Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 29 July 2011

malam tadi punya cerita

wewitt..jumaat dah.
minggu ni cepat semacam je masa.
wah lusa dah nak puasa.
weekend ni mau shopping barang tuk penuhkan kabinet dapur tu.
penuhkan je, masaknya tak tau la.
//muehehe//
eh semalam kan, balik keje sempat layan dvd cite sekali lagi.
ok la layan gak la.
geram betoi dak mia tu.
anak aku nanti arap² comei camtu la.
//verangan//
eh tapi tak tau pehal semalam terfeeling lebih pulak tengok cite tu.
tap tap tap airmata.
laki aku kat sebelah ushar pelik je.
cepat² kesat airmata kat baju.
//kuat drama//
tak paham betoi,bendera merah tengah berkibar mood pun berkibar same.
(-_-')
cite pasal bola pulak.
ni pun mendatangkan marah. mau je tempeleng 'singa-singa' tu sekoq².
kuat drama ea korang. takat gune pemain import, pe barang.
tengok malaysia, 100% pemain buatan malaysia ok.
kalah pun bermaruah. tak pe, maybe bukan rezeki kite kali ni.
cube lagi next time.


selamat bersahur & berpuasa.
bye!




Tuesday, 26 July 2011

pejam celik..pejam celik

lagi 5 hari dah nak puasa.
cepatnye...
kejap je dah nak masuk bulan 8 kan?
maknanya kitorang kawen pun nak masuk 8 bulan gak la.
kalau bunting pelamin haritu, dah nak bersalin dah pun time raya kan?
//hehehe//
beza tahun ni, sahur, berbuka, dah ade geng.
dulu, tekebil² la sorang².
aku ni dah la liat nak bangun, tahun ni dah ade 'tukang' kejut bangun sahur.
//hehehe//
tahun ni jugak, dan² la aku pun tukar ke WP1 time bulan puase nanti.
pestime sepanjang servis masuk keje WP1 (means kul 7.30 am).
sekarang ni pun hari² sampai opis kul 7, rasa rugi pulak kalau tak tukar kan.
boleh balik awal. macam la balik awal nak masak sangat kan puasa nanti. =P
yang beshnye tahun ni pestime nak beraya dengan suami terchenta.
tahun² sebelum ni, dok berangan jela.
'bila la nak merasa raya ade laki kat sebelah, pakai baju sedondon'
puiii...gatai nauu..//hahaha//
hamek! tahun ni raya la sakan dengan laki sendiri puas².
tapi.....
sobsob...(-_-,)
tahun ni pestime jugak la aku tak raya dengan family.
sedih gak la. tak dapat nak merasa g sembahyang raya sama², pastu balik rumah makan rendang, nasi impit, lemang, pastu bersalam-salam mintak ampun masa pagi raya.
cehh..aku cite macam kampung jauh je. 1 jam je pun perjalanan dari parit ke ipoh.=P
tahun ni insyaallah raya kat kampung laki aku kat parit, umah atok dia.
kalau arwah tok & arwah pah aku ade lagi, mesti mak abah aku pun raya kat parit jugak.
kebetulan atok laki aku & tok aku memang orang parit.
so pusing² hat tu jugak. dah jodoh. 
sekarang ni baru rase bersyukur sebab dapat laki 1 negeri, 1 kampung lagi tu. 
tak de nak merajuk² nak balik raya mane.
konpem² 1 jalan, 1 highway je pun. 


=P

















Friday, 22 July 2011

oh kome, deghoyan udah luruh!

....oh kome deghoyan udah luruh,
lebih baik cepat pegi suluh,
lambat sikit deme dapat habuk,
kalau tido jawabnye tinggey pokok....

~lalalala~

kemain suke lagi aku hari ni.
nak tau sebab pe?

**pic adalah hasil cik google**

haa..sebab deghoyan dah luruh weh kat kampung aku kat parit.
kelmarin call mak tanya banyak tak deghoyan luruh.
'ade la sebakul', mak kate.
hari ni mak abah pegi dusun ngutip deghoyan lagi.
glurppp...terus telan ayor liur nengor nye.
so malam ni balik keje terus zasss la balik ipoh.
tak sabornye. 
dalam kepala da terbayang
pulut letak deghoyan campur santan sikit, gula sikit..
perghh..
menjejeh ayor liur weh!


p/s: aku suke deghoyan yang keras², orang perak kate deghoyan 'mangkor'. pelik kan? 
kome pulak suke deghoyan camane? cecite kat teman.

Thursday, 21 July 2011

majlis pernikahan syuhada & raja amir

tahniah pada kedua² mempelai syuhada & raja amir...
sweet sangat la.
nampak sepadan sangat dorang berdua ni.
moga bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya.
amin.

jom layan beberapa keping pic yang aku curik kat Beautifulnara


nurul syuhada
** cantik sangat kan. bunga tangan tu yang wat lagi tambah seri. **

nurul syuhada

nurul syuhada

nurul syuhada

nurul syuhada

nurul syuhada

dah nama pun retis kan, nikah pun kat hotel.
aku dulu nikah kat masjid je.
upacara sarung cincin semua buat kat rumah.
eh..tetiba terflash back cerita pasal aku lak.
muehehe.

selamat pengantin baru syuhada & raja amir!

kenapa keciiiwa?

betapa aku rasa keciwa, bila hati selembut tisu ni tak dipedulikan.
remuk hati, bagai dicarik-carik.


*tengok muka budak ni nangis, terus tak jadi feeling sedih². nak tegelak pulak. hehehe..*

susah sangat ke kaum laki nak faham hati & perasaan kaum isteri?
alasan lapuk yang diberi selalu,
'pompan memang susah nak faham'
tempat isteri dah sah-sah di sisi suami
tugas menjaga hati otomatik dah jadi tanggungjawab suami jugak la
perempuan tak susah nak difahami, kalau laki tau cara nak faham
perhatikan gerak geri,tingkah laku, mimik muka, 
pun dah boleh baca apa yang si perempuan nak/tak nak/suka/tak suka.
orang perempuan ni ibarat kerak nasi je.
letak air lembut la dia.
tak sama cam orang laki, belum tentu letak air terus jadi lembut. 
nampak tak apa yang aku cuba sampaikan kat sini?
natijahnya di sini, orang perempuan ni senang je kalau nak faham, dia merajuk ke, sakit hati ke, marah ke, mengamuk sampai melayang pinggan mangkuk belanga pun, bila sampai satu masa terus zasssss dia akan cepat tersedar & jadi seperti sediakala. 
tapi kalau sekali hati dia dah keciwa ya amat a.k.a tawar hati, sori to say ler. 
makan berhari, berbulan atau bertahun atau selama-lamanya mungkin untuk recover balik.
ok sekian saje sesi luahan perasaan bagi episod kali ni.
ahhh..semputt..

Monday, 18 July 2011

jeng..jeng..jeng..


jeng..jeng..jeng...
projek baik punyeee...!!
can't wait anymore...


~coming soon~

Friday, 15 July 2011

nak hadap JEM stoberi ke nenas?

lagi berapa minit lagi jam nak ke angka 5.
kat ofis aku nih kalau punch pukul 5 tepat pun, belum tentu dapat keluar dari kompleks ni pukul 5.
mane maunye~
ni karang mau pukul 5:15 tak pun 5:20 baru dapat lepas keluar kompleks.
sampai rumah pukul 5:30. camtu la aku hari² dulu. 
sekarang pegi/balik keje laki aku hantar ambik.
tu yang malas bawak kereta datang ofis.
lebih rela jadi MEM besor kat sebelah goyang² kaki, hirup udara segar pagi² dari nak hadap JEM ni.
hari ni bawak kereta pun sebab rehat tadi pergi mydin beli barang dapur sikit.
mak kesayangan nak datang rumah. abah tak ikut. tunggu durian luruh kat dusun mak cakap. 
jenuh la aku dok pujuk suruh datang, tak mau nye.
abah..abah..
cadang petang ni nak masak kuetiaw basah je kot.
tadi sempat balik rumah, siap² dulu bahan yang patut, balik kang cuma tinggal selingsing lengan baju terus menumis je.
ok la. ready nak punch dah ni.


