Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 15 July 2011

nak hadap JEM stoberi ke nenas?

lagi berapa minit lagi jam nak ke angka 5.
kat ofis aku nih kalau punch pukul 5 tepat pun, belum tentu dapat keluar dari kompleks ni pukul 5.
mane maunye~
ni karang mau pukul 5:15 tak pun 5:20 baru dapat lepas keluar kompleks.
sampai rumah pukul 5:30. camtu la aku hari² dulu. 
sekarang pegi/balik keje laki aku hantar ambik.
tu yang malas bawak kereta datang ofis.
lebih rela jadi MEM besor kat sebelah goyang² kaki, hirup udara segar pagi² dari nak hadap JEM ni.
hari ni bawak kereta pun sebab rehat tadi pergi mydin beli barang dapur sikit.
mak kesayangan nak datang rumah. abah tak ikut. tunggu durian luruh kat dusun mak cakap. 
jenuh la aku dok pujuk suruh datang, tak mau nye.
abah..abah..
cadang petang ni nak masak kuetiaw basah je kot.
tadi sempat balik rumah, siap² dulu bahan yang patut, balik kang cuma tinggal selingsing lengan baju terus menumis je.
ok la. ready nak punch dah ni.


~selamat berweekend u'ol~

1 comment: