Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 16 May 2012

Pengalaman Bersalin - Baby Damia

Dah separuh berpantang baru rajin nak bukak blog. berpantang pun jari tak pantang pun..FB hari2 bukak..=P


18/4/2012
check-up kat hosp raja permaisuri bainun, ipoh (HRPB). doktor scan tgk kedudukan baby masih songsang. doktor cadangkan untuk buat ECV / teknik pusingkan baby. doktor arahkan esoknye masuk wad.


19/4/2012 
petang tu serah diri masuk wad. nasib baik ade 1 je lagi bilik 1st class (1bilik sorang). terus mintak hubby pergi bayar deposit. 
bile dah masuk wad, setiap jam ada je nurse & doktor datang check. tetibe mase ada sorang doktor ni terangkan pasal ECV,cerita pungpang2 pasal risikonye & dia pegang2 perut aku, terus tetibe jadi seriau. ini serius! tak tipu..kepala otak aku dah mula2 pikir bukan2..dalam kepala cume pikir, aku nak baby aku selamat je..lepas dah sign2 borang segala, doktor keluar. airmata aku pun berjurai2 keluar..nangis teresak2 ckp kat hubby aku nak ubah fikiran tak nak wat ECV & proceed untuk c-zer je. aku rasa tu yang terbaik. aku bangun dari katil & ajak hubby pegi jumpa nurse cakap nak ubah fikiran. alhamdulillah nurse & doktor kata ok. 
malam tu memang tak lena tido, sebab tau hidup aku akan berubah esoknye. =))


20/4/2012
6 pagi - siap2 mandi
9 pagi - nurse datang bilik, salinkan baju & masukkan tiub air kencing
9.10 pagi - tolak masuk operation room. time ni mulut tak henti2 selawat. hati pun dah tak tentu arah. debar,takut,happy semua ada..sampai nurse tegur, awk takut ke? (dalam hati ckp 'gile ko tak takut' =P ) hubby kiss dahi, suruh kuatkan semangat. terus jadi sebak..nak nangis tapi tahan je..takut cam tak jumpe dia dah je..(-_-,)
9.20 pagi - kena bius dari pinggang sampai hujung kaki. rasa kebas je. cuma tetiba masa dorang tengah operate, aku rasa pitam. dalam sedar tak sedar, ckp kat nurse 'sy tak leh bernafas'..cpt2 dorang masukkan ubat. tak tau la pe bendanye tu. baru rasa ok. time tu ingat nak habis nyawa dah. mulut terkumat kamit je..
10.04 pagi - aku dgr suara baby. tapi aku tak sure tu suara baby aku ke pe..sebab dah kena bius kan langsung tak rasa perut kena toreh ke pe..makin kuat lak suara baby nangis..rupanya tu suara baby yang keluar dari perut aku..alhamdulillah syukur! dalam mamai tu, nurse dtg tunjuk kat sebelah 'ni baby awak.cube tgk laki ke pompan?' aku cume mampu senyum n kata 'pompan'... 
10.20 pagi - dah siap semuanya. kena tolak keluar operation room. hubby terkejut tengok aku dah bersalin bile nurse suruh tunggu kat bilik dorang letak baby tu..hehe..dia sendiri pun tak sangka bile nurse cakap 'ni baby awak'...lepas dia dah iqamat kan baby, dia dtg kat aku. senyum meleret dia..=))


bersalin c-zer mmg tak sesenang orang bersalin normal. masa baby keluar mmg tak rasa sakit langsung, elok je lepas ubat bius habis. time tu la mula sakitnye..huhuhu..1st day sampai nak bangun duduk pun sakit ya amat...dalam sakit tu kena bangun jugak, sebab nak nyusukan baby. nak mengiring pun adoiyai..demi anak,gagahkan diri jugak la..1st & 2nd day mmg aku tak mandi. nak bangun pegi toilet pun kena berpapah. syukur sangat2 sebab sepanjang kat wad, hubby tak penah merungut pun..anak menangis pun, sama2 bangun. sobsob..terharu ok!
masuk hari ketiga, doktor dah spray kat bahagian luka tu, baru aku boleh mandi. 
hari ke 5 baru keluar wad. sbb hari ketiga tengok damia ada kuning & sampai hari ni dah hari ke 26 pun still kuning lagi sayang mama tu...


Damia - 1jam lepas lahir

Damia & Mama - 19 hari
moga kehadiran Has Adelya Damia menceriakan lagi hidup PAPA & MAMA!
we LUV u sayang!

1 comment: