Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 26 August 2011

Selamat Hari Raya!

**sila klik untuk tumbesaran**
selamat hari raya u'ols.
balik kampung nanti hati² ye.
drive carefully.
jangan pikir nak seronok je, tapi keselamatan tak dijaga.
rumah jangan lupa dikunci.
karang balik rumah lepas raya tinggal habuk pulak.
iskk..no no no.
ok jumpe lagi lepas raya.
insyaallah.





Tuesday, 23 August 2011

tako tao

eh korang penah try tak makan ni?


alamak tetibe teringin pulaks nak menyantap benda alah ni.
rasa dia cam pelik sikit, tapi sedap.
ala tak tau la nak cakap camne kesedapan dia.
TAKO TAO ni ade kat jusco je.
kalau nak sila terjah jusco² yang berdekatan ye!

ni website tako tao.

~ok daa~

Monday, 22 August 2011

iftar with BFF


sabtu lepas, aku ada join iftar dengan roomate time aku study dulu time kat kuantan.
yang ada cuma aku+hubby, aju & acik+bf.
buat kat warung dusun gearbox, bangi. ok not bad la makan kat situ.
kemain meriah lagi walaupun dapat jumpa 3 orang je.


**annoying sungguh la jerawat kat pipi tu..grrr..**

**aju yg maintain tomel**

 **aku  & aju**
**acik & mr boipren**
**tomyam yang biase² je**

 **ikan kerapu masak 3 rasa yang yummy**

aceli, ada lagi menu siakap 3 rasa & kailan ikan masin.
tak sempat nak snap sebab memasing sibuk nak berbuka.
cam biasa la kalau dah lama tak jumpa HARUS terkeluar balik cerita² lama.
sorang² kena bahan. muahaha. 
FYI, aku 1 bilik dengan dorang berdua ni since study kat pekan (kampus lama) lagi.
acik katil sebelah, aju lak katil ats aku. bila dah pindah kuantan, hamek ko sekali 6 orang dalam 1 bilik berhimpit cam sardin.
tilam ade 3 je. time tido semua berhimpit. bayangkan tak camane? ;P
yg 6 orang tu, aku, aju, acik, angah, uda & eija.
tapi pas sorang² quit. so last² tinggal aku,aju, acik & angah jela sampai sem akhir.


back to story....


elok je lepas berbuka, teros plan pegi main bowling pulak kat alamanda.
hamek masing² tunjuk skill masuk longkang.
muahaha.
hubby aku letak syarat, siapa kalah belanja air.
harus la aku & acik yang kena belanja.
sobsobsob.

bulan puasa tangan lemah tak cukup tenaga nak angkat bola bowling tu kot.
(asalan)



**sebelum keluar dari alamanda tangkap gambo dulu.peace**

lepas dah abis, teros shoot pegi mamak terowong pulaks.
eh tetiba baru aku tau nan cheese kat mamak ni sedaapppp.
selalu pekena mee goreng mamak dia je.


dah puas bergelak sakan, baru reti nak balik.
next time kalau dapat kumpul balik dak² umah time kat mentiga, pekan mesti bertambah² happenin'. tambah lak masing² hangkut anak & laki. 


dalam tempoh kurang 7 tahun kitorang kenal since dok pekan lagi, memori tu still melekat dalam kepala aku. siyess..rindu gile time zaman study dulu. suka duka sama², turun naik bas bee huat, rahmat alam, terpekik terlolong, kena kacau ngan antu, gado sampai tak bertegur. eh banyak lagi la.. dan sekarang, masing² dah kawin, ade anak, dgn ade yang nak grad degree tak lama lagi. wahh.. masing² dah ade life sendiri dah. alhamdulillah.


=)) 



Friday, 19 August 2011

mega sale perabiskan duit


semalam kan aku de iftar dengan officer² mot kat red wok bangi.
pukul 9.15 pm cenggitu baru masing² reti angkat bontot balik.
pastu, laki aku tanya.
"ke mana kite pasni?balik ke?"
aku pun pe lagi pantang ditanya,
"jom g mega sale kat PICC nak tak? JALAN² JE.."
kenapa perlu BOLD kan perkataan JALAN² JE tu?
sebab konon² niat asal memang nak jalan je,
tapi hati ni terbekenan la pulaks kat 2 handbag ni.
aku suh laki aku tolong pilihkan antara 2 handbag yang mane cantik.
sekali nak tau dia cakap pe?
"ambik la dua²"
woahhh...aku silap dengar ke?
eh tetiba cam teharu pulaks laki aku cakap camtu.
dah la hari tu dah TERbeli 2 handbag.
cadang 1 nak bagi mak aku, 1 lagi tuk aku.
tapi yang aku punye tu aku rasa macam kecik la pulaks.
aku ni suke yang jenis besar², supaya boleh sumbat segala mak nenek je dalam beg tu.
bak kata laki aku.
poket doraemon.
ciss..
kekdahnya, beg yg beli awal tu, 1 bagi mak, 1 lagi bagi MIL.

eh kalau korang nak pegi lagi sempat ni.
mega sale tu sampai ahad ni, 21/8/2011.

happy shopping!!

p/s: aku rasa dah cukup kot setakat ni je shopping raya. 
duit mengalir cam air terjun dah rase. 

Friday, 12 August 2011

sihat setelah lama demam

kalau ikutkan hari ni baru betol² aku sihat.
3 hari turut² demam aritu.
sian laki aku bangun sahur,berbuka,gosok baju keje layan diri je.
dalam sakit pun opcoz rasa serba salah weh.
biasa semua tu aku yang buat utk dia.
tapi ape kan daya. 
sobsob.
weekend ni nak buat pe ye?
nak survey tuk raya tak ea?
eh kat sebelah KPDNKK tu ada buat jualan dari kilang.
tapi dari 10-14hb je.
cisss..saje je buat sebelum gaji kan?
majok la. 


bye!







konpius mak oittt

pengkonpius:
puan belog kedaung


situasi:


nak beli baju raya online ke beli kat luar je? masalahnya aku dah tersoookaa kat satu baju kat blogshop ahkak aku ni. padahal dah ada 2 baju siap tempah. MENTANG²dapat bonus kan kan? memang stok nak perabihkan duit. ehh..aku beli baju kurung stok setahun sekali je tau tau. (sadisss..)  arghhh..fenin fenin...balik ni nak pikir dulu. kalau susah² memang aku bedal jela baju tu. 


sekian, 


harap maklum.


bye!

Tuesday, 9 August 2011

bonus raya


ok clap clap.
tahun ni dapat bonus raya.
separuh gaji.
yang pasti tak sampai RM1K pongg..
tapi kalau campur bonus kami laki bini lebih la RM1K.

yela yela.
aku bersyukur. atleast ada kan?
bila nak start shopping raya ni.

=D
p/s: dan² la roadtax kereta laki aku mati lepas raya. grrrr...

Monday, 8 August 2011

8 ramadhan

wah sedar tak sedar dah 8 hari kita berpuasa ye dak?
kejapnye weh...
sedar sedar sok dah raya.
camne tu? =D
meh nak gitau, sejak puasa ni ada sekali je beli kat bazaar & sekali makan kat luar.
kagum tak?
yeahh..sila kagum dengan diri sendiri.
bluekk..
ntah tetiba datang mood rajin nak memasak pulak time puasa² ni.
walaupun penat, balik keje terus selinsing lengan baju bedezupp ke dapur tong tang tong tang masak..
hilang penat bile tengok laki makan bertambah.
ngee~
lagipun baru terasa jimatnye, berbuka boleh makan, sahur perangatkan jela.
kan senang...
tapi bila hari² dah memasak, mau tepu otak ni dok pikior hari² menu ape ape ape..
ye dak?
tak pe. yang penting bile masak, laki sayang.
eh tetibe je.


p/s: menu hari ni, ikan masak sambal, ikan masak taucu (sorang nak sambal, sorang nak taucu) makanya jadi 2 menu..+ kacang buncis & karot goreng + pisang goreng