Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 23 July 2012

progress Damia

assalamualaikum w.b.t

salam ramadhan


hari ni dak kecik ni dah 3 bulan 3 hari..
kejapnye rasa..rasa macam baru semalam je lahirkan dia..
setakat ni perkembangan dia yang aku perasan:

**dah pandai senyum² kalau orang agah..yang ni time dia 2bln lebih camtu dia dah start..

**kalau nampak kelibat mama/papa mesti toleh..kadang² saje main aci nyorok ngan dia nak tengok dia cari ke tak..

**lagi berapa hari mama nye nak masuk keje hari tu dia dah pandai reject isap susu guna botol..sekarang ni kat taska dia nak isap botol, kat rumah kadang² mau kadang² idak mau pulak..sebab dia tau mama ade kan..ngaders sgt mudak ni kan? #pitam mama dibuatnye#

**bile nak bergelak tawa,bersuka ria & main, papa agah sikit je dah senyum² sampai ke telinga. kalau mama agah kadang² tak de perasaan..sentap mama okeh! time nak susu & tido tau lak cari mama..sebab dia tau papa nye takde susu kot..muahaha..eh kalau papa bagi susu botol pun dia menjerit okeh..papa tak reti pujuk lettewww..

**kalau nak susu & tido mama lambat dtg kat dia,menjerit sekuat hati,sampai meleleh² ayor mate...hai la anak..

**bangun tido kalau kenyang, asalkan ade mama kat sebelah, siap senyum² lagi sorang²..suke lettewww mama ade..

**bab ni paling tak tahan, kalau tau nak pergi jalan², selagi kite tak keluar rumah dia akan menangis. takut kene tinggai ea? elok keluar je rumah terus senyum² & diam..aiyoyo..baru 3bulan dah banyak akal..

**start dia 3 bulan, mama dah bukakkan sarung tangan dia..kalau tak bukak abis basah sarung tangan dia isap..sejak tu kalau lapar, isap la jari dulu. bagi hint kat mama la lettewww nak bagitau dia nak susu..(-_-')

**yang ni baru semalam perasan, sejak dah bukak sarung tgn jugak, kalau dah mengantok, pandai gosok2 mata..aiyoo..nasib mama ni 'rajinss sangat' nak motong kuku awak tu kann..

ok setakat ni tu je kot yang aku ingat...

k bye!

2 comments:

  1. ala,,tak tengok damia lagiks....
    nnti auntie bagi duet raye okeh? hehehe

    ReplyDelete