Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 28 March 2011

review: FILEM HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


sabtu lepas aku & mr hubby sempat pergi layan filem terbaru KRU ni kat GSC alamanda.
dari hari rabu aku try book, last² sabtu baru dapat seat.
(T_T)
memang dah lama gak aku tunggu cerita ni keluar, finally dapat jugak aku tengok.
pada pendapat aku la kan, aku bagi 4 * tuk filem ni.
kalau siapa yang jenis boleh terima cerita² berunsur sejarah, epik camni boleh la kot layan.
kalau korang rasa macam buta sejarah, malas nak fikir, better lupakan jela hasrat nak tengok.
dah nama pon sejarah kan, confirm² la jalan cerita tak boleh ditokok tambah.
berbaloi la dengan kos juta² tuk filem ni.
tabikk springgg la kat KRU.
dari buat filem mengarut²/tak logik lebih baik buat filem yang dah sah² fakta nya.

ok aku kasi sinopsis sikit pasal filem ni:

Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual (CGI) dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.

Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

so kalau nak tau lebih lanjut lagi, kena la tengok filem H.M.M ni. kalau bukan orang Malaysia sendiri yang support filem kita, siapa lagi kan?





No comments:

Post a Comment