Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 6 July 2011

cuti-cuti moh ke perak : part 1 - mee udang, kuala sepetang

wewiittt..
setelah bercuti sakan, baru ade feel mau update blog maa...
disebabkan banyak benor aktiviti so aku kasi pecah² kan la by part okeh?
jumaat lepas, pas maghrib siap² terus chaloww balik taiping.
tu pun bertolak lambat, sebab sofa baru sampai.
tak sempat nak berlenjan² sofa baru,sebab nak gerak cepat.
tak pe balik kang aku kasi lenjan puas²..muahaha..
kitorang sampai taiping dalam pukul 1 pagi cenggitu.
jenuh la dok tahan mata, tu pun nasib singgah kat R&R tapah dulu kasi isi perut.
makanye, sampai² rumah mentua terus zzZZZ la.

sabtu

cam biasa pagi² sabtu lepas bangun & bekpes, sembang² dulu ngan mak.
lepas 1-2 jam bekpes, laki aku leh ajak pegi pekena mee udang pulak.
nasib la aku bekpes tadi tak makan kenyang sangat.
Warung Mee Udang Pak Ya ni simple je, sekali tengok rase cam tak konfiden je sedap tak sedap.
sekali dah rase, perghhh..memang terbaekkk..
pes time aku makan kat sini, masa sehari lepas mempelai kat rumah taiping bulan 12 tahun lepas.
kira ni second time la.

muka gembira bukan main lagi aku...

sejak bila laki aku pandai ambik gambor sendiri aku pun tak tau la...haih..sabor jela..
ni kitorang order mee rebus udang...hamek ko..udang saje de 8 ekor, telur rebus 1 biji.
tapi kan yang aku perasan, orang² kampung ni yang datang mesti bawak udang sendiri. 
lagi puas hati kan.
tetiba aku tengok balik gambor ni, jadi lapo pulak...
laki aku bersama mee udangnye..hehehe...
makan kat sini harga berbaloi la, harga tak hengat pulak bape.
tapi dah nama pun warung kan, harga pun tak la cekik darah.


so kalau korang nak datang taiping, jangan lupe singgah kuala sepetang (port weld) pekena mee udang ni okeh.

sambung next entry....

No comments:

Post a Comment