan berbuka hubby dah beli siap². ngehehe..
so balik keje, pegi dapur terus buat.
30 minit dah siap. 
masuk peti ais, lepas berbuka baru makan.
yummee!

resipi puding caramel:

Bahan-bahan

3 sudu besar gula pasir
1 tin susu pekat manis (saiz kecil) atau 3/4 tin saiz sederhana
7 biji telur ayam
1 cawan air
1 sk esen vanilla
1 sk tepung kastard

Cara-caranya

1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata. Bila gula dah hangus(keperangan) keseluruhannya, tambahkan 2 sudu besar air. Angkat & ketepikan.

2. Telur dipukul sedikit sahaja,cukup kuning dan putih telur sebati..pastu masukkan esen vanilla dan susu pekat tadi. Kacau rata guna senduk,baru masukkan air..kacau sampai sebati.

3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....tapiskan puding tadi semasa menuang ke dalam loyang/bekas yang sudah berisi karamel tadi.

4. Masuk dalam pengukus biar dalam 20-25 minit.

5. Sejukkan dan telangkupkan di atas pinggan sesuai dan makan sejuk² lagi sedap!

selamat mencuba ye!



hugs,

mama damia




Thursday, 2 August 2012

cepatlah weekend


tak sabar nak berweekend!
nak gomol² budak manjer ni time cuti.

hugs,
mama damia

kemain lama mengidam baru dapat...




upss..memang menguji kesabaran ye dak tengok gambo makanan tengahari² ni.
nak cite 2 hari lepas aku ada order pavlova ni kat akak sorang ni.
aku pun tak kenal sape dia. haha..boleh gitu?
nama pun lupe nak tanya.
parah aku ni...(-_-')
dia duduk area Presint 14.
harga promosi size medium cam gambar tu rm20.
ok la kot kan harga tu?
aku dapat no dia pun dari FB presint 18
tengok dia ada promote kat situ.
order pun sebab since pregnant kemain lagi teringin.
sekarang baru merasa. sedih kan?
sedap jugak la akak ni buat.
tak manis sangat.
balik karang nak repeat makan lagi.
hihihi =))

kalau korang nak order pm aku ye aku bagi no. dia.

hugs,
mama damia




Wednesday, 1 August 2012

iftar: colleague & ex-colleague MOT

semalam kitorang ada iftar dengan colleague & ex-colleague kat seoul garden,IOI puchong.
ade 9 orang, aku & family,myra & partner,hafizd,shah,wife (lyana) & lyana friend.
punyala takut tak sempat, tengok² pukul 6.15 ptg aku & hubby dah terpacak kat IOI tu.
salin baju pun kat IOI je. hehe. tak mandi pun bukan orang tau. (>.<)
sampai² jumpa dgn shah dulu. pastu baru nampak hafizd.
yang lain² tak sampai lagi masa tu.
so gerak masuk seoul garden sekali.

damia with papa. damia sibuk dok tengok auntie myra kat depan. 

famili kecil kami. =))

in action..bakar tiram tu cik myra punye keje. bila nak masaknye tu yunk...haha..

myra, lyana & hawa

yang kiri tu hafizd. damia sangat baik ok semalam. sampai 2 botol susu dia bedal.
bagus sayang mama. time aku & hubby makan pun dia tak kacau. 
cuma ekk ekk sikit tu biasa la.
nama pun budak kan.

muka aku yang kekenyangan..=))

next week repeat makan seoul garden lagi. tapi seoul garden OU.
 tapi dengan ex-collegemate pulak.
tak sabo nak jumpa kawan²!

hugs,
mama damia