Pages

♥ pengikut setia ♥

cinta kami bersemi

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 29 December 2011

bai 2011, hai 2012!♥

**sumber:cik google**

yang manis² sepanjang tahun 2011:


januari - honeymoon langkawi
mac - incit asben dapat transfer KL
ogos - 1st time beraya sebagai isteri
september - disahkan pregnant 7 minggu ♥ 
oktober - sah dalam perkhidmatan (genap 3 tahun keje dgn gomen)
disember - 2nd time sambut bufday dgn title isteri & momma-to-be


tak sabarnye nak masuk ke 2012! moga tahun depan perjalanan hidup aku lebih indah dan manis untuk dikenang. insyaallah!





Tuesday, 29 November 2011

my baby in womb: update 4 months

hai blog aku sekarang dah jadi blog ibu mengandung pulaks.
asyik cite pasai baby je kan? 
hohoho~
blog ni lebih kurang cam diari aku ler. kot² nanti bila baby dah keluar pun, aku still simpan cerita² & pengalaman time aku pregnant ni. kot² pregnant anak ke-2, ke-3, ke-4 dan seterusnye (wah gitu ko), so aku boleh refer balik entry² lama ni. tu motip nye!
so paham?
last week aku dah pegi checkup tapi tak jumpe doc untuk scan. sepatutnya scan minggu lepas, tapi doc suh datang minggu ni lak. haih.
so, pagi tadi pegi la scan. tujuan scan untuk konpemkan EDD aku bile.
kan hari tu aku punye EDD cam lari sikit. so minggu ni check, doc cakap baby aku baru 17minggu. ok la tu lari 1minggu je dari due asal. 
yang paling besh bile tengok baby gerak². kemain ligat lagi ye dia. kaki tak dok diam. tak kisah la janji anak mama sihat kat dalam tu. papa pun senyum je bile dapat tengok baby. suke ye papa. 
tapi yang sedihnye, doc cakap uri mama nampak cam ke bawah sikit. tapi doc cakap awal lagi. tapi tetap risau! takuittnyee..

harap sebelum bersalin nanti uri tu naik balik la ke atas. kawan² tolong doakan ye. kalau tak terpaksa bersalin czer la nanti. huks.. sebolehnye nak bersalin normal. tapi kalau dah ketentuan macam tu, aku redha jela. asalkan baby dapat bersalin dengan selamat. 

ok la sambung lagi nanti. jiwa tengah kaco ni. 
(-_-,)

Tuesday, 22 November 2011

kempunan lah nak pegi bercuti!



sobsobsob.

niat hati nak pegi bercuti kat bandung next year alamatnye kena postpone la.
plan asal nya nak pegi bercuti dengan FIL  ke bandung bulan 6 taun depan.
bila dah dapat tau tuptup ada 'isi' dalam peyot ni, otomatik la plan aku & hubby terbantut.
time tu aku dalam pantang ler.
tak dapek la kitorang nak join sama. sedih gak. sobsobsob lagi.
tapi....yang kat 'dalam' peyot ni lagi berharga dari segalanya.
bercuti bila² pun boleh pegi, nak buat anak ingat senang? 
7 bulan tau baru berjaya. (-_-')
so terpaksa la plan lain dengan laki ku.
rasa cam ketagih lak nak pergi bercuti! siyess..bila pergi bercuti, otomatik hati pun tenang je..oh..rindu perasaan tu! eceh.poyo lebih! =P
tak pe, kumpul duit dulu masuk tabung cuti-cuti bagi cukup baru boleh plan.
tiap² taun paling kurang perlu sekali pergi bercuti & spend time dengan family. 
baru rumahtangga tambah² bahagia. tak gitu?
nasib dapat laki sekepala. lau tak dok umah melangut jela.
oh tidakkK! tengok taik lalat kat tapak kaki pun dah tau aku memang kuat berjalan.
eh ade kene ngene ke? =))
eh ni cite kalau ade rezeki lebih la, kalau tak de $ nye duduk umah tengok tv jela.
(T_T)
 caya tak genting pun aku tak penah pegi?caye tak caye tak? setakat lalu genting sempah, say hi hi bye bye otw pegi kuantan penah la. sian kat aku kan. bila laki aku nak bawak ntah. peyot da memboyot dah ni. harapan la nak pegi masa terdekat ni. tunggu baby keluar la jawabnye. sian mama kan baby? tapi papa tak penah pegi cameron lagi. sian kat papa jugak kan? muehehe..
sori syg! =P

k bye!

