Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 8 July 2011

cuti-cuti moh ke perak : part 3 - Pangkor

sambungan entry...

1st DAY

ahad tu lepas bermandi-manda kat bukit merah, kitorang gerak balik parit kejap.
mak tepeng ajak makan durian.
sedap weh!!!
sampai terlupa nak snap gambor.
dalam pukul 6 camtu kelam kabut siap nak kejar feri last pukul 8.30 pm.
dengan minyak tak isi lagi nye, duit tak cucuk lagi nye.
nasib ngam² sampai jeti lumut lagi 5 min pukul 8.
ingat nak naik je feri pukul 8 tu, tapi bila pikir balik dengan chalet tak book lagi.
so kebetulan kat kaunter jual tiket tu dorang ada agent.
terus booking chalet, so sampai pangkor tak de la nak mencari² lagi kan.
kitorang memang cari yang paling murah & dekat dengan pantai.
dapatla RM75/hari kat Palma Beach Resort, Teluk Nipah.
kitorang stay 3H/2M je pun kat sane.
sampai² je, terus check-in pastu mandi² dulu baru turun cari makan.
harga boleh kata mahal jugak la kat gerai² makan tepi pantai tu.
kitorang order nasi goreng ayam - rm6 satu. hamek ko. tu pun tak abis aku makan. 
haih..
disebabkan penat melampau, tak de nak jalan² derr, terus masuk bilik jela..

2nd DAY

pagi² lagi dah bangun, baru nak mandi, tup² hot shower dia rosak pulak.
adoiii..menggigil la jawabnye mandi.dah la sejuk kemain lagi.
lepas mandi, siap² terus turun cari makan.
pagi² tu padahal dah dok bermasam muka dah laki bini..
muahaha..lawak pulak bile teringat.
so mase turun bawah tu masing² diam membisu.
cuma airmata jela bergenang.
=P
lepas makan, terus ke pantai.
lagi la feeling mau nangis sepuas²nya.
tetiba dok berjalan² tu, laki aku tanya nak pusing² pulau tak naik bot?
time tu dah tak de mood dah. 
'ha','ye','pape jela' yang keluar dari mulut.
ikut jela.
bila dah naik bot, terus otomatik tak de pape berlaku.
hahaha..
lupe pulak tadi bukan main tengah berdrama airmata, boleh terlupa yang tengah merajuk.
sengal aku ni.


muke baru lepas nanges pon maintain bile bergambo. hehe.

 bukan main lagi aku melompat² bagai. 

 dari langkawi ritu lagi dok gaya sama syg ni. 
tapi siyes, cantik betoi air laut sini.

main air tak hengat...

ada 4 batu pelik kat pulau ni.

yang ni orang tu cakap batu rupa penyu.

 yang ni pulak batu rupa ikan paus. tapi badan dia dah dilitupi dengan pokok².

ni pulak batu rupa kepala buaya. 
orang bawak bot tu cakap, orang dulu² cakap memang buaya ni wujud & penah makan orang.
ada 1 lagi batu kat hujung pulau ni, ade rupa kaki manusia.
tak sempat nak pegi tengok rupa batu tu camana rupanye.
tak tau la kesahihannya. maybe setakat mitos atau betoi² berlaku tu wallahualam.
semua ni kan kuasa Allah S.W.T.

selesai pusing² pulau, balik bilik.
sementara tunggu orang datang hantar moto, rehat² dulu.
sewa moto - rm25/hari.
sewa kat pekan pangkor. pastu orang tu akan datang hantar ke chalet.
memula ada akak kedai kat bawah chalet ni nak pinjamkan moto dia.
sebab laki aku nak pegi cucuk duit, ATM machine pulak cuma ada kat pekan pangkor.
takkan nak naik teksi (van kaler pink) tu, sekali naik mau rm15.
so akak tu nak bagi pinjamkan la gune moto dia.
tapi aku ni macam susah sikit nak pecaya kat orang.
memang niat dia tu baik, tapi aku takutla kan kot² jadi pape kat moto dia ke nanti tak pasal kena bayar gantirugi.
sebab tu la laki aku sewa je moto.

ok sambung next entry nanti cerita snorkeling pulak...




No comments:

Post a Comment