Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 29 June 2011

idaman kalbu

perangai aku ni yang aku perasan, kalau hati tu kata nak, mesti sedaya upaya nak jugak.
contoh: kalau aku dah berkenan sangat dengan baju tu, tido pun tak lena dok teringat baju tu je.
sudahnye rembat la jugak. 
sekarang ni, hati ni dah terjatuh cinta pulak kat 'si dia'.
adeh..macamana nih?
mesti laki aku jeles tak hengat punye la kalau dia tau.
semua ni gara² member aku la ni dok kenalkan 'si dia' kat aku.
kan dah susah sekarang.
masalahnye aku dah jemu da dengan yang lama ni.
so camana?
nak kenal tak dgn 'si dia' tu?
jap ea...








































eh scroll la lagi...lagi..dan lagi....






















































































haaa...ni la dia...sony experia X10. comel kan?
bila la nak merasa ni...haih..
(-_-')


p/s: wiwitt..baru je kua entry, tup2 da dpt...alhamdulillah rezeki..big thx kat my hubby..=))

Tuesday, 28 June 2011

5 sebab kenapa saya tak pilih perokok sebagai calon suami?

sori pada readers yang terasa kalau baca entry aku kali nih.
jangan ada yang benci aku pulak sudah lepas baca. ni berdasarkan pandangan dari sudut hati kecik ku saje:


HABIT DARI KECIK
dari kecik kot aku dah start tak suka segala jenis mak nenek kaitan dengan rokok. baik dari segi bau ke,puntung dia ke, bekas dia ke..semua² la kaitan dengan rokok.mase kecik dulu (sekarang pun sama), nak pegang bekas abu rokok pun aku dah geli geleman, siap² nangis² la ko kalau paksa aku pegang dulu. tak tau nape. pelik kan?

ALERGIC ASAP
aku siyes tak tahan dengan bau asap. tak kire la asap pepun. ni kan pulak kalau asap rokok tu. boleh imagine tak macamana bau yang melekat kat dorang? #PENGSAN#

NAFAS BERBAU
aku ni suke menempek² kat laki aku, tak kire balik keje, tengok tv, nak tido & setiap masa la senang cakap. kalau laki aku ade bau rokok camana la aku nak dekat kat dia kan? baru nak feluk tetibe nafas dia berbau..OMG tak suke la!#PENGSAN LAGI#

NAFSU TERBANTUT
bagi yang dah kawin konpem² la korang akan kiss² laki korang kan..(tipu la kalau tak)..so camana aku nak kiss laki aku kalau melekat bau rokok kat mulut dia? aku sangat² sensitif ok.

MEMBAZIR
satu lagi aku tak suke sebab membazir!!!kalau sebulan belanja rokok je sampai rm200-300, meh bagi aku duit tu buat beli langsir kapet lagi bagus. atleast nampak, dari duit tu hangus gitu je. 


p/s: dats y aku pilih laki aku jd suami. kembangla laki aku bace ni. muahaha. (^_^)



Tuesday, 21 June 2011

KERONSANG ANTING² RM8 / PC

assalamualaikum w.b.t.
huhu..ade satu berita gembira.
ecehh..
first time ni dalam hidup aku buat.
ok la straight to the point, sekarang ni aku dah mula berjinak² dengan bisnes.
ala..kecik-kecik je dulu.
sebenarnye niat tu dah lama dah ada, tapi baru² ni je setelah dapat permission dari suami terchenta baru la impian ni terlaksana.
niat hati cuma nak test market je dulu, tak sangka dapat sambutan jugak.

terharu mak noks!
ni la dia bisnes yang aku buat. 
tumpang iklan kat blog sendiri...
hehehe..

KERONSANG ANTING²
SEMUA RM8 / PC
(TIDAK TERMASUK CAJ PENGHANTARAN)








banyak lagi design menarik. sesiapa yang nak beli/pertanyaan sila ke FB ye.
terima kasih kepada customer² Diani Collection...


p/s: insyaallah hari ni stok baru sampai...banyak lagi design menarik untuk tatapan korang...stay tune!!


Thursday, 16 June 2011

silap sms lagi?

petang semalam time nak balik la macam² benda tak setel lagi.
jenguk kat bawah tengok hubby dah sampai. mase tu dah kul 5.30pm.


aku: tunggu jap ea. bos tak masuk opis lg.


5min kemudian....
hubby: lambat lagi nak turun?
aku: jap nak tunggu bos.nak mintak permission g forum.



aku: (sms bos nak minta permission nak pegi forum)


pastu bos diam tak reply pon. grrrrr...


hubby: kejap pe ni?
aku: sabarla..byk benda tak clear lagi ni.


nak tau kat sape aku hantar???