Wednesday, 26 October 2011

baby in worm: GAMBAR

hamek ko pepagi lagi dah datang rajin nak update blog. huahua.
tak de menda sangat pun nak ditaipkan. cuma nak tempek beberapa gambor je.


time ni scan doktor cakap baru 8 minggu. yang tompok hitam belah kiri tu tau.
 kanan tu pundi kencing kata dia.

time ni scan masa last week tu. 10 minggu kalau ikut scan. 
nampak tak baby kat dalam kantung hitam tu?

tu diaa.vitamin yang kemain banyak. (T_T)

buku pink! sentiasa je ada dalam handbeg.

okeh tu je nak cite.
=))

Tuesday, 25 October 2011

CONTEST BLOGKU MENAWAN KALBU BY ASKAR PINK & AMALINA

jangan tekejut bab tetiba aku rasa macam buang tebiat pulaks nak join contest ni. 
hehe. sesaje nak cuba nasib. mana tau kan kot² rezeki anak dalam peyot ni. 
kalau korang pun rasa nak join meh meh..sila ikut arahan kat bawah okeh.

  • LIKE PAGE ASKAR PINK dan BLOG AMALINA LAND. 
          - PAGE ASKAR PINK
                                  - AMALINA LAND just click button LIKE di atas widget follower.
  • Warganegara Malaysia.
  • Tidak kira jantina, tapi hanya LELAKI dan PEREMPUAN.
  • Letak tajuk contest : CONTEST BLOGKU MENAWAN KALBU BY ASKAR PINK & AMALINA.
  • Tag sekurang-kurang 2 orang, tapi lagi ramai lagi bagus. Pastikan mereka tahu mereka di-tag :)
  • Lepas dah buat semua tu, publish entry berkenaan dan letakkan link contest tu di ruangan komen. Kalau dari blog AMALINA LAND, letak link contest di blog AMALINA LAND. Kalau dari ASKAR PINK, letak link contest di ASKAR PINK.
  • Contest akan terbatal sekiranya kurang 20 penyertaan.
TARIKH TUTUP 24 NOV 2011 yeee bukan 1 DIS 2011. 

nah aku tag kat korang pulaks:


GOOD LUCK!

my baby in womb:update 3 months

Ya ampun! lama pulak tak berupdate blog. asal ade idea je, gambor pulak tak berupload. jadinye ke draft jela simpannye. eh kalau ikut kiraan minggu ni dah 13 minggu pregnant. kalau ikut scan baru 11 minggu. so setakat ni tak tau lagi bila EDD aku yang betoi nye. next checkup bulan depan doktor cakap baru leh tau. ok la ikut jela kan.


isnin lepas wat 1st checkup. doktor ade scan. alahai comeinye anak mama tau! kali ni scan dah nampak besar sikit dah. dah nampak jantung dia kelip². hehe. papa nye segan pulak nak tengok time doktor scan tu. aku siap pesan lagi kat dia, next checkup kalau doktor scan meh la tengok. sama² nak tengok perkembangan baby kan. biasa la orang laki. mahu tapi malu..ceitt..nanti kalau aku rajin aku tempek gambor scan tu ea.


dah start makan 4jenis ubat tu. alamak aii..lotihhh nak nelannye. paling tak tahannnn nak nelan vitamin B complex tu. bau dia ya ampun..busukkk..bau ubat..pasni nak try makan obimin pulak la. makan 1 bijik je. setel. 


oh ye..selera makan sekarang dah ok sikit. dah boleh pelantak nasik. awal² hari tu tengok nasik pun tak de napsu. =P tapi makan pun tak de setimbun. kadang² 1/2 pinggan, kadang² 1 pinggan pun boleh licin. kadang² selera makan ke laut jugak. ngee~


dah start minum susu anmum dah since dapat tau pregnant. aku beli 2 perisa. coklat & susu biasa. pagi kalau minum coklat, malam minum yg putih. camtu la selang seli. kalau tak jemu oitt..aku yang penggemar susu ni pun kalau hari² minum mau nak ngelat jeee kadang². tapi pikir baby je. 


bab masak memasak memang aku dah 'pencen' buat sementara waktu. kadang² ok kalau bau menumis tu, kadang² bau minyak tu pun dah pening kepala. lagi 1, bau bawang! mak aii.memang musuh ketat aku sekarang ni. so, bab masak memasak memang stop setakat ni. biasa tapau tak pun laki aku jela yang masakkan. kesian jugak kat dia, tapi ape kan daya tak dapek den nak nolong..


bab baju lak..ni lagi 1 masalah. rata² baju kurung aku memang dah sendat kat bahagian pinggang. sedih aku bila nak gosok baju tuk pegi keje. mengenang nasib jela hari² depan almari dok telek baju mana yang muat lagi. so kalau tengok aku dok pakai baju sama je tiap minggu, diam² suda! (T_T)


tabiat laki aku lak sekarang, suka lekap telinga dia kat perut aku. konon nak dengar baby buat ape la tu kan. pastu cakap² sorang..hehe. comei jela papa ni. tapi jelesla papa dapat dengar!


ok la. setakat ni jela dulu kot yang mampu aku update. nanti kalau aku rajin aku tambah².


muahxx..
=))

Thursday, 22 September 2011

finally i'm pregnant!!!


ok lame pulak aku tinggalkan blog ni. 
aku rasa ramai dah dapat agak kan apa yg aku nak story kan dalam entry lepas?
tak tau nak cakap macam mana perasaan ni. ofcoz la hepi sangat² kan.
yeah..finally i'm pregnant!!!
setelah 7 bulan aku & hubby menanti dengan penuh kesabaran, akhirnya rezeki kami dah sampai. 
baby kami baru masuk 2 bulan. punya la aku eksaited, sampai hari² google nak tengok apa perkembangan baby time macam ni. 
masa mula² tau aku pregnant pun, 1st ofcoz la period dah lewat. period aku ni memang tingtong sikit lepas kawin, so aku pun masuk bulan ni macam tak heran sangat nape tak period lagi walaupun dah masuk 2minggu delay. tapi, 'instinct' aku nih kuat kata macam ada isi je. tambah pulak, 2 kali aku siap mimpi pasal baby. serius!! 1st mimpi, aku mimpi aku buat pregnant test sendiri & resultnya '+ve'...masa dalam mimpi tu cam tak percaya je..tak sangka perasaan aku dalam mimpi & realiti memang sama. speechless..tak terkata..dah la pukul 2.30 pagi aku terjaga & tergerak hati terus buat test. dan resultnya memang '+ve'. sama macam dalam mimpi!!rasa macam nak kejut je hubby nak pergi klinik dan² tu jugak nak confirmkan. tapi sabooo tunggu pagi baru pergi.masa aku kejut hubby bagitau, 'syg, ayg pregnant'...dia dengan mamainya terus peluk aku pastu zzzzZZ balik. aku syak mesti dia ingat mimpi ler tu..haha..ok 2nd mimpi, aku mimpi aku tengah dukung baby boy. dalam mimpi tu memang baby aku sendiri. baik je baby tu. yang ni aku mimpi time aku terlelap petang sebelum aku buat test tu. tak tau perasaan aku yang terlalu mengharap sampai terbawak² dalam mimpi ke atau memang Allah S.W.T nak tunjuk kat aku & bagi petunjuk. 
setakat ni alhamdulillah aku & hubby tak de alah apa². cuma kalau nak gosok gigi jela, rasa tekak ni semacam je. pastu, mengantuknya nauzubillah...tak leh control punya mengantok. satu lagi, malas!!nak buat apa pun rasa malas..malas..malas..(anak aku nanti jgn la ikut mama dia ni..muahaha..) tapi dalam malas tu, aku gagahkan jugak buat apa² yang boleh dibuat. 


ok sambung tadi, bila pagi tu hubby bawak aku pergi klinik an-nur, kat presint diplomatik. aku jumpa doc & bagitau dia aku dah buat pregnant test sendiri kat rumah & +ve. dia boleh cakap, kalau dah +ve tu memang konpemla pregnant. then, dia langsung tak buat apa²,cuma kirekan due date pastu bagi asid folic. pastu aku pun pergi opis. macam tak puas hati. dah la ni pregnant anak sulung, ofcoz la aku tak tau pape kan. doc pun tak de suruh aku buat test lagi ke ape ke. malam tu aku singgah watson, pergi beli pregnant test digital clearblue punya. mahal pun mahal la asalkan aku puas hati kan? so, pagi esok nya aku test lagi, resultnya 'pregnant 3+'...ok lega! eh ramai yang konpius tanya aku, ko sebenarnya dah berapa minggu ni...hehe..kat situ memang dia tulis 3+, tapi sebenarnya dah 7weeks pun(masa hari aku publish kat FB). alat tu kalau tak pregnant dia keluar 'not pregnant'..kalau awal² pregnant dia keluar '1-2' maksudnya 1-2 weeks..kalau '3+' tu maknenye 3 weeks lebih..


ok harap aku & baby selamat serta sihat sampai dilahirkan. doakan kami jugak ye semua..
insyaallah aku akan update kemudian...


=))


p/s: untuk kawan² yang masih usaha nak dapat baby tu, aku doakan korang pun akan ikut jejak aku okeh lepas ni. insyaallah usaha, tawakal & doa banyak² okeh. kalau nak tips tu boleh la pm aku kat fb ye..tak de tips mane pun, tapi ade la amalan sikit yang aku cuba sebelum melekat haritu..kita cuma berusaha, tapi rezeki tetap dari DIA. 

Wednesday, 14 September 2011

syukur!!

alhamdulillah. 
syukur. 
tu je yang mampu aku ungkapkan saat ni. 
Terima kasih Ya Allah!
=))
story later k..

Monday, 12 September 2011

FB berperang...Perang berFB...

**hasil cik google**
mood ke laut hari ni.
semua angkara perang FB tadi. tak abis-abis pasal FB kan?
bila teguran kita disalah tafsir jadi 'busuk hati'.
kat sekolah mana ko belajar ea bila copy paste gambo tak kire gambo papepun dari google pastu tempek kat FB kata tu gambo ko?
boleh? LAW mane SEKSYEN bape ea? ce cite sikit kat kak kiah ni...
nasib aku dah lame tinggalkan zaman business law. kalau tak abis semua seksyen aku kasi keluar.
haish...sudahla malas aku nak kenangkan orang yg tak panjang akal camtu.
siyes..aku tak rase kerugian papepun. busuk hati? oh jauh sekali.
buat ape aku nak busuk hati pada orang cam ko. nothing for me.
yang aku tau sekarang, kalau nak pilih kawan biar berpada-pada. maybe sebab dia bkn kategori kawan aku la kot perangai dia camtu.
kawan² aku perangai elok² belaka.
bak status terbaru aku tadi, 


'berhati-hati memilih kawan lepas ni...tak semua kawan boleh jd kawan yg baik tuk kite...kawan yg banyak tak menjamin hidup kite bahagia...biar kawan 
sikit, tapi dpt buat hidup kita ceria.'

sekian. 


p/s: pasni rase cam nak select balik la frenlist aku kat FB tu. lebih byk stalker dari 'kawan'. 
   