~selamat berweekend u'ol~

BFF la sangat kan

sejak empat menjak ni, suka pulak aku dok layan drama ANNISSA kat TV3 tu.
laki aku pun sama dok melayan.
yang tak boleh blah, bila aku terlupa,dia yang remind aku.
eh hari ni ade ANNISSA.
aku pun, erkkk..ok.
jarang la laki aku nak melayan drama² melayu ni.
kalau tak sport channel, discovery channel jela.
ke sebab ade perempuan² hot dalam cerita tu kot?
mungkin la. //sigh//
tak heran sangat bab tu, yang aku heran ialah watak Anna (fiza elite) dalam tu.
betul² wujud ke perempuan sebaik Anna?
sampai dimadukan BFF sendiri pun boleh tak sedar.
baik sangat kot Anna tu. 
sampaikan bila keluar je watak farid (zamarul), mula la aku.
'abang jgn buat ayg camtu tau.'
hehehe..sebagai isteri kena la remind suami selalu ok. takut dorang lupe. //ngee//
tak tau la bagi orang lain macamana, tapi cam aku ni jenis susah nak pecaye kat orang.
lebih baik berkawan sama rata je dengan semua orang, asalkan tak sakit hati.
pengalaman silam beb da pernah kena. 
sejak dah kawin ni, laki aku jela BFF aku. 
seburuk & sebaik perangai aku pun, dia terima, camtu jugak seburuk & sebaik perangai dia pun, dia tetap laki aku.
susah senang ketawa sedih aku, aku tau dia je yang tak penah jemu dengar.

mood pangkor tak abis² lagi la...
//sigh//







susah vs senang

bila adanya SUSAH
baru buat kita bersyukur apabila datangnya SENANG

tak semua benda SENANG kita nak gapai,
bukan juga SUSAH kalau kita berusaha

kepidap deany!!!

Thursday, 14 July 2011

cuti-cuti moh ke perak : part 4 - Pangkor (snorkeling)

...sambungan entry....

pergh lama benor aku nak perabihkan cite pangkor nih.
penat nak meng'refresh' balik ingatan.
uwaargghh.. 
ok entry malas nak taip panjang². tengok gambor jela ea.


posing 'thumbs up' camni adalah wajib

laki aku pun tak ketinggalan nak 'thumbs up' jugak

geram tengok ikan² ni. 
tangkap buat ikan bakar cicah air asam baru tau!

muka suci laki aku..//muehehehe//

jakun kejap sebab dapat perhatian dari ikan. sian (-_-')


misi tangkap ikan guna tangan je. 
memang keje gila. kagum la nelayan² KALAU aku dapat tangkap ikan guna tangan. 


misi tak berjaya. nampak tu muka hampa? memang tak nampak. sebab gambar adalah blur. 
(-_-)


muka atak tenyum juge. 


pestime aku main benda alah ni. selalu tengok dalam drama je. 
aku pun nak berdrama jugak. //muehehehehe//


hero aku ni pe ntah lagi. 2x ganda berdrama //huhuhuhu//


ok time ni bukan drama, tapi memang betol² kitorang nak terbalik. 
terlebih muatan. //hahahaha// tak la, ombak tarik la ko ni pun.


suke benor haih dengan gambor ni..like..like...like sejuta kali!


ni time dinner 2nd day. tepi pantai + banyak nyamuk


KAMI suke PANGKOR!

ok setel pun cite pasal pangkor ni.
have fun sangat² bile dapat spend time dengan orang yg tersayang.

p/s: mane tau kot² dpt 'anak' hasil dari pangkor kan? //kuikuikui//





ohemjey!!Ben Ashaari follow?