BOSS!!!
 arghhh...


tetibe baru aku sedar yang sebenarnya aku pegi send kat bos sms td...
mau tak gelabah aku.
awat la mengong sangat aku ni..
adehh..
officer kat opis aku sume bantai gelak.
ampehh~
sudahnye malas aku nak tunggu bos,aku pun cabut je la...
tetibe elok je sampai parking kat rumah...


bos: apa benda yg tdk clear?


arghhhh...cane ni cane ni..menggelabah lak aihh tetibe..


aku: bos sori sy silap send tadi. nak anta kat husband.


sudahnye....
forum pun aku tak dapat pergi.
sebab lambat confirmkan.


moral of the story: mate kasi bukak besar² lain kali!!wuwuwuuwu. (versi jambu MHRL)






Wednesday, 15 June 2011

PENETAPAN GAJI MINIMUM

 yaribba...yaribba~
sound like a gud news rite?   
tapi tak konpem lagi la.
harap-harap ada la pembaharuan kan?
apa-apa pun kita tunggu jela ok.

                                                                                                    
 SUBANG JAYA: Dasar kadar gaji minimum bagi pekerja berpendapatan rendah di negara ini dijangka dilaksanakan akhir tahun ini selepas penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri, berkata Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Negara 2011 akan dibentangkan Kementerian Sumber Manusia di Parlimen pada persidangan kali ini.


“Apabila diluluskan, majlis berkenaan akan ditubuhkan dan selanjutnya gaji minimum dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun ini," katanya berucap pada majlis makan malam sempena Hari Pekerja 2011 anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di sini, malam tadi. 

Pada majlis yang pertama kali dihadirinya, Najib turut melancarkan portal aduan pekerja yang dibangunkan dengan kerjasama Pemuda UMNO, selain menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada bekas Setiausaha Agung MTUC, G Rajasegaran. 

Najib berkata, menerusi majlis konsultasi itu, pelbagai isu berkaitan pekerja dapat dibentangkan dan dibincangkan untuk pertimbangan menteri seperti persaraan, usia persaraan, elaun saraan hidup dan pekerja asing. 

"Semua perkara ini wajar diperhalusi supaya keputusan yang dicapai mendatangkan kebaikan kepada semua pihak," katanya.
 
Terdahulu, beliau berkata kehadirannya pada majlis itu sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada MTUC sebagai badan yang memayungi kesatuan sekerja di negara ini. 

"Saya percaya MTUC sebagai badan yang boleh memainkan peranan positif untuk menjaga kebajikan 12 juta pekerja di negara ini. Tahniah diucapkan kerana berjaya mentransformasikan negara ini daripada negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi dalam jangka masa satu generasi saja. 

"Sekarang, cabaran kita sebagai pekerja, majikan, kerajaan dan rakyat sama ada penjawat awam atau pekerja swasta adalah untuk menyumbang ke arah menjayakan transformasi negara kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya. 

Sementara itu, Presiden MTUC, Mohd Khalid Atan dalam ucapannya, turut meminta kerajaan mengkaji untuk memanjangkan pelaksanaan cuti bersalin selama 90 hari kepada sektor swasta. 

"Kebanjiran pekerja asing juga perlu dikaji puncanya kerana ia memberi kesan kepada pekerja tempatan yang bagaikan dipinggirkan, hingga 400,000 rakyat tempatan berhijrah untuk bekerja di luar negara," katanya. 

Turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan; Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. 

INFO: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) 



  • Penetapan gaji minimum RM900 sebulan 


  • 34 peratus daripada pekerja menerima gaji rendah iaitu di bawah garis kemiskinan 


  • Perjuangkan sejak 1999 


  • Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang menaungi 260 kesatuan sekerja 