Saturday, 10 September 2011

teharu! ade jugak yang paham

sape add aku kat pesbook tau ler pe status latest aku tadi.
yang tak add tu nah aku bagi tengok jugek.

 
ok dah tengok kan?
sobsob...bergenang jugak airmata aku bile bace ayat last tu.
ok kat bawah ni aku balas pulak pe yang kawan aku tu tulis.


thanks kawan sebab dalam kedukaan aku still ade yang memahami dan menDOAkan.
kawan-kawan, aku hargai setiap kali ade yang bertanya,aku paham korang sangat-sangat ambil berat, tapi janganlah sampai mengguriskan hati ye. 
sebelum tulis fikir dulu ayat yang sesuai ok?
bukan pada aku pun, untuk kawan-kawan lain yang senasib dengan aku.
tak de yang kawin tak nak anak oittt..
jangan risau, kalau aku dah pregnant, aku uar-uarkan kat korang ye.
aku ngan hubby pun tak sabo nak timang anak sendiri nih.
doakan tuk kitorang ea.

muax!!



Thursday, 8 September 2011

Pengalaman Beraya Sebagai Isteri

selamat hari raya korang!ok agak lambat aku nak hapdet blog cerita pasai raya. al-maklum time raya memang aku tak on9 sangat. line tenet adalah sangat slow, so dari aku on9 pastu sakit hati, lebih baik melayan tetamu yg datang beraya. eceehh..


so, nak cerita pasal pengalaman raya aku tahun ni. tahun ni giliran aku beraya dengan family suami aku. so perasaan tu mula² nebes gak la. tapi lama-kelamaan dah jadi ok dengan sendirinya.  pagi raya kami adalah di taiping. lepas sembahyang raya, bergambo² dulu pastu pergi beraya kat batu gajah pulak. petang camtu baru gerak balik kg talang, parit. 


meh tengok gambo pulak.


tema raya pertama adalah pink ye. eh cam kenai je baju tu kan?
baju nikah kitorang la. recycle sudeyy. baru pakai sekali je.
tapi time raya ramai yg tak perasan. 
ngehehe~

time ni ngah siap² nak gerak dah. 
sempat lagi posing kat kete kesayangan hamba.

bila dah sampai parit, terus berposing bergambo dulu.
disebabkan laki keje RISDA,background pun cari pokok getah jugak.
(^_^)^

kemain ceria lagi laki aku. ni salah 1 peberet pic. 
nice kan semua pakai pink?

ni time raya ke-2. lepas beraya kat gelung puyu,kitorang pegi teluk senangin pulak.
dekat dengan pantai remis. ombak kuat ok time ni. hancur harapan dorang yang nak mandi laut..kekeke. singgah kejap je, sebab ni pun dah nak senja. 

gambo berdua wajibla ade kan. 
kalau tak de mau meroyan gak aku kat situ.
>.<

baju ni time raya-3. merah menyala ko. tapi aku suke.
~huhuhu~

raya ke-3 petang baru aku balik beraya kat umah family aku lak kat ipoh.
tak banyak sgt pun gambo sempat ambik kat sane.
tak pe tak pe. tahun depan giliran aku pulak beraya ipoh.
yeszzaaa!!! 


ok selamat hari raya semua. maaf zahir & batin!

Friday, 26 August 2011

Selamat Hari Raya!

**sila klik untuk tumbesaran**
selamat hari raya u'ols.
balik kampung nanti hati² ye.
drive carefully.
jangan pikir nak seronok je, tapi keselamatan tak dijaga.
rumah jangan lupa dikunci.
karang balik rumah lepas raya tinggal habuk pulak.
iskk..no no no.
ok jumpe lagi lepas raya.
insyaallah.





Tuesday, 23 August 2011

tako tao

eh korang penah try tak makan ni?


alamak tetibe teringin pulaks nak menyantap benda alah ni.
rasa dia cam pelik sikit, tapi sedap.
ala tak tau la nak cakap camne kesedapan dia.
TAKO TAO ni ade kat jusco je.
kalau nak sila terjah jusco² yang berdekatan ye!

ni website tako tao.

~ok daa~

Monday, 22 August 2011

iftar with BFF


sabtu lepas, aku ada join iftar dengan roomate time aku study dulu time kat kuantan.
yang ada cuma aku+hubby, aju & acik+bf.
buat kat warung dusun gearbox, bangi. ok not bad la makan kat situ.
kemain meriah lagi walaupun dapat jumpa 3 orang je.


