Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 22 September 2011

finally i'm pregnant!!!


ok lame pulak aku tinggalkan blog ni. 
aku rasa ramai dah dapat agak kan apa yg aku nak story kan dalam entry lepas?
tak tau nak cakap macam mana perasaan ni. ofcoz la hepi sangat² kan.
yeah..finally i'm pregnant!!!
setelah 7 bulan aku & hubby menanti dengan penuh kesabaran, akhirnya rezeki kami dah sampai. 
baby kami baru masuk 2 bulan. punya la aku eksaited, sampai hari² google nak tengok apa perkembangan baby time macam ni. 
masa mula² tau aku pregnant pun, 1st ofcoz la period dah lewat. period aku ni memang tingtong sikit lepas kawin, so aku pun masuk bulan ni macam tak heran sangat nape tak period lagi walaupun dah masuk 2minggu delay. tapi, 'instinct' aku nih kuat kata macam ada isi je. tambah pulak, 2 kali aku siap mimpi pasal baby. serius!! 1st mimpi, aku mimpi aku buat pregnant test sendiri & resultnya '+ve'...masa dalam mimpi tu cam tak percaya je..tak sangka perasaan aku dalam mimpi & realiti memang sama. speechless..tak terkata..dah la pukul 2.30 pagi aku terjaga & tergerak hati terus buat test. dan resultnya memang '+ve'. sama macam dalam mimpi!!rasa macam nak kejut je hubby nak pergi klinik dan² tu jugak nak confirmkan. tapi sabooo tunggu pagi baru pergi.masa aku kejut hubby bagitau, 'syg, ayg pregnant'...dia dengan mamainya terus peluk aku pastu zzzzZZ balik. aku syak mesti dia ingat mimpi ler tu..haha..ok 2nd mimpi, aku mimpi aku tengah dukung baby boy. dalam mimpi tu memang baby aku sendiri. baik je baby tu. yang ni aku mimpi time aku terlelap petang sebelum aku buat test tu. tak tau perasaan aku yang terlalu mengharap sampai terbawak² dalam mimpi ke atau memang Allah S.W.T nak tunjuk kat aku & bagi petunjuk. 
setakat ni alhamdulillah aku & hubby tak de alah apa². cuma kalau nak gosok gigi jela, rasa tekak ni semacam je. pastu, mengantuknya nauzubillah...tak leh control punya mengantok. satu lagi, malas!!nak buat apa pun rasa malas..malas..malas..(anak aku nanti jgn la ikut mama dia ni..muahaha..) tapi dalam malas tu, aku gagahkan jugak buat apa² yang boleh dibuat. 


ok sambung tadi, bila pagi tu hubby bawak aku pergi klinik an-nur, kat presint diplomatik. aku jumpa doc & bagitau dia aku dah buat pregnant test sendiri kat rumah & +ve. dia boleh cakap, kalau dah +ve tu memang konpemla pregnant. then, dia langsung tak buat apa²,cuma kirekan due date pastu bagi asid folic. pastu aku pun pergi opis. macam tak puas hati. dah la ni pregnant anak sulung, ofcoz la aku tak tau pape kan. doc pun tak de suruh aku buat test lagi ke ape ke. malam tu aku singgah watson, pergi beli pregnant test digital clearblue punya. mahal pun mahal la asalkan aku puas hati kan? so, pagi esok nya aku test lagi, resultnya 'pregnant 3+'...ok lega! eh ramai yang konpius tanya aku, ko sebenarnya dah berapa minggu ni...hehe..kat situ memang dia tulis 3+, tapi sebenarnya dah 7weeks pun(masa hari aku publish kat FB). alat tu kalau tak pregnant dia keluar 'not pregnant'..kalau awal² pregnant dia keluar '1-2' maksudnya 1-2 weeks..kalau '3+' tu maknenye 3 weeks lebih..


ok harap aku & baby selamat serta sihat sampai dilahirkan. doakan kami jugak ye semua..
insyaallah aku akan update kemudian...


=))


p/s: untuk kawan² yang masih usaha nak dapat baby tu, aku doakan korang pun akan ikut jejak aku okeh lepas ni. insyaallah usaha, tawakal & doa banyak² okeh. kalau nak tips tu boleh la pm aku kat fb ye..tak de tips mane pun, tapi ade la amalan sikit yang aku cuba sebelum melekat haritu..kita cuma berusaha, tapi rezeki tetap dari DIA. 

Wednesday, 14 September 2011

syukur!!

alhamdulillah. 
syukur. 
tu je yang mampu aku ungkapkan saat ni. 
Terima kasih Ya Allah!
=))
story later k..

Monday, 12 September 2011

FB berperang...Perang berFB...

