Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 22 September 2011

finally i'm pregnant!!!


ok lame pulak aku tinggalkan blog ni. 
aku rasa ramai dah dapat agak kan apa yg aku nak story kan dalam entry lepas?
tak tau nak cakap macam mana perasaan ni. ofcoz la hepi sangat² kan.
yeah..finally i'm pregnant!!!
setelah 7 bulan aku & hubby menanti dengan penuh kesabaran, akhirnya rezeki kami dah sampai. 
baby kami baru masuk 2 bulan. punya la aku eksaited, sampai hari² google nak tengok apa perkembangan baby time macam ni. 
masa mula² tau aku pregnant pun, 1st ofcoz la period dah lewat. period aku ni memang tingtong sikit lepas kawin, so aku pun masuk bulan ni macam tak heran sangat nape tak period lagi walaupun dah masuk 2minggu delay. tapi, 'instinct' aku nih kuat kata macam ada isi je. tambah pulak, 2 kali aku siap mimpi pasal baby. serius!! 1st mimpi, aku mimpi aku buat pregnant test sendiri & resultnya '+ve'...masa dalam mimpi tu cam tak percaya je..tak sangka perasaan aku dalam mimpi & realiti memang sama. speechless..tak terkata..dah la pukul 2.30 pagi aku terjaga & tergerak hati terus buat test. dan resultnya memang '+ve'. sama macam dalam mimpi!!rasa macam nak kejut je hubby nak pergi klinik dan² tu jugak nak confirmkan. tapi sabooo tunggu pagi baru pergi.masa aku kejut hubby bagitau, 'syg, ayg pregnant'...dia dengan mamainya terus peluk aku pastu zzzzZZ balik. aku syak mesti dia ingat mimpi ler tu..haha..ok 2nd mimpi, aku mimpi aku tengah dukung baby boy. dalam mimpi tu memang baby aku sendiri. baik je baby tu. yang ni aku mimpi time aku terlelap petang sebelum aku buat test tu. tak tau perasaan aku yang terlalu mengharap sampai terbawak² dalam mimpi ke atau memang Allah S.W.T nak tunjuk kat aku & bagi petunjuk. 
setakat ni alhamdulillah aku & hubby tak de alah apa². cuma kalau nak gosok gigi jela, rasa tekak ni semacam je. pastu, mengantuknya nauzubillah...tak leh control punya mengantok. satu lagi, malas!!nak buat apa pun rasa malas..malas..malas..(anak aku nanti jgn la ikut mama dia ni..muahaha..) tapi dalam malas tu, aku gagahkan jugak buat apa² yang boleh dibuat. 


ok sambung tadi, bila pagi tu hubby bawak aku pergi klinik an-nur, kat presint diplomatik. aku jumpa doc & bagitau dia aku dah buat pregnant test sendiri kat rumah & +ve. dia boleh cakap, kalau dah +ve tu memang konpemla pregnant. then, dia langsung tak buat apa²,cuma kirekan due date pastu bagi asid folic. pastu aku pun pergi opis. macam tak puas hati. dah la ni pregnant anak sulung, ofcoz la aku tak tau pape kan. doc pun tak de suruh aku buat test lagi ke ape ke. malam tu aku singgah watson, pergi beli pregnant test digital clearblue punya. mahal pun mahal la asalkan aku puas hati kan? so, pagi esok nya aku test lagi, resultnya 'pregnant 3+'...ok lega! eh ramai yang konpius tanya aku, ko sebenarnya dah berapa minggu ni...hehe..kat situ memang dia tulis 3+, tapi sebenarnya dah 7weeks pun(masa hari aku publish kat FB). alat tu kalau tak pregnant dia keluar 'not pregnant'..kalau awal² pregnant dia keluar '1-2' maksudnya 1-2 weeks..kalau '3+' tu maknenye 3 weeks lebih..


ok harap aku & baby selamat serta sihat sampai dilahirkan. doakan kami jugak ye semua..
insyaallah aku akan update kemudian...


=))


p/s: untuk kawan² yang masih usaha nak dapat baby tu, aku doakan korang pun akan ikut jejak aku okeh lepas ni. insyaallah usaha, tawakal & doa banyak² okeh. kalau nak tips tu boleh la pm aku kat fb ye..tak de tips mane pun, tapi ade la amalan sikit yang aku cuba sebelum melekat haritu..kita cuma berusaha, tapi rezeki tetap dari DIA. 

5 comments:

  1. wa...hepinyee...ape tips tu??share laaa..

    ReplyDelete
  2. aik nak tips ke..nak menambah lagi sorang ke kak?hehe..

    ReplyDelete
  3. congrats my dear.. happy zana dgr berita ni.. jaga diri baik2 k..

    doakan zana pulak lepas ni yer..

    ReplyDelete
  4. serius, aku mmg tertarik menarik dengan clear blue tu wehh..tahniahhh!!! akhirnya kan...take care ;)

    ReplyDelete