**annoying sungguh la jerawat kat pipi tu..grrr..**

**aju yg maintain tomel**

 **aku  & aju**
**acik & mr boipren**
**tomyam yang biase² je**

 **ikan kerapu masak 3 rasa yang yummy**

aceli, ada lagi menu siakap 3 rasa & kailan ikan masin.
tak sempat nak snap sebab memasing sibuk nak berbuka.
cam biasa la kalau dah lama tak jumpa HARUS terkeluar balik cerita² lama.
sorang² kena bahan. muahaha. 
FYI, aku 1 bilik dengan dorang berdua ni since study kat pekan (kampus lama) lagi.
acik katil sebelah, aju lak katil ats aku. bila dah pindah kuantan, hamek ko sekali 6 orang dalam 1 bilik berhimpit cam sardin.
tilam ade 3 je. time tido semua berhimpit. bayangkan tak camane? ;P
yg 6 orang tu, aku, aju, acik, angah, uda & eija.
tapi pas sorang² quit. so last² tinggal aku,aju, acik & angah jela sampai sem akhir.


back to story....


elok je lepas berbuka, teros plan pegi main bowling pulak kat alamanda.
hamek masing² tunjuk skill masuk longkang.
muahaha.
hubby aku letak syarat, siapa kalah belanja air.
harus la aku & acik yang kena belanja.
sobsobsob.

bulan puasa tangan lemah tak cukup tenaga nak angkat bola bowling tu kot.
(asalan)



**sebelum keluar dari alamanda tangkap gambo dulu.peace**

lepas dah abis, teros shoot pegi mamak terowong pulaks.
eh tetiba baru aku tau nan cheese kat mamak ni sedaapppp.
selalu pekena mee goreng mamak dia je.


dah puas bergelak sakan, baru reti nak balik.
next time kalau dapat kumpul balik dak² umah time kat mentiga, pekan mesti bertambah² happenin'. tambah lak masing² hangkut anak & laki. 


dalam tempoh kurang 7 tahun kitorang kenal since dok pekan lagi, memori tu still melekat dalam kepala aku. siyess..rindu gile time zaman study dulu. suka duka sama², turun naik bas bee huat, rahmat alam, terpekik terlolong, kena kacau ngan antu, gado sampai tak bertegur. eh banyak lagi la.. dan sekarang, masing² dah kawin, ade anak, dgn ade yang nak grad degree tak lama lagi. wahh.. masing² dah ade life sendiri dah. alhamdulillah.


=)) 



Friday, 19 August 2011

mega sale perabiskan duit


semalam kan aku de iftar dengan officer² mot kat red wok bangi.
pukul 9.15 pm cenggitu baru masing² reti angkat bontot balik.
pastu, laki aku tanya.
"ke mana kite pasni?balik ke?"
aku pun pe lagi pantang ditanya,
"jom g mega sale kat PICC nak tak? JALAN² JE.."
kenapa perlu BOLD kan perkataan JALAN² JE tu?
sebab konon² niat asal memang nak jalan je,
tapi hati ni terbekenan la pulaks kat 2 handbag ni.
aku suh laki aku tolong pilihkan antara 2 handbag yang mane cantik.
sekali nak tau dia cakap pe?
"ambik la dua²"
woahhh...aku silap dengar ke?
eh tetiba cam teharu pulaks laki aku cakap camtu.
dah la hari tu dah TERbeli 2 handbag.
cadang 1 nak bagi mak aku, 1 lagi tuk aku.
tapi yang aku punye tu aku rasa macam kecik la pulaks.
aku ni suke yang jenis besar², supaya boleh sumbat segala mak nenek je dalam beg tu.
bak kata laki aku.
poket doraemon.
ciss..
kekdahnya, beg yg beli awal tu, 1 bagi mak, 1 lagi bagi MIL.

eh kalau korang nak pegi lagi sempat ni.
mega sale tu sampai ahad ni, 21/8/2011.

happy shopping!!

p/s: aku rasa dah cukup kot setakat ni je shopping raya. 
duit mengalir cam air terjun dah rase. 

