Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 25 May 2011

sagu santan gula melaka

sabtu ritu dok blogwalking tetibe ternampak entry ceeramoon pasai sagu santan gula melaka.
walaweh terliuq lak aku nengoknye.
sudahnye petang semalam pe lagi berdezup la ajak laki aku p beli barang.
ala senang sgt la wat benda ni.
meh nak kongsi..

pic yg ni hasil google ye kawan²...yg aku buat tak sempat nak snap dah abis...sobsob...



  • Bahan A :
  • 2 cawan sagu (terpulang nak guna yg putih ke/kaler²)
  • 5 cawan air
  • Bahan B :
  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Bahan C :
  • 1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah
  • 1 cawan air
  • 1 helai daun pandan

cara²:

Cara-cara Adunan A : 

1. Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.

Cara-cara Adunan B : 

1. Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
2. Buang daun pandan dan sejukkan.

Cara-cara Adunan C : 

1. Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
2. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.

Cara menghidang : 

Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam mangkuk @ pinggan menghidang.
Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.Siap untuk dimakan!!!

see!!!senang kan?
kalau makan sejuk² lagi syorgaa idaman wa ckp sama luu..
tak caye? try test la tengok..

selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment