Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 29 April 2011

# 18

sabtu lepas aku, hubby & keluarga mertua pegi kuantan, rumah makngah hubby.
tujuannya, nak sambut birthday atuk yg ke-80 & sambut bufday alia,azim,rayyan &
anniversary chu&husband.
aceli, makcik² hubby ckp atuk pernah gitau, dia teringin sangat nak sambut birthday.
pastu,teringin anak² menantu cucu cicit bagi hadiah.
comei kan?
memandangkan umur atuk pon dah 80 so, anak² menantu cucu cicit pun plan la buat surprise party ni kat atuk.
eh tak de la party mane pon..takat buat bbq & kenduri sikit je.
tema kaler ialah bagi gegirl kaler pink, boboi kaler biru.
tapi gegirl je yang majoriti ikut kaler tema, boboi dah pakai kaler tema mase kenduri siang tu je.
(eww...geli pulak bergegirl boboi..muahaha)
tapi pepun memang enjoy.
time atuk bagi speech tuk anak² menantu cucu cicit, tetibe aku lak yang jadi sebak.
tetibe rindu kat arwah tok & pah aku.
boleh gitu?
mase kecik dulu tak sempat nak bermanja² dengan dorang.
cuma mase arwah pah belah abah je aku sempat jaga dia mase dia terlantar sakit dulu.
so, bila hubby still ade atuk & pah, aku pun rase cam dorang pon cam atuk & pah aku gak.
appriaciate sgt sebab aku masih boleh rase perasaan syg kat atuk & pah camtu.
eh tercite sedih lak.
isk isk isk..
(-_-,)
ok la kasi layan jela pic bawah ni okeh.

*atuk yang super duper kiut...*
*bufday kek sponsor oleh nadia bayu*
*3 of us in hot pink*
*posing posing*
*ana (sis-in-law), alia, me, mira & kak ya*
*aku muke abis garang da la tu, mira ketakutan, kak ya garang² tp muke kiut..camne tu?*
*anak² dara. eh ok silap 2 bini org, 1 anak dara*
*kami*
*turn laki pulak posing*
ok tu saje.
semoga atuk panjang umur dan sempat tengok cicit dari kami nanti.
sayang atuk banyak²!!!

babai!!



# 17

*alamak kepala hubby nampak sekerat je..*
selamat pagi semua.
yeahh..hari ni dah jumaat.
sok,lusa,tulat coootiiii..
sukanye makk oiii..
heaven dapat cuti lama-lama nih.
haa..pagi-pagi tadi saja menggedik nak tangkap gambar.
sebabnya, kebetulan pakai baju kaler sama.
tengok tu tengok.
k la tak boleh lama-lama ni.
tata!!

Thursday, 28 April 2011

# 16


ce teka ce teka ape benda ni?
kabus sumbat telinga kah?
oh no no..

meh zoom dekat sikit..


haa...ni la marshmallow.
tau ke pe tu?
janganla ditanya aku cane cara² nak buatnye.
sebab ni la 2nd time aku makan menda alah ni.
yg aku tau benda alah ni untuk dimakan.
tu pun aku yang jakun.
hubby aku dok sebut² marshmallow..marshmallow.
aku pon pelik.
ape benda la marshmallow.
rupenye benda ni.
aku ingatkan marshmallow ni adik bradik marshpotato.
rupenye salah lerr..
grrrr..
tetibe tekak ni teringin pulok nak makan.
jangan nak memandai ye..bukan ngidam ok.
dush dush awai² yg kate gitu..
mase g carrefour aritu,sambar la 1.
sikit camni pon rm2.50.
ceittt..
nasib sedap..
bile makan tu rase cam geram je.
sebab lembut gilee marshmallow ni.
nanti nak beli lagi la.
ngalahkan budak²..
muahaha.
ade aku kesah?



Wednesday, 27 April 2011

filem ombak rindu


wahh..teruja siot nak tengok filem Ombak Rindu nih.
filem ni dorang adaptasi dari novel ombak rindu.
siyess wehh besh novel tu.
bile bace cam kita dapat rase cam kite dok kat tempat Izzah tu.
aku kalau bace novel ni dulu siap nangis² la.
feel abis..
arap² filem ni akan sehebat jalan cerita dalam novel tu la ea.
kalau tak frust tertonggeng ler jawabnye.








ehh kak limah pun ade...=P

credit: mforum

untuk yang tak penah bace novel ombak rindu tu, ni dia aku bagi sinopsisnya.

 IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.



Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.



Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.



Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


so, sama² la kite tunggu filem ni keluar nanti ye..
daaa~

Tuesday, 26 April 2011

# 15

fuhh..
sape yang bace status FB aku pagi tadi tau ler al-kisah nye..
pagi² lagi tadi dah buat temperature aku naik mencacak ke langit..(bukan main lagii ayat..)
kadang² terdetik kat hati ni nak berenti je keje, jadi hw je.
ingat nak jadi PA ni senang?
meh sini dok tempat aku ni rase cane.
nak jaga boss mengalahkan jage laki sendiri.
jage laki aku pon tak de la nak terkejar² sane sini bagai.
selang 5 minit panggil..pastu panggil lagi..
adoiyaiii...naik cramp kaki.
aku rase aku la PA paling selekeh kot.
dalam opis dok berkaki ayam je.
lau datang mood aku je baru aku sarung sandal bulu² romantika aku tu.
selekeh kan?
gile ko nak pakai high heel pastu terlari² bila dia panggil.
memang tak dan la...
haih..
yela yela...pepun aku kene bersyukur sebab atleast aku de keje.
ok fine.
arap² la suamiku terchenta dimurahkan rezeki supaya cepatla kitorang hidup senang, so aku dah tak payah keje.
fuhh fuhh..


ok bye nak g tenangkan diri.






Friday, 22 April 2011

# 14

yahuu..
jumaat dah.
lambat toi nak tunggu sampai ari jumaat.
haih..
malam ni mak & pak mentua nak datang umah.
yahuuu..
esok kitorang nak p kuantan pulak.
celebrate bufday atok (belah hubby).
tak sabonye la..
konpem havoc la sok.
semua makcik²,sepupu sepapat,anak² buah berkumpul.
1st time ni nak kumpul ramai² dengan sedara hubby.
dah macam raye pulak ase.

tapi...





tetibe ase.....








RINDU 






kat






arwah tok & pah belah mak & abah.
moga mereka aman di SANA.

amin.

(= _=,)

Thursday, 21 April 2011

# 13

kadang-kadang bile sampai 1 tahap, ape yang kita nak sangat & impikan tapi tak dapat.
ape korang rase?
mestila frust tertonggeng kan.
tapi tahap aku belom sampai tertonggeng lagi la.
mule² tu rase frust gak la, bila orang asyik tanya² je.
tapi sekarang aku rase aku cam dah ok sikit.
dulu asal orang tanye je, balik ngadu kat hubby aku.
'abg, tadi ade org tanya lagi la..sedihh..'
(-_-,)
tiap kali tu la, hubby la yg akan cool kan aku.
sebabkan dia la aku jadi kuat & tak nak pk sgt dah pasal tu.
tapi semalam..hubby aku lak yg cam sedih...
aku tau dia pon nak sangat.
aku berjuta kali lagi nakkk..
selagi rezeki belum sampai pe la yang mampu kitorang buat selain
BERSABAR.
Tuhan saje nak uji.
tu je yg aku motivate diri aku setiap kali terpikir.

sejak kawen ni,aku cube praktikkan tiap hari ckp 'ayg syg abg' kat hubby aku...sebab aku takut bile sampai 1 mase nanti, aku tak sempat nak bagitau dia yang sebenarnye aku syg dia sgt²...

Fakhruzzarin...


dia la anugerah terindah buat aku!!

mood: emo (-_-,)


Tuesday, 19 April 2011

# 12

malam tadi sebelum tido sesaje bukak lappy.
dok belek² sampah sarip sarap dalam my document.
pastu terjumpa video² aku & myra mase belum jadi bini org dulu.
tergelak beso bile tengok² balik.
adoiiyaii..
ala korang penah tak wat video gune webby?
pastu wat memek muke pelik².
cam alien ade, muke jap kecik,jap beso, pastu tukor jadi tetek beso la, bahu panjang da cam lutut la.
iskk..korang paham tak ni pe aku cube sampai kan?
penat tau aku cube explain kat korang ni.
wat² paham jela.
muahaha.

lau belom try g la try wat.
konpem korang sengih sampai ke telinge bile lame² t korang tengok balik nanti.

selamat mencube 
=))

p/s: nak tempek kat sini video tu kang tak pasai² org lain makan nasik, aku dpt makan penyepak lak.ngee~

# 11

wah arini dah ari selasa la wehh!!
sooka sooka!!
bulan ni aku rase macam banyak sgt je berjalan.
awal bln ritu g melaka, pastu g tgk F1, weekend ni nak pegi kuantan lak.
minggu dpn balik ipoh.
see see banyak tak xtvt.
tiap² minggu ade je benda aku nak wat.
walaupon mulut ni dok sokseksoksek kat telinga laki aku cakap 'penat', tapi mesti nak berjalan gak.
paling kurang, g alamanda makan² mc flurry pon jadi.
see..betape kuat jalan nye aku ni.
betoi la kot org cakap, lau nak tau kuat jalan ke tak tgk kat tapak kaki ade taik lalat tak.
SAH!!
kat tapak kaki aku ade, laki aku pon ade.
muahaha..
k la mengarut je aku nih.

bye!!

*amboii tgkp gambo cam takut laki lari je kan? muahaha.. ade aku kesah?*

Tuesday, 12 April 2011

# 10

fuh. rajin benor aku menghapdet entry arini.
maklumler boss cootiiii.
sookaa sookaa.
nak cite ni ahad aritu aku & hubby dpt tiket free pegi tengok F1 kat Sepang International Circuit (SIC).
da nama pon free, harus la pegi kan kan.
so ahad tu pagi² lagi kitorang dah keluar rumah.
tak de la pagi sangat pon.
dalam pukul 9 camtu.
pastu pegi ambik cik sulia kat umah dia dulu, bekpes² dulu br gerak g Putrajaya Sentral.
naik erl je la.
gile ko nak bawak kete, rm50 per entry ok & flat rate.
koser la nak bawak kete.
lagipon ktorg dapat pass erl free tuk sepanjang 3 hari tu.
ngee~

*sopannye la..bini sape la ni. bluweekk.*
*(^_^)*
*aku & cik sulia*
*aku & hubby b4 kene temuramah ngan  wartawan. exsited sampai lupe nak tny dari paper/majalah pe. (T_T)*
*rm25 per set.. gilo ko. pengsan aku tengok harga. lapo punye pasal telan jela*
*tak ingat lak model pe 2 kete ni.*
*time ni kereta² biase ngah race..kereta neo last 1x. sian..*
*team ferrari*
*team redbull*
*Gadis litar tengah berarak*
*lotus renault. team peberet kitorang (peberet la sgt)*
*sebelum race start*

*team lotus*
*team Lotus Renault*

ok tu saje. kalau taun dpn dpt lagi tiket mau pegi mau pegi lagi.
taun ni pegi dah de team peberet dah.
Lotus Renault!!!
yeahhh...
taun lepas pegi blur² je tak tau pape.
m. schumacher team pe pon tak tau.
skg dah tau da..
muahahaha.

ok bye!!

# 9

perghh banyak lak cite tertangguh.
last week, hr isnin laki bini ambik cuti.
release tension katenye.
'nye' tu merujuk kpd aku ler.
wuwuwu.
tension la keje, nak pencen je rase.
boleh?
lg 25 thn br boleh berangan nak pencen.
(T_T)
berbalik cite tadi, haa minggu lepas kitorang berjalan² ke melaka.
aku, hubby, kakak ku & eyra kenet.
beshh tapi yang tak besh nye sebab kejap sangat.
tak puehhh.
next time lau nak pegi kene check in baru puehh hati.
so sempat pegi jalan² sekitar bandar hilir je.
tempat kapal besar tu, menara taming sari pon tak sempat pegi.
eye on melaka lagi ler tak sempat.
sempat pegi muzium erkk pe nama ntah.
siyes tak ingat.


* ni la muzium yang kitorg pegi tu. merah lagi..auwww..*
*bukti masuk muzium...ce teka sape yang snap pic ni?*
*bekepit sesaje..pic ni pon ce teka ce teka sape yg snap?*
*taaadaaa..dak kecik ni la yg snap pic laki bini ats tu...*
*bekepit je dengan ayah chu die..ske wat acu jeles kan? huh. *
*bajet masuk majalah mangga je. =P*

kat melaka ni makk aiii banyak toi muzium nye.
jalan² sikit, ade jumpa muzium. jalan² lagi ade muzium lagi.
gile kagum aku tengok bangunan² kat sini.

*nih hotel aldo tak silap aku. suke tengok design dia. merahh gitu..*
1 je yang aku tak tahan, panas sangat la.
mybe sebab dekat dengan laut kot.
panas terikkk.
*model meriam. bukan mariam ye.*
*comeinye laki sape la tu. ohh sori he is mine..=P*
*comei tak pokok ni?geram je aku tengok. laki aku ckp pokok ni cam bentuk aiskrim. nyum²*
rase nak terbakor kite bakor..kite bakorr.. je kulit.
otw nak balik, kitorang singgah kedai makan dlm ladang kelapa sawit.
toi la..kedai makan ni betol² dlm ladang kelapa sawit.
semua dok pakat nak makan asam pedas.
cari makan lunch pukul 3 ptg, memang susah la nak jumpa,lau ade pon tinggal bekas je.
cari punye cari nasib jumpa kedai makan tu.
dia jalan nak ke sungai udang.
ntah jalan mane laki aku redah.
*lupe plak pe nama kedai ni..adoiyaii*
*set nasi kukus+ikan pari asam pedas*
*set nasi arab. banyak gile ok nasi dia..*
*sape order cendol boleh tambah ikut suke korang. minum sampai muntah.*

lepas sampai kl, kitorang p anta akak aku naik bas kat bukit jalil, pastu kami laki bini pon pegi karok lak.
muahaha..
siyes penuh xtvt hari tu.
*aku, dia & ser ser ser memang tak dpt dipisahkan*
*feeling abis laki aku nyanyi..*

tu je setakat ni..
next entry pasal Formula One pulak okeh.

adios!