Friday, 12 August 2011

sihat setelah lama demam

kalau ikutkan hari ni baru betol² aku sihat.
3 hari turut² demam aritu.
sian laki aku bangun sahur,berbuka,gosok baju keje layan diri je.
dalam sakit pun opcoz rasa serba salah weh.
biasa semua tu aku yang buat utk dia.
tapi ape kan daya. 
sobsob.
weekend ni nak buat pe ye?
nak survey tuk raya tak ea?
eh kat sebelah KPDNKK tu ada buat jualan dari kilang.
tapi dari 10-14hb je.
cisss..saje je buat sebelum gaji kan?
majok la. 


bye!







konpius mak oittt

pengkonpius:
puan belog kedaung


situasi:


nak beli baju raya online ke beli kat luar je? masalahnya aku dah tersoookaa kat satu baju kat blogshop ahkak aku ni. padahal dah ada 2 baju siap tempah. MENTANG²dapat bonus kan kan? memang stok nak perabihkan duit. ehh..aku beli baju kurung stok setahun sekali je tau tau. (sadisss..)  arghhh..fenin fenin...balik ni nak pikir dulu. kalau susah² memang aku bedal jela baju tu. 


sekian, 


harap maklum.


bye!

Tuesday, 9 August 2011

bonus raya


ok clap clap.
tahun ni dapat bonus raya.
separuh gaji.
yang pasti tak sampai RM1K pongg..
tapi kalau campur bonus kami laki bini lebih la RM1K.

yela yela.
aku bersyukur. atleast ada kan?
bila nak start shopping raya ni.

=D
p/s: dan² la roadtax kereta laki aku mati lepas raya. grrrr...

Monday, 8 August 2011

8 ramadhan

wah sedar tak sedar dah 8 hari kita berpuasa ye dak?
kejapnye weh...
sedar sedar sok dah raya.
camne tu? =D
meh nak gitau, sejak puasa ni ada sekali je beli kat bazaar & sekali makan kat luar.
kagum tak?
yeahh..sila kagum dengan diri sendiri.
bluekk..
ntah tetiba datang mood rajin nak memasak pulak time puasa² ni.
walaupun penat, balik keje terus selinsing lengan baju bedezupp ke dapur tong tang tong tang masak..
hilang penat bile tengok laki makan bertambah.
ngee~
lagipun baru terasa jimatnye, berbuka boleh makan, sahur perangatkan jela.
kan senang...
tapi bila hari² dah memasak, mau tepu otak ni dok pikior hari² menu ape ape ape..
ye dak?
tak pe. yang penting bile masak, laki sayang.
eh tetibe je.


p/s: menu hari ni, ikan masak sambal, ikan masak taucu (sorang nak sambal, sorang nak taucu) makanya jadi 2 menu..+ kacang buncis & karot goreng + pisang goreng










Friday, 29 July 2011

malam tadi punya cerita

wewitt..jumaat dah.
minggu ni cepat semacam je masa.
wah lusa dah nak puasa.
weekend ni mau shopping barang tuk penuhkan kabinet dapur tu.
penuhkan je, masaknya tak tau la.
//muehehe//
eh semalam kan, balik keje sempat layan dvd cite sekali lagi.
ok la layan gak la.
geram betoi dak mia tu.
anak aku nanti arap² comei camtu la.
//verangan//
eh tapi tak tau pehal semalam terfeeling lebih pulak tengok cite tu.
tap tap tap airmata.
laki aku kat sebelah ushar pelik je.
cepat² kesat airmata kat baju.
//kuat drama//
tak paham betoi,bendera merah tengah berkibar mood pun berkibar same.
(-_-')
cite pasal bola pulak.
ni pun mendatangkan marah. mau je tempeleng 'singa-singa' tu sekoq².
kuat drama ea korang. takat gune pemain import, pe barang.
tengok malaysia, 100% pemain buatan malaysia ok.
kalah pun bermaruah. tak pe, maybe bukan rezeki kite kali ni.
cube lagi next time.


selamat bersahur & berpuasa.
bye!




