Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 31 July 2012

nak tukar nursery damia

sakit hati wehh bila kita hantar anak kat nursery mahal² tapi dorang jaga sambil lewa je.
frust sangat!
semalam lepas hubby ambik dari keje, (normally hubby akan ambik damia dulu baru datang jemput aku kat ofis) aku biasa akan cium² gomol² damia dulu dalam kereta.
tapi yang aku geram nye bila tengok kesan ubat kat pipi dia (sbb ada kesan gigit nyamuk) yang aku letak dari malam sebelumnya tu still ada lagi okeh..
bila fikir balik, aikk time ko bagi mandi anak aku takkan kesan kerak ubat sikit tu pun tak leh tonyoh bagi hilang kan?
sedangkan balik je ambik dia,aku terus bagi mandi. aku letak air sikit tonyoh dah hilang.
tu tak pe lagi.
yang aku geram, setiap kali ambik dia dari nursery, mesti de bau masam.
sangat² masam!
lepas berapa hari, baru aku tau. dorang cakap dia muak so bantal dia basah.
muak sampai bantal basah?
aku tengok sendiri 1 bantal ok basah.
tu bukan muak tu muntah la!!!
kalau sampai ke kepala basahnye, korang bayangkan macam mane?
paling kurang meleleh sampai leher je.
pity my doter (-_-,)
aku syak dorang bagi nyusu dia sambil baring...
sepanjang aku jaga dia, damia sangat2 jarang muak.
dia akan muntah pun melainkan sebab dia tak sendawa je.
dah la damia senang tersedak time menyusu..
tu yang aku takut sangat!
setiap hari aku akan pesan kat dorang supaya tepuk dia bagi sendawa setiap kali dia menyusu.
aku tak tau la dorang buat ke tak.
fine memang bukan anak aku sorang je dorang kena jaga, tapi aku bayar mahal memang suruh dorang jaga anak aku!
memang aku decide hantar kat nursery ni walaupun ramai kata sangat mahal.
tapi bagi aku & hubby, biarla aku keluar duit lebih sikit asalkan anak aku selamat & terjaga.
tapi....tak berbaloi aku rasa dengan bayaran camtu dengan cara dorang jaga dia.
sekarang aku fikir nak tukar je nursery lain..

nak keje pun hati tak senang (-_-')


rindu manje debab mama sorang ni!

hugs,
~mama damia~

Monday, 30 July 2012

damia dah pandai meniarap


weekend aritu balik kampung.
time kat ipoh, damia saje nak tunjuk kat semua orang kat rumah tu yang dia dah pandai meniarap.
pandai sayang mama ni!
terkejut mama bile papa menjerit² panggil mama tengok sayang mama ni meniarap.
rasa nak menangis pun ade mama tengok. 
hepi sangat mama & papa mase tu.
tok & opah pun hepi tengok dia.
sayang mama baru 3 bulan 9 hari tapi dah boleh meniarap.
baru mama terasa yang sayang mama ni dah makin membesar.
(-_-,)
makin hari ada je benda baru sayang mama ni belajar.
seronok sangat mama tengok anak mama ni membesar depan mata mama.
jadi anak yang baik, solehah & bijak pandai ye sayang besar nanti.
damia kan nak jadi kakak untuk adik² nanti.

mama & papa damia sangat²!

hugs,
mama damia


Thursday, 26 July 2012

makcik kayooo...

mentang² semalam dah gaji kan, plus tunggakan gaji masuk pulak tu bulan ni. plus bonus raya lagi 1/2 bulan gaji. 


woohoo..joli katak la jom!
abis online shop aku terjah. niat hati nak setel shopping baju anak dara tu dulu.
selagi tak setel beli baju dia, hati tak tenteram. muahaha..nampak tak sifat keibuan disitu?#muntah ijo#
padahal mamanye pun shopping barang dia sekali.
=P
shopping online je senang. baju pun banyak yang lawa². cume nak cari gaun kembang² untuk baby size 6-9M yang payah nye. asyik non hado / sold out je..stress maknak!
mama nye yang ober kan? 
nak buat macam mana anak 1st. excited nye lebih sikit. 
ada 2 online shop aku dah aim baju dia.
TAPIIIII...
bile bershopping online ni, tahap kesabaran kena tinggi.
SEBAB asal dah berkenan je SOLD OUT!!
adoiyaiiiinyeepun...
sakiitt hatii..sakiitt hatii..(versi ropi cecupak)


k la penat la puasa² ni menaip pepanjang. bye!



Monday, 23 July 2012

progress Damia

assalamualaikum w.b.t

salam ramadhan


hari ni dak kecik ni dah 3 bulan 3 hari..
kejapnye rasa..rasa macam baru semalam je lahirkan dia..
setakat ni perkembangan dia yang aku perasan:

**dah pandai senyum² kalau orang agah..yang ni time dia 2bln lebih camtu dia dah start..

**kalau nampak kelibat mama/papa mesti toleh..kadang² saje main aci nyorok ngan dia nak tengok dia cari ke tak..

**lagi berapa hari mama nye nak masuk keje hari tu dia dah pandai reject isap susu guna botol..sekarang ni kat taska dia nak isap botol, kat rumah kadang² mau kadang² idak mau pulak..sebab dia tau mama ade kan..ngaders sgt mudak ni kan? #pitam mama dibuatnye#

**bile nak bergelak tawa,bersuka ria & main, papa agah sikit je dah senyum² sampai ke telinga. kalau mama agah kadang² tak de perasaan..sentap mama okeh! time nak susu & tido tau lak cari mama..sebab dia tau papa nye takde susu kot..muahaha..eh kalau papa bagi susu botol pun dia menjerit okeh..papa tak reti pujuk lettewww..

**kalau nak susu & tido mama lambat dtg kat dia,menjerit sekuat hati,sampai meleleh² ayor mate...hai la anak..

**bangun tido kalau kenyang, asalkan ade mama kat sebelah, siap senyum² lagi sorang²..suke lettewww mama ade..

**bab ni paling tak tahan, kalau tau nak pergi jalan², selagi kite tak keluar rumah dia akan menangis. takut kene tinggai ea? elok keluar je rumah terus senyum² & diam..aiyoyo..baru 3bulan dah banyak akal..

**start dia 3 bulan, mama dah bukakkan sarung tangan dia..kalau tak bukak abis basah sarung tangan dia isap..sejak tu kalau lapar, isap la jari dulu. bagi hint kat mama la lettewww nak bagitau dia nak susu..(-_-')

**yang ni baru semalam perasan, sejak dah bukak sarung tgn jugak, kalau dah mengantok, pandai gosok2 mata..aiyoo..nasib mama ni 'rajinss sangat' nak motong kuku awak tu kann..

ok setakat ni tu je kot yang aku ingat...

k bye!