*sile click untuk tumbesaran*

cer tengok atas...cer tengok...
tetibe ase nak fengsan bile nampak kat followers tu tertera nama BEN ASHAARI.
erkkk...
selalu jugak jadi silent reader kat blog dia.
sape tak kenai dia, jangan ngaku blogger la.
grrrr...
yg aku telebih esaited bukan pe, sebab takat blog picisan cam aku ni ade jugak yang sudi jengah kat sini.
TQ bro BEN.


ok nak sambung fengsan!

yang tiada dirindu

*gambar sekadar hiasan...muahehehe..*

adat manusia, bila tak de baru nak rindu.
erkk..rindu la sangat kan.
bosan sebenarnya.
sebab bos cuti 3hari. 
so keje pon tak de.
mate pule mengantok.
FB pulak kene block.
yg tinggal hanye blog.

puiii..
cam pantun pulak.

sekian.

Friday, 8 July 2011

cuti-cuti moh ke perak : part 3 - Pangkor

sambungan entry...

1st DAY

ahad tu lepas bermandi-manda kat bukit merah, kitorang gerak balik parit kejap.
mak tepeng ajak makan durian.
sedap weh!!!
sampai terlupa nak snap gambor.
dalam pukul 6 camtu kelam kabut siap nak kejar feri last pukul 8.30 pm.
dengan minyak tak isi lagi nye, duit tak cucuk lagi nye.
nasib ngam² sampai jeti lumut lagi 5 min pukul 8.
ingat nak naik je feri pukul 8 tu, tapi bila pikir balik dengan chalet tak book lagi.
so kebetulan kat kaunter jual tiket tu dorang ada agent.
terus booking chalet, so sampai pangkor tak de la nak mencari² lagi kan.
kitorang memang cari yang paling murah & dekat dengan pantai.
dapatla RM75/hari kat Palma Beach Resort, Teluk Nipah.
kitorang stay 3H/2M je pun kat sane.
sampai² je, terus check-in pastu mandi² dulu baru turun cari makan.
harga boleh kata mahal jugak la kat gerai² makan tepi pantai tu.
kitorang order nasi goreng ayam - rm6 satu. hamek ko. tu pun tak abis aku makan. 
haih..
disebabkan penat melampau, tak de nak jalan² derr, terus masuk bilik jela..

2nd DAY

pagi² lagi dah bangun, baru nak mandi, tup² hot shower dia rosak pulak.
adoiii..menggigil la jawabnye mandi.dah la sejuk kemain lagi.
lepas mandi, siap² terus turun cari makan.
pagi² tu padahal dah dok bermasam muka dah laki bini..
muahaha..lawak pulak bile teringat.
so mase turun bawah tu masing² diam membisu.
cuma airmata jela bergenang.
=P
lepas makan, terus ke pantai.
lagi la feeling mau nangis sepuas²nya.
tetiba dok berjalan² tu, laki aku tanya nak pusing² pulau tak naik bot?
time tu dah tak de mood dah. 
'ha','ye','pape jela' yang keluar dari mulut.
ikut jela.
bila dah naik bot, terus otomatik tak de pape berlaku.
hahaha..
lupe pulak tadi bukan main tengah berdrama airmata, boleh terlupa yang tengah merajuk.
sengal aku ni.


muke baru lepas nanges pon maintain bile bergambo. hehe.

 bukan main lagi aku melompat² bagai. 

 dari langkawi ritu lagi dok gaya sama syg ni. 
tapi siyes, cantik betoi air laut sini.

main air tak hengat...

ada 4 batu pelik kat pulau ni.

yang ni orang tu cakap batu rupa penyu.

 yang ni pulak batu rupa ikan paus. tapi badan dia dah dilitupi dengan pokok².

ni pulak batu rupa kepala buaya. 
orang bawak bot tu cakap, orang dulu² cakap memang buaya ni wujud & penah makan orang.
ada 1 lagi batu kat hujung pulau ni, ade rupa kaki manusia.
tak sempat nak pegi tengok rupa batu tu camana rupanye.
tak tau la kesahihannya. maybe setakat mitos atau betoi² berlaku tu wallahualam.
semua ni kan kuasa Allah S.W.T.