Tuesday, 26 July 2011

pejam celik..pejam celik

lagi 5 hari dah nak puasa.
cepatnye...
kejap je dah nak masuk bulan 8 kan?
maknanya kitorang kawen pun nak masuk 8 bulan gak la.
kalau bunting pelamin haritu, dah nak bersalin dah pun time raya kan?
//hehehe//
beza tahun ni, sahur, berbuka, dah ade geng.
dulu, tekebil² la sorang².
aku ni dah la liat nak bangun, tahun ni dah ade 'tukang' kejut bangun sahur.
//hehehe//
tahun ni jugak, dan² la aku pun tukar ke WP1 time bulan puase nanti.
pestime sepanjang servis masuk keje WP1 (means kul 7.30 am).
sekarang ni pun hari² sampai opis kul 7, rasa rugi pulak kalau tak tukar kan.
boleh balik awal. macam la balik awal nak masak sangat kan puasa nanti. =P
yang beshnye tahun ni pestime nak beraya dengan suami terchenta.
tahun² sebelum ni, dok berangan jela.
'bila la nak merasa raya ade laki kat sebelah, pakai baju sedondon'
puiii...gatai nauu..//hahaha//
hamek! tahun ni raya la sakan dengan laki sendiri puas².
tapi.....
sobsob...(-_-,)
tahun ni pestime jugak la aku tak raya dengan family.
sedih gak la. tak dapat nak merasa g sembahyang raya sama², pastu balik rumah makan rendang, nasi impit, lemang, pastu bersalam-salam mintak ampun masa pagi raya.
cehh..aku cite macam kampung jauh je. 1 jam je pun perjalanan dari parit ke ipoh.=P
tahun ni insyaallah raya kat kampung laki aku kat parit, umah atok dia.
kalau arwah tok & arwah pah aku ade lagi, mesti mak abah aku pun raya kat parit jugak.
kebetulan atok laki aku & tok aku memang orang parit.
so pusing² hat tu jugak. dah jodoh. 
sekarang ni baru rase bersyukur sebab dapat laki 1 negeri, 1 kampung lagi tu. 
tak de nak merajuk² nak balik raya mane.
konpem² 1 jalan, 1 highway je pun. 


=P

















Friday, 22 July 2011

oh kome, deghoyan udah luruh!

....oh kome deghoyan udah luruh,
lebih baik cepat pegi suluh,
lambat sikit deme dapat habuk,
kalau tido jawabnye tinggey pokok....

~lalalala~

kemain suke lagi aku hari ni.
nak tau sebab pe?

**pic adalah hasil cik google**

haa..sebab deghoyan dah luruh weh kat kampung aku kat parit.
kelmarin call mak tanya banyak tak deghoyan luruh.
'ade la sebakul', mak kate.
hari ni mak abah pegi dusun ngutip deghoyan lagi.
glurppp...terus telan ayor liur nengor nye.
so malam ni balik keje terus zasss la balik ipoh.
tak sabornye. 
dalam kepala da terbayang
pulut letak deghoyan campur santan sikit, gula sikit..
perghh..
menjejeh ayor liur weh!


p/s: aku suke deghoyan yang keras², orang perak kate deghoyan 'mangkor'. pelik kan? 
kome pulak suke deghoyan camane? cecite kat teman.

Thursday, 21 July 2011

majlis pernikahan syuhada & raja amir

tahniah pada kedua² mempelai syuhada & raja amir...
sweet sangat la.
nampak sepadan sangat dorang berdua ni.
moga bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya.
amin.

jom layan beberapa keping pic yang aku curik kat Beautifulnara


nurul syuhada
** cantik sangat kan. bunga tangan tu yang wat lagi tambah seri. **

nurul syuhada

nurul syuhada

nurul syuhada

nurul syuhada

nurul syuhada

dah nama pun retis kan, nikah pun kat hotel.
aku dulu nikah kat masjid je.
upacara sarung cincin semua buat kat rumah.
eh..tetiba terflash back cerita pasal aku lak.
muehehe.

selamat pengantin baru syuhada & raja amir!