**hasil cik google**
mood ke laut hari ni.
semua angkara perang FB tadi. tak abis-abis pasal FB kan?
bila teguran kita disalah tafsir jadi 'busuk hati'.
kat sekolah mana ko belajar ea bila copy paste gambo tak kire gambo papepun dari google pastu tempek kat FB kata tu gambo ko?
boleh? LAW mane SEKSYEN bape ea? ce cite sikit kat kak kiah ni...
nasib aku dah lame tinggalkan zaman business law. kalau tak abis semua seksyen aku kasi keluar.
haish...sudahla malas aku nak kenangkan orang yg tak panjang akal camtu.
siyes..aku tak rase kerugian papepun. busuk hati? oh jauh sekali.
buat ape aku nak busuk hati pada orang cam ko. nothing for me.
yang aku tau sekarang, kalau nak pilih kawan biar berpada-pada. maybe sebab dia bkn kategori kawan aku la kot perangai dia camtu.
kawan² aku perangai elok² belaka.
bak status terbaru aku tadi, 


'berhati-hati memilih kawan lepas ni...tak semua kawan boleh jd kawan yg baik tuk kite...kawan yg banyak tak menjamin hidup kite bahagia...biar kawan 
sikit, tapi dpt buat hidup kita ceria.'

sekian. 


p/s: pasni rase cam nak select balik la frenlist aku kat FB tu. lebih byk stalker dari 'kawan'. 
   

Saturday, 10 September 2011

teharu! ade jugak yang paham

sape add aku kat pesbook tau ler pe status latest aku tadi.
yang tak add tu nah aku bagi tengok jugek.

 
ok dah tengok kan?
sobsob...bergenang jugak airmata aku bile bace ayat last tu.
ok kat bawah ni aku balas pulak pe yang kawan aku tu tulis.


thanks kawan sebab dalam kedukaan aku still ade yang memahami dan menDOAkan.
kawan-kawan, aku hargai setiap kali ade yang bertanya,aku paham korang sangat-sangat ambil berat, tapi janganlah sampai mengguriskan hati ye. 
sebelum tulis fikir dulu ayat yang sesuai ok?
bukan pada aku pun, untuk kawan-kawan lain yang senasib dengan aku.
tak de yang kawin tak nak anak oittt..
jangan risau, kalau aku dah pregnant, aku uar-uarkan kat korang ye.
aku ngan hubby pun tak sabo nak timang anak sendiri nih.
doakan tuk kitorang ea.

muax!!



Thursday, 8 September 2011

Pengalaman Beraya Sebagai Isteri

selamat hari raya korang!ok agak lambat aku nak hapdet blog cerita pasai raya. al-maklum time raya memang aku tak on9 sangat. line tenet adalah sangat slow, so dari aku on9 pastu sakit hati, lebih baik melayan tetamu yg datang beraya. eceehh..


so, nak cerita pasal pengalaman raya aku tahun ni. tahun ni giliran aku beraya dengan family suami aku. so perasaan tu mula² nebes gak la. tapi lama-kelamaan dah jadi ok dengan sendirinya.  pagi raya kami adalah di taiping. lepas sembahyang raya, bergambo² dulu pastu pergi beraya kat batu gajah pulak. petang camtu baru gerak balik kg talang, parit. 


meh tengok gambo pulak.


tema raya pertama adalah pink ye. eh cam kenai je baju tu kan?
baju nikah kitorang la. recycle sudeyy. baru pakai sekali je.
tapi time raya ramai yg tak perasan. 
ngehehe~

time ni ngah siap² nak gerak dah. 
sempat lagi posing kat kete kesayangan hamba.

bila dah sampai parit, terus berposing bergambo dulu.
disebabkan laki keje RISDA,background pun cari pokok getah jugak.
(^_^)^

kemain ceria lagi laki aku. ni salah 1 peberet pic. 
nice kan semua pakai pink?

ni time raya ke-2. lepas beraya kat gelung puyu,kitorang pegi teluk senangin pulak.
dekat dengan pantai remis. ombak kuat ok time ni. hancur harapan dorang yang nak mandi laut..kekeke. singgah kejap je, sebab ni pun dah nak senja. 

gambo berdua wajibla ade kan. 
kalau tak de mau meroyan gak aku kat situ.
>.<

baju ni time raya-3. merah menyala ko. tapi aku suke.
~huhuhu~

raya ke-3 petang baru aku balik beraya kat umah family aku lak kat ipoh.
tak banyak sgt pun gambo sempat ambik kat sane.
tak pe tak pe. tahun depan giliran aku pulak beraya ipoh.
yeszzaaa!!! 


ok selamat hari raya semua. maaf zahir & batin!