  • sumber dari: BERITA HARIAN ONLINE





    Monday, 13 June 2011

    review: SUPER8

    petang semalam lepas pergi buang mase kat semenyih, saje terbuka mulut nak ajak laki aku pergi IOI puchong.
    nasib laki aku iye kan aje..
    haha..nasibla kan dapat bini kaki berjalan.
    niat di hati mau karok kat redbox, tapi memandangkan harga rm38++ per person.
    terus erkkk..nak ke tak nak...
    dah la tengah bulan nih.
    sudahnya tengok movie jela.
    movie pun macam tak de cerita menarik je.
    nak tengok KL gengster tapi dah full.
    sudahnya super8 jela jadi pilihan.
    padahal tak tau pun cerita pe ni.
    bedal jela.
    ok aku kasi review sikit ea pasal cerita ni.
    cerita ni bagi aku starting macam boring² je, tapi dah kat tengah² baru paham.
    super8 ni mengisahkan tentang zaman 1979,sekumpulan budak ni yang berhasrat konon² nye nak hasilkan filem yang bermutu.
    merata² la dorang ni shooting.
    kebetulan masa dorang tengah shooting kat stesen keretapi, kat sana berlaku kemalangan yang melibatkan keretapi & sebuah kereta.
    kira meletup² la. bayangkan kargo yang isi barang banyak tu bila eksiden cane?
    kereta tu rupanya dipandu oleh cikgu sekolah budak² ni.
    masa dorang pergi dekat cikgu tu nak tengok cikgu tu dah mati ke tak, tetiba cikgu tu tersedar & ugut budak² tu supaya rahsiakan macam mana kemalangan tu berlaku.
    so budak² ni pun takut jadi pape,dorang pun rahsiakan.
    dalam pada tu dorang masih teruskan jugak shooting filem.
    kebetulan masa kemalangan tu, camera budak² tu still on.
    so bermula dari tu la dorang mula syak ada 'benda' yang jadi punca kepada kemalangan yang berlaku tu.
    'benda' tu sebenarnya alien.
    haaa...nak tau cerita sebenarnya, pe kaitan cikgu tu dan alien tu korang kena la tengok sendiri.
    aku bagi 3.5/5 untuk cerita nih.

    kasi layan trailer ni ok. 


    ok selamat menonton ye~

    story sudah basi

    assalamualaikum w.b.t.
    ini cerita 2 minggu lepas.
    wohoa...sian kan baru reti nak update aku ni.
    2 minggu lepas aku & hubby balik ipoh.


    tujuannye nak pergi kenduri kawin officer opis aku, mahfuz.


    mahfuz & wife & wakil MOT yang datang
    cik zura,adi, aku & ket...posing harus la kan.

    kenduri hari ahad. so jumaat tu dah balik dah.
    so sabtu tu sempat la pergi tengok anak buah aku yang baru tu, batrisyia panggil syasya ok.
    glamer yuu!
    ~haiii...saya syasya~
    geramm je aku tengok sarung tangan dia..lady bird gitu..
    seriau sebenarnya nak pegang...tapi nak pegang jugak..hehe..
    ~smile~
    laki aku kena paksa dukung..dia pun takut gak nak pegang..hehe..


    kak ipar aku berpantang kat rumah mak dia kat kuala kangsar.
    atenye lepas jenguk baby, jenjalan la kat sekitar bandar kuala kangsar.
    aku,hubby,mak & eira je pergi pun.
    konon nak cari makan laksa la, tapi hampa...sobsobsob.
    malam tak de orang meniaga laksa kot?
    nasib mak tak ngidam tau noks.
    kalau tak menjawab la laki aku nak mencari.
    alhamdulillah dah 6 orang dah anak buah aku.
    lepas ni,insyaallah turn kitorang pulak.
    korang doa² kanla ea kitorang cepat² dapat baby jugak.
    ngee~


    k tata~

    Wednesday, 8 June 2011

    alahai,nora elena tak abis-abis!

    assalamualaikum w.b.t.
    alamak rasa cam lama pulak tak berupdate blog ni.
    baru je update, datang keje.
    makanya, tersimpan la dalam draft je.
    coo cadd.. (-_-)'
    ni nak cite pon gambar semua dalam camera lagi.
    haih..tak syok la cite tapi tak de gambar.
    tak de feel.
    next entry la jawabnye baru aku story² ea.
    rutin sejak akhir² ni, tak abis² dengan nora elena.
    ingat aku sorang je, laki aku pon sama rupenye. (-_-)
    tapi aku lagi excited la!
    tiap² petang wajib tengok. lau termiss satu episod pun wajib tengok kat TONTON.
    eh tapi aku rase bukan aku sorang je kot mengalami sindrom ni..
    bile time nora elena main kat tv je mesti ade je status kawan² yang keluar kat FB.
    seeee...
    tapi siyes la..menciii la kat watak yvonne tu!!
    nasib i bukan kategori PA yang camtu okeh.
    gelikkk la nak camtu dengan bos sendiri.
    gilaaa kau!!
    *tak nak bayangkan cane.* (-_-)

    nah aku sajikan gambar seth tan yang jadi igauan aku siang malam. haih..angau dah aku nih!













    ni diaaa....

    *seth tan saye...tak caye?AAK?*


     babai!!