selesai pusing² pulau, balik bilik.
sementara tunggu orang datang hantar moto, rehat² dulu.
sewa moto - rm25/hari.
sewa kat pekan pangkor. pastu orang tu akan datang hantar ke chalet.
memula ada akak kedai kat bawah chalet ni nak pinjamkan moto dia.
sebab laki aku nak pegi cucuk duit, ATM machine pulak cuma ada kat pekan pangkor.
takkan nak naik teksi (van kaler pink) tu, sekali naik mau rm15.
so akak tu nak bagi pinjamkan la gune moto dia.
tapi aku ni macam susah sikit nak pecaya kat orang.
memang niat dia tu baik, tapi aku takutla kan kot² jadi pape kat moto dia ke nanti tak pasal kena bayar gantirugi.
sebab tu la laki aku sewa je moto.

ok sambung next entry nanti cerita snorkeling pulak...




Thursday, 7 July 2011

cuti-cuti moh ke perak : part 2 - family day @ bukit merah laketown resort

....sambungan entry

okeh, lepas dah pekena mee udang kitorang singgah tesco taiping jap.
gara-gara nak cari tracksuit aku.
tracksuit yang ado dah ketat. so sad...(T_T)
pastu balik rumah, terus siap² dalam pukul 2 camtu baru kitorang gerak pegi bukit merah pulak.
dalam 20 min gitu je dah sampai, sebab laki aku ikut jalan belakang. aku pun tak penah tau wujud jalan tu. hehe..
orang MOT kebanyakannye stay kat apartment bukit merah tu je.
kitorang berulang je dari umah mertua ke bukit merah. save budget.
petang tu ade la aktiviti² sikit. untuk kanak² ade pertandingan mewarna, lepas tu baru aktiviti mak pak budak pulak.
kira macam sukaneka la.
ok la. kira enjoy la jugak.
entry ni malas mau taip panjang², kasi layan gambar jela ea.






time ni acara mewarna kanak²...

 aku join kerusi beracun. nyaris² nak gedebuk...muahaha..

 sape menang dapat rm50 cash. hamek ko semua berebut join.
 tapi yg menangnye kak eifa. cayala!!

 yeah!!kumpulan kuning yang sporting..

 eh..ni bukan join 'bersih' ok. ni ahli kumpulan 'apa-apa aje' la..

 semangat benor laki aku. nasib tak gedebuk jugak. haha..

 acara terompah gergasi. juara ok!!

 abaikan muke yang comot tu (-_-)'


 gegirl team 'apa-apa aje'

 ni jela hero² team kitorang yang ade..team kitorang paling sikit hero. 
tapi hebat²!!yeahh..

penyanyi dangdut yang suara out abis. nebes katenye. muahaha..
tp dpt hamper jugak kalah pun. tu yg penting. 
cabutan bertuah pulak dapat kain pasang dari noor arfaa. jadik la dari nan ado kan.

 gems nye la aku. redha jela ye dak? (T_T)

ahad

selamat datang ke bukit merah laketown resort

bukan main lagi laki aku ni. cam hero remaja pulak.
(mata ke atas, tgn di dada)
 aku pe kurangnye..nak jugak..model majalah mangga. 
muahaha..sila pecaye!

lepas penat berendam & camwhoring, kita pegi fish spa pulak.

abaikan kaki size 9 tu, fokus kat ikan je. huahua..
ni kira 2nd time la buat fish spa ni. pestime dulu, menggeletek kaki aku geli. 
kali ni dah kurang sikit.

ikan pun ushar pelik kat manusia. (-_-)"

 ni lagi sorang manusia pelik, kata ikan. 

okeh setakat ni saje cerita sepanjang family day kat bukit merah. 
next entry mau cerita pasal pangkor pulak.
yg ni paling beshhh..tak sabo...

entry bersambung lagi.....